Tuesday, December 31, 2013

mari kita bertukar link blog :)

Salam Readers



Ini adalah sticky post daripada saya..
Saya akan melawat blog anda,sesiapa readers yang sudi exchange link dgn saya, much appreciated
Salam Perkenalan :)

Thursday, November 28, 2013

handphone rosak.

salam readers


tajuknya adalah handphone rosak.
handphone yang baru beberapa bulan berkhidmat,tak sampai setahun lagi.
ROSAK..alahai patutlah ada kawan-kawan yang nasihatkan masa nak beli barang hantaran jangan masukkan gadjet nie dalam list hantaran. tapi tak semua nya akan terima nasib yang sama macam saya kan.

kerosakan yang dialami? motherboard dia rosak dan kos untuk baiki rm600.00
pastu bila tanya dekat kedai tu nak trade in handphone nie berapa harga?
hahaha beli mahal-mahal tapi time nak jual nie dah mengalami depresiasi (eh betul ke ejaan)
yang sangat tak berbaloi ok. nak jual balik dah jadi rm 500.00 to rm550.00..
kos nak baiki lagi mahal daripada harga nak jual balik..macam mana tu kan..

si isteri dengan redha cakap dengan suami tak apalah jual jee laa daripada susah nak call.
nak sms yee lah sebab line network tak dapat langsung..apahal..
nak call parents, adik beradik nak kena pinjam handphone husband..
kan dah susah..husband pergi kerja pon tak tenang tinggalkan isteri kat rumah.
takut nanti sakit-sakit perut nak bersalin pastu handphone takde line network pulak..

akhirnya belilah handphone yang sepadan dengan harga jualan tadi.huhuhu
nanti ada rezeki kita beli lagi lah.

lepas nie beli handphone mahal-mahal lepas tu rosak lepas waranti tamat.
alahai tak berbaloi betul.

Wednesday, November 27, 2013

kerja baru lagi

Salam Readers


Selepas entry tak happy dengan tempat kerja hari tu kan.
saya kena berhenti kerja..atau lebih tepat di berhentikan kerja.
dengan alasan bos - bos tu nak tutup branch and cari another lawyer yang boleh handle that firm ikut macam standard yang mereka nak..well cubalah cari dan selamat berjaya.

perasaan masa tu?
rasa tenang dan tak emosi sebab dah janji dengan diri sendiri tak nak tunjuk yang saya sedih sebab hilang kerja nie. tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. berkecamuk sebab selepas graduate saya terus habiskan latihan dalam kamar dan terus berkerja..komitmen saya banyak yang perlu diselesaikan setiap bulan.

dan mungkin rezeki baby dalam kandungan nie.
hari yang sama..a few hours before ex-bosses nak berhentikan saya.
saya dapat another job offer..walaupun belum confirm lagi masa tu
at least hati rasa tenang..

this week saya dah start dekat tempat kerja baru.
lebih dekat daripada rumah & tempat kerja suami..
tak perlu nak membayar tol untuk sampai tempat kerja..
tak perlu nak meredah trafik jem macam di shah alam dulu..
alhamdulilah walaupun job tak sehebat & tak semewah yang ex-bosses offer.
tapi saya rasa tenang sebab tak perlu lagi nak fikir apa nasib saya untuk di marah & di maki hamun lagi.
walaupun tengah sarat mengandung tapi rezeki ada dimana-mana..
jangan pernah berputus asa sebab kita hanya mampu merancang kehidupan kita..
Allah yang tentukan sama ada rezeki itu milik kita atau milik orang lain.

sebagai peringatan untuk diriku & orang lain.
hidup ini seperti roda yang berpusing..
tak semestinya kita akan sentiasa berada diatas.
jangan pernah pandang rendah pada orang yang berada di bawah.
kerana mungkin suatu hari kita akan berada di bawah.
dan mungkin orang yang kita pandang rendah yang akan sudi membantu disaat kita susah.



Wednesday, November 13, 2013

Dugaan Dah Nak Bersalin

Salam Readers



My baby is good,healthy dan sangat - sangat lah baik dengan mummy dia.
tapi my biggest dugaan adalah dekat tempat kerja nie.
dugaan dengan bos, environment kerja, staff..
semua tu buat saya pressure sangat..
dah tak ada hati lagi nak kerja sini.

tapi demi baby.
demi husband.
saya bertahan sampai dapat kerja baru.
percaya setiap anak ada rezeki masing-masing.

Ya Allah beri lah kekuatan untuk ku.
untuk menghadapi semua dugaan mu ini.
kau jauhkan lah aku daripada orang-orang yang kejam dan zalim.
Berikanlah aku rezeki yang lebih baik daripada ini.

walaupun anda majikan yang membayar gaji saya.
tapi anda tiada hak untuk memaki hamun saya dengan kata-kata kesat.
mungkin orang lain boleh terima tapi saya rasa saya tidak perlukan kata-kata kesat itu.
saya percaya dan nampak anda seorang peguam yang banyak job.
memiliki pejabat peguam yang dipenuhi berpuluh-puluh file untuk diselesaikan.
memiliki staff & peguam yang hebat walaupun setelah di maki hamun setiap kali salah.
memiliki kereta mewah dan networking yang sangat luas.
selalu bercakap bahawa duit bukan masalah bagi anda.
orang lain mungkin hormati anda.
tapi rasa hormat saya pada anda dah hilang disaat kata-kata kesat itu dikeluarkan.
saya dah lama maafkan tapi kesan daripada kata-kata itu masih ada dalam ingatan lagi.

kita semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
setiap orang ada rezeki masing-masing..cuma cepat atau lambat sahaja.
lebih baik menjadi orang yang bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

saya harap saya tak akan jumpa orang macam anda lagi seumur hidup saya.



I'm not happy with this works

Salam Readers


right now..memang rasa sangat tak happy dengan this firm.
sebab apa? banyak sebab..
banyak kali cakap dengan diri sendiri jangan give up..
buktikan pada mereka you can do it.
tapi ini sebaliknya yang terjadi.

semasa interview banyak yang dijanjikan.
tapi selepas saya masuk office nie.lain pulak ceritanya.
gaji dikurangkan.komisen dikurangkan siap ada syarat komisen hanya untuk kes yang saya bawak masuk sendiri. sebulan kena start keje dekat shah alam.. semua tu saya anggap cabaran sebab saya dah berhenti dekat tempat lama tak kan sekarang nak senang-senang berhenti dekat tempat baru pulak kan..lagipun sekarang tengah pregnant..fikir lagi sapa nak ambil orang pregnant nie..
office hours 9-6 isnin sampai jumaat..tapi semua orang macam workaholic gila dekat sini.
lunch hour pukul satu tapi pukul 3 baru dapat pegi makan..pukul 6 sepatutnya balik tapi 6.30 bos baru nak buat meeting.. saya bertahan sebab fikir saya akan kerja dekat branch bangi dan bukan shah alam.
bertahan lagi.
demi baby demi suami..demi masa depan keluarga & kerjaya.

masuk bulan kedua.
start masuk office branch bangi..
tapi saya nie memang kena tipu lagi. this is not bangi lagi kot.
ini bukit mahkota, poskod pon dah kajang. masuk-masuk office kosong.
cuma ada partition staff, komputer dan bilik-bilik kosong..berserta seorang staff.
masih lagi bersabar. walaupun dalam hati aku nie macam tak normal kerja dekat tempat macam ini.
mula-mula saya masih boleh bersabar bagi tunjuk ajar ku sifu dekat staff nie.
tapi lama-lama saya pulak rasa menyampah.macam mana boleh buat interview dan pick this staff???
masalah pertama yang saya perasan.
1. akak nie cakap dia dah ada experience kerja kat mahkamah tapi tak tau guna komputer.
 skill komputer memang lah takde.aduhai nak tukar font surat pon tak tau.. saya suruh dia buat surat yang memang dah ada soft copy just tukar particular tapi ambil masa 2 jam..saya test dia bagi kerja paling senang..susun dokumen yang saya dah print.alahai it takes 3 hours tau..padahal saya dah ajar dia dokumen yang akan keluar dekat mesin potostate tu dah collate (dibahagi bahagikan) unless dia campur adukkan pages memang lah dah kelam kabut. tapi itu lah yang terjadi. rasa nak pecah kepala saya ajar dia.

2. mungkin sebab faktor umur.. dia dah dekat 46 tahun..kalau saya ajar banyak sangat dia akan pening. tak apa saya memang boleh faham tu semua.tapi tapi tapi tapi...kenapa lah lama-lama saya bagi cadangan dekat  akak tu untuk cari kerja lain.tapi dia insist dia boleh buat kerja lagi. fine saya memang dah hampir-hampir hilang kesabaran kadang-kadang. obviously yes. akak dah sebaya my mum dah tau tak kan saya nak marah-marah akak lagi.its not nice kan.

panjang lah pulak kan..nanti sambung lagi..




Thursday, October 24, 2013

Miss You Sweet Sister

Salam Readers




Miss You Dear sister.
mak ngah cepat-cepat graduate tau.
nanti boleh tolong jaga baby.hehehe

congrats sebab dapat dean list tau.
alhamdulilah.semoga dapat jadi fashion designer yang hebat.

Teh O Limau Panas Mahal!

Salam Readers



Ooii Mahal ok.
mari tengok bil.


teh o limau panas tu harga rm2.00
kalau minum teh o limau ais rm2.50 ke?
saya minum milo ais kena rm2.50..
beza 0.50 jee?
husband siap tanya kat cashier tu betul ke harga nie?
dia cakap betul..kedai makan biasa jee,
lainlah awak kena bayar gov tax 6% tu kan.

Kafe DapurMas dekat Presint 9, Putrajaya.
Bad Service sebab lambat ambil order dan makanan lambat sampai.
orang tak ramai ok masa tu..tapi tak tau lah macam mana boleh lambat.
sampai-sampai makanan tu keropok da lemau..huhuhu






Monday, October 21, 2013

Mee Sup

Salam Readers


semalam sebab teringin sangat nak makan mee sup macam ibu buat.
saya ditemani oleh baby try buat.hehehehe
masak simple macam nie pon nak bagitau orang?
tak kisah lah sebab rasa berbaloi bila en husband cakap mee sup nie sedap.


ada tempe goreng sekali.
makan mee sup dengan sambal kicap memang nyums..
lagi-lagi sambal kicap yang pedas.hehehe
berpeluh-peluh en husband makan.

alhamdulilah.
walaupun selama duduk dengan ibu selalu mengelat setiap kali dia suruh masak.
tapi hasil penghayatan & ingatan yang kuat.boleh buat jugak,hehehe

alahai rasa nak masak mee sup lagi malam nie.


wedding sisters in law

Salam Readers


tiba-tiba baru teringat nak post entry nie.
wedding dah berkurun lama.
dah pregnant pon mak cik tu.hehehe..
wedding semasa hari raya puasa..diulangi..hari raya puasa..bukan hari raya haji lepas.
sebab rumah husband sibuk dengan persiapan wedding SIL saya kena beraya rumah suami.
tapi tak rasa macam suasana raya lah..sebab semua orang buzy dengan persiapan majlis kan.


the hantaran..
her side to his side..

the pengantins.
ini semasa majlis bertandang sebelah lelaki.
majlis sebelah perempuan tak sempat nak ambil gambar.


the pelamins.
dulu sebelum kahwin ade jugak terminat nak buat pelamin macam ini.
bunga besar-besar,hehehe


pengantin dah lama..
merasa lah jugak naik pelamin kali kedua..
tapi kali ini bertiga.

we & our little baby
sibuk papa nak buat peace jugak kan.
lalalala..masa nie saya dah gemuk..


meja makan berdamai.
majlis bertandang sebelah lelaki buat dekat seremban.
international school??alahai saya sampai lupa tempat kejadian.


Sweet Chat

Salam Readers


Bawak mak mertua makan-makan dekat sweet chat.
dia suka durian.so kami order makanan yang berasaskan durian.hehehe
sedapnye..terutama sekali cendol durian tuu...nyums..


cendol durian yang paling menggoda tau.
sedap..sedap..
atas tu ada ais krim durian.
teringat-ingat rasa durian dia.
& spagethi lupa nama..hahaha
spagethi tu macam fusion sikit rasa dia.
maybe boleh try buat dekat rumah yee..
kuah dia rasa macam daging salai masak lemak cili api..
tapi tak pedas..

durian crepe & sos coklat..
penuh dengan durian..tapi mungkin sebab letak dalam freeze lama sangat.
isi durian & creme agak beku sikit.

air lemon mint..
lebih kurang macam itu lah rasa dia..
sebab hal bulan lepas saya pon dah lupa nama dia.

tapi yang paling sedap mestilah cendol durian tu..
rasa gula melaka dia..
ingat nak makan cepat-cepat lepas tu pergi tengok bunga api dekat putrajaya.
tapi tak sempat pulak,hehehe nikmati lah makanan tadi tuu..

balik rumah semua burp bau durian.
next time lah..tak boleh selalu nanti tak pasal-pasal gula i naik pulak..


Ayden

Salam Readers


Si comel Ayden.
anak cousin of my husband.
dah besar nanti mesti lagi hensem kan.


nampak macam tak berat.
tapi sekejap jee dukung dia.mengah!
bulu mata mengalahkan baby gurl..

semua orang pon suka pegang dia..
I love baby :)



Friday, October 18, 2013

Susu untuk ibu & baby

Salam Readers


Semenjak mengandung nie dah cuba beberapa jenis susu.
ada yang boleh diterima oleh tekak dan ada yang tak mampu nak ditelan.huhuhu

Anmum

Mula-mula masa mengandung cuba minum anmum vanilla mango.
sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami mual dan muntah.
tapi saya tak boleh minum susu nie. rasa vanilla dicampur dengan mango.
bau manis..alahai macam minum teh jasmine atau teh hijau pulak..
maybe sebab bau mango tu kuat sangat..tapi realitinya saya suka makan mango.sedap!
nurse nasihatkan jangan minum anmum selalu sebab banyak gula.
yang saya perasan susu anmum nie memang lebih manis nak dibandingkan dengan susu jenama lain.


boleh refer disini tentang anmum : Anmum

Apa ada dalam susu anmum:
1. Asid Folic : nutrien penting yang diperlukan oleh ibu dan fetus
2. Diuji secara klinikal : anmum menyatakan bahawa mereka adalah satu-satunya susu yang telah diuji     
   secara klinikal mengandungi asid folic yang tinggi
3.Ganglioksida & DHA : nutrien untuk otak, ganglioksida boleh meningkatkan proses pembelajaran & daya 
   ingatan.
4. Iron : meningkatkan sel darah merah sepanjang mengandung
5. Kalsium : Membina tulang yang kuat & sihat
6. Probio DR10 & Prebiotic : Bakteria baik yang membantu penyerapan nutrien semasa mengandung

Dumex Mamil Mama

selepas itu saya cuba susu dumex mamil mama.
perisa coklat. sedap!
sejak mengandung dah 3 kotak susu nie.
mungkin saya lebih sesuai minum susu perisa coklat kan.
kalau malas sangat saya minum susu nie letak koko krunch,hehehe
senang sekali dengan breakfast :)


rendah lemak.


kandungan dalam mamil mama
Boleh refer disini : Dumex mamil Mama

tapi semalam en husband dah salah beli susu.
dia beli dumex mamil mama perisa vanilla..
alahai..nampaknya saya kena telan tanpa ambil nafas lah.rasanya tak sedap tau.
mungkin saya memang sesuai dengan perisa coklat sahaja..

Marigold HL


susu ini memang senang.
tak perlu nak bancuh lagi.hehehe
boleh diambil bila-bila masa..
rasanya pon sedap..

Apa ada dalam susu nie : 
Tinggi Kalsium & Protein
Rendah Lemak
mengandungi 9 jenis Vitamin (A,B1,B3,B6,B12,C,D,E & Asid Folic)
menyediakan 56% lebih protein berbanding susu penuh krim biasa
tapi ambil perisa original / Plain jee tau.. strawberry & coklat ada banyak kandungan gula..
tak pasal pulak lebih gula nanti :)

Susu Fernleaf

susu nie sebenarnya bukan untuk ibu mengandung.
tapi sebab kadang-kadang nak ubah angin..
sejak sebelum pregnant lagi saya dah minum susu nie.
kadang-kadang ambil jugaklah susu nie kan.hehehe
rasanya pon sedap..lebih sedap daripada susu anmum & mamil mama perisa plain.hehehe

Boleh refer disini : Fernleaf Milk


sebenarnya terpulang pada individu masing-masing untuk minum susu apa.
try mintak sample susu tersebut..samada dekat kiosk-kiosk yang ada dekat supermarket tu 
atau request sample dekat facebook dieorang. lepas try baru tau kita nie sesuai dengan susu yang mana.
kadang-kadang ada orang suka susu perisa coklat, susu perisa oren..hehehe

tapi pengambilan susu semasa mengandung memang sangat penting untuk bekalkan kalsium & nutrien-nutrien lain pada baby. untuk kita pulak masa nie lah nak kumpul kalsium sebab baby dah ambil kalsium kita.
tu yang kadang-kadang kaki cramp, gigi rosak.. alahai saya kalau selalu skip minum susu mulalah kaki cramp.



Kad Kahwin Pintar

Salam Readers


Enam Bulan sudah berlalu.
baru nak buat kad pintar?? hahaha
selama nie memang dah ambil borang semua tapi tak berkesempatan lah pulak.
ai ai alasan memang banyak kan..

sempena cuti raya haji yang baru berlalu.
saya dan en suami sengaja mencutikan diri kami hari isnin tu.
sebab nak settlekan urusan dekat kampung yang masih pending.

untuk buat kad nikah pintar dekat johor macam ini lah lebih kurang:
1. isi dua salinan borang yang boleh dapat percuma dekat pejabat agama.
2. sediakan dua salinan sijil nikah anda.
3. sediakan 2 keping gambar saiz pasport anda dan suami. ingat 2 keping untuk setiap orang
4. sediakan dua salinan kad pengenalan untuk setiap orang.
5. sediakan wang bayaran sebanyak rm50.00

nanti dia akan bagi resit bayaran. proses ini akan ambil masa 1 bulan setengah.
boleh tunggu pejabat agama telefon atau kalau dah cukup sebulan setengah datang ambil kad.
sila bawa resit tadi tau.

tapi ada komen jugaklah dengan staff nie..
refer lah dekat borang yang kami dah isi so nanti tak lah awak salah-salah eja nama.
bila kita dah tolong ejakan nama pon still tak boleh nak faham..
borang tu ada besar dekat depan mata kan?
macam mana nak capai 5S organisasi kalau staff masih lagi ada sifat M yang tinggi.
bukan nak marah tapi teguran,hehehe



motif sangat letak gambar husband dekat depan kan.
sebab isteri sedang mengalami proses pengembangan,hehehe

Kira Pergerakan Baby

Salam Readers

Semalam baby tak banyak bergerak.
buat mummy dan papa risau.
setiap minit whatsapp en suami cakap baby asyik tido jee.
puas usik-usik dia tapi dia gerak sikit-sikit tak macam selalu.
baby merajuk ke..

tapi menjelang maghrib dia start aktif balik.
alahai happy rasa..takpe lah sayang geraklah banyak mana pon.
asalkan awak sihat. rasa macam dia tengah mengeliat dan meregangkan semua otot dia.
hahaha.over tak mummy punya imagination..

sekarang dah start kira pergerakan baby.
daripada pukul 9 pagi sampai pukul 8 malam.
kebiasaannya baby akan aktif sebelah petang..
tunggu papa ambil mummy balik kerja kan.sweet of u darling :)

kalau ikut panduan baby center :
panduan ikut minggu

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

sebab sekarang dah kena rekod dalam buku pink..kena ingat untuk tick dan last baby kick bila before pukul 8 malam.
kalau tak ingat agak-agak jee lah..cara nak rekod jangan pulak awak rekod setiap 5 minit nanti belum pukul 4 dah penuh buku tu,hehehe..ambil jarak masa between each kick , itu lah yang nurse nasihatkan saya masa mula-mula belajar kira pergerakan baby..but it depends dekat setiap orang kan :)

Boleh disini : Baby Center


Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi kadang-kala tertidur semasa anda bergerak kerana rasa seperti dibuai, dan dia akan terjaga apabila anda duduk diam.
  • Baring mengiring (dengan mengampu perut) dan jangan bergerak. Ini dapat membantu anda menumpukan perhatian terhadap pergerakan bayi.
  • Minum air yang sangat sejuk. Bayi anda mungkin dapat merasa perubahan suhu dalam badan anda dan cuba untuk mengelak daripadanya.
  • Buat bunyi bising. Mainkan muzik dengan kuat atau hempas pintu dan lihatlah tindak balas daripadanya.
Jika bayi anda mula bergerak selepas anda melakukan perkara di atas, anda dapat tahu yang dia tidak apa-apa. Tetapi teruskan memantau pergerakannya. Jangan berlengah-lengah untuk berjumpa doktor sekiranya anda rasa pergerakannya berbeza daripada yang biasa.

Boleh refer disini : Baby Center


Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika:
  • bayi anda tidak mula bergerak apabila didengarkan bunyi yang kuat, atau ransangan lain;
  • pergerakannya berkurangan secara mendadak atau secara beransur-ansur selama beberapa hari.
Pergerakan yang berkurangan mungkin bermakna bayi anda tidak mendapat oksigen atau nutrien yang mencukupi melalui plasenta. Jika disyaki perkara ini berlaku, doktor anda dapat membantu anda dan memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan.

Terdapat beberapa cara bagaimana pihak hospital atau doktor dapat mengenal pasti keadaan bayi dalam kandungan anda. Mereka mungkin memantau kadar degupan jantungnya. Anda mungkin diberi imbasan untuk mengukur saiz bayi dan jumlah cecair amnion yang menyeliputinya. Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai tumbesarannya, imbasan khas yang dipanggil Doppler akan digunakan untuk memeriksa aliran darah keluar dan masuk ke dalam badan bayi.

Boleh refer disini : Baby Center




Friday, October 11, 2013

Isteri yang mengidam

Salam Readers


tak pernah rasa mengidam nak makan sesuatu sampai kalau tak dapat rasa nak menangis.
its not funny tau..saya dah bagi tau en suami saya teringin nak makan rambutan.
sekarang nie bukan musim rambutan kan..so agak susah lah nak cari..kalau ada pon mahal.

malam sebelum tidur dah bagi tau yang isteri teringin nak makan buah rambutan.
pagi dalam perjalanan ke tempat kerja dah bagitau lagi nanti balik kerja nak beli buah rambutan.
masa balik kerja kami dah terlepas satu mobile stall yang jual rambutan tu..
suami cakap tak pe..kat kedai depan ada lagi.
sekali kedai depan yang dah jauh dari mobile stall tadi takde jual rambutan.
nak cari dekat mana lagi..en suami called his friend tanya kat mana ada pasar malam dekat putrajaya nie.
suami pujuk beli benda lain semua isteri tak nak..

tiba-tiba isteri jadi sedih..huhuhu
siap keluar air mata..tapi bagitau en suami takpe kita beli esok jee lah.

sampai rumah en suami siap-siap mandi pastu cakap nak keluar.
balik rumah bawak buah rambutan yang isteri nak..huhuhu



































dapat jugak makan rambutan walaupun masa tu dah pukul 10.30 malam.
rambutan dah kering dan harga yang mahal..rm16.00..
mungkin en suami tak sanggup tengok isteri sedih tak dapat makan rambutan.
kalau dekat kampung boleh petik dekat depan rumah jee tau..
ini kan bandar mana ada..
sobs.sobs. rindu kampung halaman ku.

thanks en suami.
saya sayang awak..

scan 3d/4d our baby

Salam Readers


Plan untuk scan baby 4d memang dah lama..
puas survey klinik yang berdekatan dengan rumah.
klinik dekat putrajaya nie pulak hari ahad tutup.pelik..
nak kata tutup awal tak jugak sebab memang most of them tak buka on sunday.

makanya suami dan isteri pergilah google klinik area sri kembangan.
ada..tapi dah tutup, most of them yang provide 4d scan hari ahad bukak sampai pukul 4.30.
tunggu papa cuci kereta jee dah pukul 3 kan..memang tak sempatlah..

at last kami try cari area puchong utama.
jumpa poliklinik Medi Nur..
tapi untuk scan 4d kena buat appoinment dan hanya doktor boleh tentukan bila..
malam tak boleh buat and only during weekdays jee..kami suami isteri nie dah lah hari-hari
balik kerja sampai kat rumah pukul 8 malam..mana lah nak sempat kan..
poliklinik nie charge rm 100.00 tapi kalau kita nak buat cepat dia akan arrange doktor lain..
tapi kena tambah rm20.00 so jadi rm 120.00 pulak..mahal.

sederet dengan Medi Nur ada klinik sofea..
yaiy..kat sini boleh buat scan 4d walk in sahaja.
tak perlu appoinment & charge rm90.00 dapat cd boleh tengok puas-puas kat rumah.
doktor perempuan pulak tu..

tapi baby sangat pemalu nak tunjuk muka dia dekat mummy & papa.
instead of tunjuk muka dia tunjuk kaki dia pulak..hahaha
dapat lah tahu jantina dia nie kan..dah dua kali kami buat scan baby asyik tunjuk kaki sesy dia.
dapat dengar heart beat baby..laju tapi normal..
papa dia speechless terus bila dengar heart beat baby..
mummy dah biasa sebab dekat klinik kesihatan nurse selalu bagi dengar kan..

doktor cakap maybe dalam 1 or 2 weeks lagi boleh scan untuk tengok muka baby.
masa tu baby dalam kedudukan songsang..so muka tak dapat nak tengok..
doktor cakap sekarang berat baby dah 1.22kg which is normal..
air ketuban semua cukup..baby pon aktif gerak-gerak..

sebab kami tak dapat buat 4d doktor charge rm50.00 sahaja.
balik dengan hati yang gembira & bawak salinan gambar kaki baby.hehehe


































Baby.. we are happy & excited having you in our life baby :)

Penambahan berat badan lagi

Salam Readers

Penambahan berat badan lagi nampaknya..
omaaii..tak tau lah kat mana yang naik nie.
rasanya kat bahagian perut lah sebab kebanyakan baju dah tak muat dekat perut.
naik lagi 3 kg.. tapi kan sepanjang mengandung normal untuk naik berat sampai 12kg?

kena tegur dengan nurse sebab berat badan naik mendadak.
nurse siap perli saya makan apa sampai berselera sangat.
ooooii cik nurse saya makan macam biasa ok..
dah lebih kan makan buah jee nie tau..huhuhu
kena kawal pemakanan..

hb pulak turun.sampai dua kali nurse tu ambil bacaan hb..
dah kena merah pulak dekat bacaan hb tu..
patutlah selalu rasa nak pitam..
nie sebab malas nak pergi beli susu mamil mama lah nie..
or maybe sebab lately jadual makan saya tak berapa elok.
balik keje dah lewat..lunch pon makan apa yang ada..

sekarang malam saya makan bihun sup jee tau..sobs..sobs..
nasib baik lah tekak nie boleh terima lagi..
kena avoid nasi, kalau terpaksa pon kena ambil small portion saja.






















sedapnya kalau dapat minum masa tengahari..
nyummsss..

Thursday, September 26, 2013

Berat Badanku.

Salam Readers

sekarang dah nak masuk third trimester.
baby bump dah semakin tak boleh nak sembunyikan lagi.
baju kurung hampir semua dah tak boleh pakai,
or else saya akan nampak macam sarung nangka,huhu
kain dah tak boleh nak kancing lagi,zip pon separuh jalan..

last check up berat badan sebelum kena minum air gula aritu.
saya dah gain almost 5 kg..
huu.tak tau nak cakap apa lagi dah..
tak normal lah..nurse nasihatkan kurangkan karborhidrat.
tapi tahu tak setiap 5 minit saya mesti rasa lapar.
lapar mesti lah nak makan.
makan.
makan.
baby yang lapar atau mummy yang lapar?
muka pon dah semakin tembam..

sekarang nie takde lah craving makanan yang bukan-bukan.
masih lagi normal macam dulu.
cuma masih lagi suka makan fruits..tak kisah lah buah apa pon.

semalam bos baru tegur..
dia cakap before this 3 months ago..
dia jumpa saya kurus jee..ouch..
terus tiba-tiba saya rasa alamak..alamak..panic jugak.
terus malam tadi mimpi berat badan naik 1kg lagi..
hahaha..

reaksi husband macam biasa lah.
orang mengandung mestilah jadi lagi comel.huhu
ayat biasa lah nak tenangkan hati isteri nie,hehe






Friday, September 20, 2013

blog dah bersawang!

Salam Readers


Blog dah bersawang.
tak sempat nak update lagi!
this weekend nak update.huhu

sangat penat ok.
everyday travel from putrajaya to shah alam.
pengsan!

banyaknya nak cerita.

Friday, August 23, 2013

knocking,kicking,moving

Salam Readers

Your Pregnancy: Week 22

Real estate within your belly is getting tight, with growing baby leaving little room for your lungs to...well...breathe. Expect the huffing and puffing to start soon. There's not much room for your belly button, either -- it'll pop out any day now.
 
 
Baby's now the size of a papaya!
Baby's settling into sleep cycles, snoozing about 12 to 14 hours a day. It shouldn't be hard to figure out when -- just pay attention to those kicks as they start and stop.

Sources : Week 22

Baby sekarang dah pandai main bola dalam perut mummy.
setiap masa dia aktif..kadang-kadang rasa macam he/she swimming dalam perut,hehe
pagi-pagi dah bangun ketuk-ketuk perut mummy..hahaha rasa macam dia ketuk-ketuk.
tapi ikut saintifik maybe dia sedang bergerak dengan aktif.

first hari raya dia macam terkejut..bergerak dengan aktif.
maybe sebab selama sebulan dia ikut berpuasa.so first hari raya.he/she is busy knocking2 mummy's tummy.
terkejut mummy dia makan banyak sangat kot.haha

real kick belum rasa or maybe saya belum pandai nak bezakan whether its kicking or moving.
tapi my perut memang terasa ketat, almost rasa macam tak de ruang lagi.
kaki kadang-kadang jadi bengkak if banyak sangat berjalan.
sepatutnya kena letak bantal dekat kaki time tidur untuk kurangkan bengkak dekat kaki.
tapi saya paling rasa tak selesa kalau letak bantal dekat kaki..hehehe
oh yee..lupakan lah wedges or kasut yang bertumit..sebab kaki selalu bengkak adalah alasan untuk beli kasut baru yang selesa walaupun harga nya mahal.hahaha..tak kisahlah asalkan selesa..

baju kerja banyak yang dah tak sepatutnya dipakai untuk pergi kerja.
or else you will look like baju kurung moden yang ketat bergerak..hahaha
lupakan seluar jeans lama anda..sekarang sila invest untuk maternity jeans.
saya shopping maternity outfit dekat scarlet maternity..beli time sales tau..
kalau tak memang banyak lah kena spend kat situ.

eh panjang pulak cerita saya kali nie.
nanti cerita lagi.sebab ada banyak entri yang saya tak update.
kemalasan sangat.

 

 

Thursday, August 15, 2013

Hari Raya Suami & Isteri

Salam Readers

Hari Raya Pertama sebagai Suami & Isteri.
Tahun nie kena beraya dekat rumah suami.
selalu dengar kali pertama raya mesti nak balik rumah isteri.
we are dah terbalik.
tahun depan sila lah berhari raya di rumah saya yee.
hahaha.tak kira.

raya kali nie,seperti yang dah dijangkakan.
baju raya takde.tragedi tailor tak siapkan baju saya berulang kembali.
tahun lepas pon sama.tahun nie dah tukar tailor lain pon jadi jugak.
tahun depan kena beringat awal ramadan kena beli siap-siap.
kalau tak menangis lah jawabnye.
nasib baik sempat beli dress dekat poplook.

pagi raya ada drama air mata.
first time raya sorang-sorang tanpa keluarga tau.
kena beraya dekat rumah orang lain.
hanya tuhan saja yang tahu.
mata pon dah bengkak.
sedih betul.
saya memang betul-betul sedih.

 pergi lah ikut en suami dengan keluarga dia beraya rumah saudara mara dia.
macam nie lah orang dah kahwin.kan.sobs. sobs.
petang baru balik rumah ayah dan ibu.
sekajap sangat.lepas tu kami sekeluarga bergerak balik kampung ayah dekat pontian.
esok petang balik muar semula.

malam tu berkejar-kejaran balik rumah mak en suami.
sampai lah hari isnin pagi.
which is hari raya ke-5.
sebab adik ipar kahwin time raya.
macam tu lah cerita raya yang tak berapa raya.

tak puas makan ketupat,rendang tahun nie.
sabar jee lah


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



Wednesday, August 14, 2013

Papa & Baby

Salam Readers


melayan en suami nak tengok baby dia tengah buat apa.
malam malam pergi cari klinik yang boleh buat scan.
saya ok jee sebab dah beberapa kali buat scan dekat klinik kesihatan
so dah boleh bayangkan macam mana pembesaran baby dalam perut.

tujuan asal kami nak scan jantina baby.
tapi baby sangat aktif sampai doktor tak boleh nak determine lagi.
kena tunggu next month baru boleh check.

mula-mula scan dah nampak kaki dia.
wah dah panjang kaki anak mummy kan.
patutlah selalu rasa macam ada knock-knock dalam perut nie.
tengok kaki dia yang dah panjang tu.
alhamdulilah.saya boleh nampak tulang belakang.kepala.tangan.

seronok.teruja tengok dia bergerak aktif dalam perut.
bila teringat kaki dengan peha dia bergerak-gerak dalam tu.
rasa bahagia pulak.
en suami apa ntah lagi.
tercapai impian dia nak tengok baby tengah buat apa.

sebelum en suami balik kl sempat lagi saya bagi dia gambar scan baby.
bila rindu boleh lah tengok.
hehe.

Friday, August 2, 2013

Persiapan raya kami.

Salam Readers

Semua orang dah update pasal persiapan raya kan.
tapi saya punya persiapan raya?
hahahaha.tak de ape pon.

perbualan awal ramadan.
Isteri: tahun nie kita nak beraya pakai baju apa?nak beli kuih apa?macam mana?
En. Suami: Ntah.baju nikah jee lah
Isteri: tapi takut dah tak muat lah.
En. Suami: Boleh lagi kot
Isteri: hurm..

dua minggu nak raya
senyap jugak.
senyap.

seminggu nak raya.
En. Suami: sayang macam mana nie.
Isteri: kenapa?
En. Suami: kita tak de kuih raya, baju raya, apa-apa pasal raya pon tak de lagi.
Isteri: ??

hujung minggu yang last before raya.
nasib lah bersesak-sesak pergi cari barang raya kan.
mood nak raya? biasa-biasa jee lah..tak rasa sangat pon.

kesimpulannya.
tengoklah pagi raya nanti apa yang akan jadi.
tarik nafas and keep calm
:)
 

strawberry,kicap & gula

Salam Readers


Salam Ramadan.
alhamdulilah masih lagi mampu berpuasa sehingga hari nie.
walaupun bermacam dugaannya.hehe

blog pon tak update kan.
hari-hari bukak blog tapi tak update pon.
just tengok entry dari kawan kawan yang lain.
pembawakan budak nie.hahaha
tak baik betul salahkan baby pulak kan.padahal diri sendiri malas nak update.

akhirnya dapat jugak makan strawberry dengan kicap & gula.
apa punya pelik laa mengidam nie kan.
selalunya orang nak makan strawberry dengan coklat.
i am selera kampung sangat kot.
lega dapat makan strawberry dengan kicap & gula.
padahal makan 3 biji jee,bukan makan satu bekas tu pon.

lepas beli dalam kereta dah terbayang-bayang nak makan strawberry tu.
hahaha.punyalah tak sabar kan.
rasa macam dah rasa dekat hujung lidah nie..
 jangan mengidam nak makan yang bukan-bukan sudahlah kan.
selepas mengandung nie makan pon nak kena beringat selalu.
jangan ambil makanan & minuman yang manis-manis.
masin,cheesy sangat macam cheesy wedges tu..
omai sedap kan cheesy wedges kfc.
eh puasalah.harap maaf kawan-kawan :P
bukan apa tak nak lah timbul diabetes or darah tinggi pulak kan.
nanti macam-macam prosedur pulak dekat klinik kesihatan masa check up baby.
malas ok.

ok.nanti buka puasa boleh makan strawberry dengan kicap & gula (sikit jee) lagi.
nyumms.


Thursday, June 20, 2013

scan lagi.

Salam Readers

pagi tadi ada appointment dengan doktor.
nak scan baby lagi.

apa baby tengah buat kat dalam tu?
hehehe.

pergi sorang-sorang.
takpe nak buat simple check up jee kan. :)

timbang berat badan.naik sikit
tekanan darah ok.
urin ok.
alhamdulilah

alamak doktor lelaki pulak.sabar jee lah.
bila scan kali nie baby gerak-gerak sikit jee.
tak macam scan yang pertama.
tapi saiz baby kecil dua minggu.
macam doktor yang scan dulu bagitau.
saiz baby kecil.

insyaallah. kalau diizinkan Allah
25/12/2013 

sayang sila membesar dengan sihat dan jangan naughty :P
 

Wednesday, June 19, 2013

suami di hari ahad.

Salam Readers

di pagi ahad yang sesuai untuk bermalas-malas.
tibe-tibe terdengar bunyi blender dari dapur rumah.

aish.cerita misteri ke ape nie??
 hahahaha.

yee lah si isteri tengah sibuk tengok cite dekat tv.
siapa pulak dekat dapur??
siap fikir lagi ade ke benda yang boleh diblend kat dapur tu??
 hehehe.

rupanya si suami yang sangat rajin.
blend susu dengan kurma untuk isterinya.
sebab dia kesian si isteri muntah lepas breakfast.
terbaring jee.

bila tanya tau ke ape khasiat kurma dengan susu nie?
dia tak tau..
ikut gerak hati.pernah terbaca dekat internet.
tapi tak baca sampai habis kelebihan dia.

tak ape lah en suami.
terima kasih sebab susah-susah blend susu dengan kurma untuk isteri nie.
isteri rasa terharu.
suami romantik betul.
hehehe.
 i love u
 

tentang jodoh

Salam Readers

jodoh siapa lah pulak kan?
bukan saya.hehehe

ceritanya..seorang kawan telah bertunang.
dengarnya tahun depan akan berkahwin.
alhamdulilah.syukur

tapi tiba-tiba terdengar berita dia dah putus tunang.
dia yang pilih untuk putuskan tunang.
dengan lelaki pilihan hatinya sendiri.

beberapa hari nie, asyik teringat dekat dia.
betapa besar dan berat dugaan yang dia hadapi.
disebalik senyuman dan usikan pertanyaan daripada kawan-kawan 
tentang tarikh perkahwinannya.

rasa bersalah pulak.
sebab tanya soalan tu dekat dia.
mesti ambil masa untuk percaya dekat cinta.

tapi rasionalnya.
lebih baik dia kecewa sekarang daripada kecewa selepas berkahwin nanti.

ibu dan ayah dia dah putus asa.
hanya redha dengan keputusan dia.
sebab mereka pon tak sanggup tengok si lelaki mengongkong hidup anaknya lagi.
belum berkahwin tapi dah menetapkan selepas kahwin tak boleh berkerja.
selalu meminta penjelasan daripada ibu bapa dia.
itu dan ini tentang perangai anaknya.
bukan ke orang yang di tanya tu ibu dan bapa dia??
apa perasaan lelaki itu yang bertanya?
dan paling penting apa perasaan bakal keluarga mertua yang ditanya??

sahabat.
saya tahu anda seorang yang kuat.
saya doakan sahabat dapat lelaki yang lebih baik dan menghargai dirimu.


 
 ..Doa Pendekat Jodoh..

Thursday, June 13, 2013

Buah Delima

  Salam Readers


buah delima yang merah 

orang kata buah delima ada banyak khasiat untuk ibu mengandung.
gigih mencari buah delima dekat giant.

alhamdulilah masa tu pekerja dia baru pindahkan daripada kotak.
so dapatlah buah delima yang masih elok.
satu biji rm3.00..
ada kawan bagitau dekat kl & jb satu biji buah delima rm8-rm9..
nasib baik i duduk kawasan kampung jee..hahaha

rasa buah delima nie lebih manis.
sangat juicy..

ok setiap hari kena makan sikit.
satu biji boleh tahan 1 minggu.
hahaha.kedekut ke ape nie.
sabar jee lah baby.
nak makan banyak2 tunggu papa beli :P
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan berkulit bersih tanpa cela dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmati keenakannya
Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.
  • (sumber info daripada:  khasiat buah delima)

Wednesday, June 12, 2013

terasa ke?

Salam Readers

tak tau nak gelak ke nak sentap.

sensitif ok.
dengan bos sendiri.

sejak bagi resign letter nie.
bos macam dah tak nak kawan kite..
yee betul.
dah jarang senyum dah.
dah jarang panggil masuk bilik dah.
bagi i duit poket sikit jee,huhuhuhu
sedih i.

nak buat macam mana bos.
saya ade komitment lain.
kalau saya takde pape memang okey jee keje kat sini.

ok. tak nak kawan tak pe.
hehehehe.
 

rezeki kerja

Salam Readers

Semalam balik kerja singgah giant sekejap.
tujuan asal adalah untuk beli fresh milk, buah delima dengan kurma.
semuanya untuk baby.hehehe
mummy dia nak yang terbaik jee untuk dia.

eh.bukan nak cerita pasal itu.tapi pasal rezeki kerja.
masa nak timbang buah delima tu.
saya rasa macam kenal dengan pekerja giant tu..
cara dia senyum..cara dia layan.
manis orangnya tau.

rupanya kawan kelas ko-k masa dekat universiti dulu.
tak sangka jumpa dekat sini.i means muar.suatu tempat yang jauh dari hometown dia
sebab she is from perak.
jauhnya merantau.mencari rezeki.
daripada perbualan tu dapat rasakan yang betapa susahnya dia nak cari kerja.
pernah kerja di merata-rata tempat yang tak setanding dengan kelulusan dia.
even dia graduate lebih awal satu tahun daripada saya.
 malahan tempat kerja sekarang pon tak setimpal dengan kelulusan dia.
tapi insyaallah daripada tutur kata dia, dia ikhlas dengan kerja sekarang.

balik tu asyik terfikir.
betapa rezeki setiap orang berbeza-beza.
muhasabah diri sebab selalu merungut gaji tak cukup,kerja tak best.
ada orang lepas graduate bertahun-tahun nak dapat kerja.
alhamdulilah.perjalanan saya sangat mudah.

semoga saya tak akan lupa diri.
bila berada di atas suatu hari nanti.
 

wedding kawan-kawan

Salam Readers

lepas kawen pon kena attend wedding kawan-kawan.ok.
sebab kawan-kawan nie dah susah payah datang wedding kita.

so kawan-kawan yang saya pon tak pernah jumpa dekat mana-mana wedding.
saya pon tak tau esok dieorang nak jemput sape datang wedding dieorang,hehe

dah jangan membebel.
hahaha.

wedding kawan sekolah menengah.
masa nie.saya memang tak sihat.
tak boleh terima nasi.
tengoklah muka.pucat macam ape..
akhirnya kawan kami nie selamat bertemu gadis idaman hatinya.
semoga fahmi & isteri akan sentiasa bahagia.

ini masa attend wedding my cousin.
kami sebaya tapi saya kawen dulu,hehe
gambar pengantin takde pulak.
gambar nie pon jadiklah.
masa nie sangat2 tak sihat.
hidup tak lengkap tanpa minyak angin tiger balm & minyak kapak.
boleh makan tembikai jee,huhuhu

majlis pertunangan adik ipar.
penat gila masa nie.
every weekend ade event2 macam ini tau.
badan dah rasa penat sangat.layankan jugak lah.
bunga tangan tu saya dengan husband yang buat,hahaha

 wedding kawan sekolah menengah kami.
kami panggil dia sarip.tapi sekarang mana boleh,hehe
dia blogger terkenal yang masuk suratkhabar tau..
cikgu zara & suami
semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dear.


wedding bff husband.
izhan & qieyma.
tahniah buat korang..sebab wedding nie dapat second honeymoon.
kami travel to terengganu & kelantan.
hehehehe.best best.
bersama-sama kawan2 en suami & isteri masing-masing.
tengok pipi saya.inilah hasilnya makan tak berhenti-henti ok.
masa ini emosi saya dah stabil balik.
dah boleh makan cuma tak boleh perut kosong.
nanti saya rasa nak pengsan.

on the same date ada sorang lagi kawan baik saya get married.
tapi saya tak dapat nak attend.
sebab tempat lain-lain.
tapi saya dah wakilkan hadiah sebagai pengganti diri.hehehe
aci kan.
 selamat pengantin baru.
liza & alcadan.
semoga akan sentiasa bahagia kekal sehingga ke syurga!!

ok. begitulah cerita bulan may saya.
sekian.

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.