Thursday, June 20, 2013

scan lagi.

Salam Readers

pagi tadi ada appointment dengan doktor.
nak scan baby lagi.

apa baby tengah buat kat dalam tu?
hehehe.

pergi sorang-sorang.
takpe nak buat simple check up jee kan. :)

timbang berat badan.naik sikit
tekanan darah ok.
urin ok.
alhamdulilah

alamak doktor lelaki pulak.sabar jee lah.
bila scan kali nie baby gerak-gerak sikit jee.
tak macam scan yang pertama.
tapi saiz baby kecil dua minggu.
macam doktor yang scan dulu bagitau.
saiz baby kecil.

insyaallah. kalau diizinkan Allah
25/12/2013 

sayang sila membesar dengan sihat dan jangan naughty :P
 

Wednesday, June 19, 2013

suami di hari ahad.

Salam Readers

di pagi ahad yang sesuai untuk bermalas-malas.
tibe-tibe terdengar bunyi blender dari dapur rumah.

aish.cerita misteri ke ape nie??
 hahahaha.

yee lah si isteri tengah sibuk tengok cite dekat tv.
siapa pulak dekat dapur??
siap fikir lagi ade ke benda yang boleh diblend kat dapur tu??
 hehehe.

rupanya si suami yang sangat rajin.
blend susu dengan kurma untuk isterinya.
sebab dia kesian si isteri muntah lepas breakfast.
terbaring jee.

bila tanya tau ke ape khasiat kurma dengan susu nie?
dia tak tau..
ikut gerak hati.pernah terbaca dekat internet.
tapi tak baca sampai habis kelebihan dia.

tak ape lah en suami.
terima kasih sebab susah-susah blend susu dengan kurma untuk isteri nie.
isteri rasa terharu.
suami romantik betul.
hehehe.
 i love u
 

tentang jodoh

Salam Readers

jodoh siapa lah pulak kan?
bukan saya.hehehe

ceritanya..seorang kawan telah bertunang.
dengarnya tahun depan akan berkahwin.
alhamdulilah.syukur

tapi tiba-tiba terdengar berita dia dah putus tunang.
dia yang pilih untuk putuskan tunang.
dengan lelaki pilihan hatinya sendiri.

beberapa hari nie, asyik teringat dekat dia.
betapa besar dan berat dugaan yang dia hadapi.
disebalik senyuman dan usikan pertanyaan daripada kawan-kawan 
tentang tarikh perkahwinannya.

rasa bersalah pulak.
sebab tanya soalan tu dekat dia.
mesti ambil masa untuk percaya dekat cinta.

tapi rasionalnya.
lebih baik dia kecewa sekarang daripada kecewa selepas berkahwin nanti.

ibu dan ayah dia dah putus asa.
hanya redha dengan keputusan dia.
sebab mereka pon tak sanggup tengok si lelaki mengongkong hidup anaknya lagi.
belum berkahwin tapi dah menetapkan selepas kahwin tak boleh berkerja.
selalu meminta penjelasan daripada ibu bapa dia.
itu dan ini tentang perangai anaknya.
bukan ke orang yang di tanya tu ibu dan bapa dia??
apa perasaan lelaki itu yang bertanya?
dan paling penting apa perasaan bakal keluarga mertua yang ditanya??

sahabat.
saya tahu anda seorang yang kuat.
saya doakan sahabat dapat lelaki yang lebih baik dan menghargai dirimu.


 
 ..Doa Pendekat Jodoh..

Thursday, June 13, 2013

Buah Delima

  Salam Readers


buah delima yang merah 

orang kata buah delima ada banyak khasiat untuk ibu mengandung.
gigih mencari buah delima dekat giant.

alhamdulilah masa tu pekerja dia baru pindahkan daripada kotak.
so dapatlah buah delima yang masih elok.
satu biji rm3.00..
ada kawan bagitau dekat kl & jb satu biji buah delima rm8-rm9..
nasib baik i duduk kawasan kampung jee..hahaha

rasa buah delima nie lebih manis.
sangat juicy..

ok setiap hari kena makan sikit.
satu biji boleh tahan 1 minggu.
hahaha.kedekut ke ape nie.
sabar jee lah baby.
nak makan banyak2 tunggu papa beli :P
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan berkulit bersih tanpa cela dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmati keenakannya
Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.
  • (sumber info daripada:  khasiat buah delima)

Wednesday, June 12, 2013

terasa ke?

Salam Readers

tak tau nak gelak ke nak sentap.

sensitif ok.
dengan bos sendiri.

sejak bagi resign letter nie.
bos macam dah tak nak kawan kite..
yee betul.
dah jarang senyum dah.
dah jarang panggil masuk bilik dah.
bagi i duit poket sikit jee,huhuhuhu
sedih i.

nak buat macam mana bos.
saya ade komitment lain.
kalau saya takde pape memang okey jee keje kat sini.

ok. tak nak kawan tak pe.
hehehehe.
 

rezeki kerja

Salam Readers

Semalam balik kerja singgah giant sekejap.
tujuan asal adalah untuk beli fresh milk, buah delima dengan kurma.
semuanya untuk baby.hehehe
mummy dia nak yang terbaik jee untuk dia.

eh.bukan nak cerita pasal itu.tapi pasal rezeki kerja.
masa nak timbang buah delima tu.
saya rasa macam kenal dengan pekerja giant tu..
cara dia senyum..cara dia layan.
manis orangnya tau.

rupanya kawan kelas ko-k masa dekat universiti dulu.
tak sangka jumpa dekat sini.i means muar.suatu tempat yang jauh dari hometown dia
sebab she is from perak.
jauhnya merantau.mencari rezeki.
daripada perbualan tu dapat rasakan yang betapa susahnya dia nak cari kerja.
pernah kerja di merata-rata tempat yang tak setanding dengan kelulusan dia.
even dia graduate lebih awal satu tahun daripada saya.
 malahan tempat kerja sekarang pon tak setimpal dengan kelulusan dia.
tapi insyaallah daripada tutur kata dia, dia ikhlas dengan kerja sekarang.

balik tu asyik terfikir.
betapa rezeki setiap orang berbeza-beza.
muhasabah diri sebab selalu merungut gaji tak cukup,kerja tak best.
ada orang lepas graduate bertahun-tahun nak dapat kerja.
alhamdulilah.perjalanan saya sangat mudah.

semoga saya tak akan lupa diri.
bila berada di atas suatu hari nanti.
 

wedding kawan-kawan

Salam Readers

lepas kawen pon kena attend wedding kawan-kawan.ok.
sebab kawan-kawan nie dah susah payah datang wedding kita.

so kawan-kawan yang saya pon tak pernah jumpa dekat mana-mana wedding.
saya pon tak tau esok dieorang nak jemput sape datang wedding dieorang,hehe

dah jangan membebel.
hahaha.

wedding kawan sekolah menengah.
masa nie.saya memang tak sihat.
tak boleh terima nasi.
tengoklah muka.pucat macam ape..
akhirnya kawan kami nie selamat bertemu gadis idaman hatinya.
semoga fahmi & isteri akan sentiasa bahagia.

ini masa attend wedding my cousin.
kami sebaya tapi saya kawen dulu,hehe
gambar pengantin takde pulak.
gambar nie pon jadiklah.
masa nie sangat2 tak sihat.
hidup tak lengkap tanpa minyak angin tiger balm & minyak kapak.
boleh makan tembikai jee,huhuhu

majlis pertunangan adik ipar.
penat gila masa nie.
every weekend ade event2 macam ini tau.
badan dah rasa penat sangat.layankan jugak lah.
bunga tangan tu saya dengan husband yang buat,hahaha

 wedding kawan sekolah menengah kami.
kami panggil dia sarip.tapi sekarang mana boleh,hehe
dia blogger terkenal yang masuk suratkhabar tau..
cikgu zara & suami
semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dear.


wedding bff husband.
izhan & qieyma.
tahniah buat korang..sebab wedding nie dapat second honeymoon.
kami travel to terengganu & kelantan.
hehehehe.best best.
bersama-sama kawan2 en suami & isteri masing-masing.
tengok pipi saya.inilah hasilnya makan tak berhenti-henti ok.
masa ini emosi saya dah stabil balik.
dah boleh makan cuma tak boleh perut kosong.
nanti saya rasa nak pengsan.

on the same date ada sorang lagi kawan baik saya get married.
tapi saya tak dapat nak attend.
sebab tempat lain-lain.
tapi saya dah wakilkan hadiah sebagai pengganti diri.hehehe
aci kan.
 selamat pengantin baru.
liza & alcadan.
semoga akan sentiasa bahagia kekal sehingga ke syurga!!

ok. begitulah cerita bulan may saya.
sekian.

Friday, June 7, 2013

Buku Pink

Salam Readers

Semalam dah buat buku pink.
buat sorang-sorang sebab husband jauh.huhu
takpe saya boleh buat.

banyak jugak lah prosedur.
beberapa kali kena ambil darah.
bukak baju.
scan perut.

tapi ada problem pulak.
kena refer hospital besar.
another date kena jumpa doktor pakar pulak.
macam-macam hal yang timbul.
harap-harap nothing serius.

menitis jugak lah air mata.
sebab takut ape result lepas jumpa doktor pakar nanti.

husband lagi lah sangat risau.
setiap minit call.

tapi semua risau tadi hilang bila.
doktor scan perut.
baby tengah berpusing-pusing dua kali.
alhamdulilah.
syukur.

2 weeks lagi kena datang scan.
nak tentukan tarikh EDD yang baru.
 

Wednesday, June 5, 2013

hehehe..

Salam Readers

hehehe.
cerita pasal baby pulak


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel 

credit to: Kelab Soal Jawab & Bakal Ibu Jom Hamil

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.