Thursday, June 13, 2013

Buah Delima

  Salam Readers


buah delima yang merah 

orang kata buah delima ada banyak khasiat untuk ibu mengandung.
gigih mencari buah delima dekat giant.

alhamdulilah masa tu pekerja dia baru pindahkan daripada kotak.
so dapatlah buah delima yang masih elok.
satu biji rm3.00..
ada kawan bagitau dekat kl & jb satu biji buah delima rm8-rm9..
nasib baik i duduk kawasan kampung jee..hahaha

rasa buah delima nie lebih manis.
sangat juicy..

ok setiap hari kena makan sikit.
satu biji boleh tahan 1 minggu.
hahaha.kedekut ke ape nie.
sabar jee lah baby.
nak makan banyak2 tunggu papa beli :P
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan berkulit bersih tanpa cela dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmati keenakannya
Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.
  • (sumber info daripada:  khasiat buah delima)

11 comments:

  1. kita pun tgh gegeh carik delima utk diri sendiri and future :p

    belum ada baby lg tp rasanya benda ni mmg bgs.hehe apa kata kamu try yg jus delima tu? sbb sebotol rate dlm rm15 boleh thn sebulan tak silap. makan sehari 2 sudu pagi dan petang. cuba google :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaja dah start makan? hehe bagus2..
      setakat nie lebih suka makan buah delima dulu..
      nanti baru cari jus delima :)

      Delete
  2. kat tempat sy..buah delima regenyee RM 5.99 sebiji...

    mahal kan???..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jugak..
      aci tak mintak dengan jiran cina yang suka tanam buah delima?
      hehehehe..husband cakap saya mengarut.

      Delete
  3. eh, murah La RM3..

    Sya xsuke sgt buah delima. xtaw nk describe rase die cmne. tp biLe baca byk benefits die, nnti nk kene try jugak La. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya: even tak suka tapi sebab baik untuk baby
      kenalah cuba jugak kan :)

      Delete
  4. kt r n r temerloh sebijik rm9 tahuuuuu..gila mahal..huhu..tapi kalo ecah sebijik boleh habis sorang...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear dekat rnr kalau jual buah memang mahalll..
      try cari dekat tempat lain..

      Delete
  5. lepas nana baca entry elly ni, nana terus suruh MHZ beli buah delima. semalam baru dapat makan sebab dia bz nak pegi cari. memula dia beli kat singapore sbb dia kan keje kat sana. 2 biji $8. ok. mahal gila. lepas tu dia mtk kwn dia carikkan jugak. terus kwn dia belikan. 2 biji rm10.

    terus ada 4 biji buah delima kat rumah. HAHAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tu..sila makan jangan gelojoh tau mummy to be :)
      beli kat singapore mesti lah mahal kan..bijak betul lah MHZ nie,hehe

      Delete

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.