Friday, October 18, 2013

Susu untuk ibu & baby

Salam Readers


Semenjak mengandung nie dah cuba beberapa jenis susu.
ada yang boleh diterima oleh tekak dan ada yang tak mampu nak ditelan.huhuhu

Anmum

Mula-mula masa mengandung cuba minum anmum vanilla mango.
sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami mual dan muntah.
tapi saya tak boleh minum susu nie. rasa vanilla dicampur dengan mango.
bau manis..alahai macam minum teh jasmine atau teh hijau pulak..
maybe sebab bau mango tu kuat sangat..tapi realitinya saya suka makan mango.sedap!
nurse nasihatkan jangan minum anmum selalu sebab banyak gula.
yang saya perasan susu anmum nie memang lebih manis nak dibandingkan dengan susu jenama lain.


boleh refer disini tentang anmum : Anmum

Apa ada dalam susu anmum:
1. Asid Folic : nutrien penting yang diperlukan oleh ibu dan fetus
2. Diuji secara klinikal : anmum menyatakan bahawa mereka adalah satu-satunya susu yang telah diuji     
   secara klinikal mengandungi asid folic yang tinggi
3.Ganglioksida & DHA : nutrien untuk otak, ganglioksida boleh meningkatkan proses pembelajaran & daya 
   ingatan.
4. Iron : meningkatkan sel darah merah sepanjang mengandung
5. Kalsium : Membina tulang yang kuat & sihat
6. Probio DR10 & Prebiotic : Bakteria baik yang membantu penyerapan nutrien semasa mengandung

Dumex Mamil Mama

selepas itu saya cuba susu dumex mamil mama.
perisa coklat. sedap!
sejak mengandung dah 3 kotak susu nie.
mungkin saya lebih sesuai minum susu perisa coklat kan.
kalau malas sangat saya minum susu nie letak koko krunch,hehehe
senang sekali dengan breakfast :)


rendah lemak.


kandungan dalam mamil mama
Boleh refer disini : Dumex mamil Mama

tapi semalam en husband dah salah beli susu.
dia beli dumex mamil mama perisa vanilla..
alahai..nampaknya saya kena telan tanpa ambil nafas lah.rasanya tak sedap tau.
mungkin saya memang sesuai dengan perisa coklat sahaja..

Marigold HL


susu ini memang senang.
tak perlu nak bancuh lagi.hehehe
boleh diambil bila-bila masa..
rasanya pon sedap..

Apa ada dalam susu nie : 
Tinggi Kalsium & Protein
Rendah Lemak
mengandungi 9 jenis Vitamin (A,B1,B3,B6,B12,C,D,E & Asid Folic)
menyediakan 56% lebih protein berbanding susu penuh krim biasa
tapi ambil perisa original / Plain jee tau.. strawberry & coklat ada banyak kandungan gula..
tak pasal pulak lebih gula nanti :)

Susu Fernleaf

susu nie sebenarnya bukan untuk ibu mengandung.
tapi sebab kadang-kadang nak ubah angin..
sejak sebelum pregnant lagi saya dah minum susu nie.
kadang-kadang ambil jugaklah susu nie kan.hehehe
rasanya pon sedap..lebih sedap daripada susu anmum & mamil mama perisa plain.hehehe

Boleh refer disini : Fernleaf Milk


sebenarnya terpulang pada individu masing-masing untuk minum susu apa.
try mintak sample susu tersebut..samada dekat kiosk-kiosk yang ada dekat supermarket tu 
atau request sample dekat facebook dieorang. lepas try baru tau kita nie sesuai dengan susu yang mana.
kadang-kadang ada orang suka susu perisa coklat, susu perisa oren..hehehe

tapi pengambilan susu semasa mengandung memang sangat penting untuk bekalkan kalsium & nutrien-nutrien lain pada baby. untuk kita pulak masa nie lah nak kumpul kalsium sebab baby dah ambil kalsium kita.
tu yang kadang-kadang kaki cramp, gigi rosak.. alahai saya kalau selalu skip minum susu mulalah kaki cramp.



6 comments:

  1. boleh lah suruh orang umah cuba nanti. thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. alamakkk...da terbeli anmum materna ni la wak....\
    da la yani xsuka manis2 nie...
    tersalah beli susu la nie jawabnyer,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yani,try dulu mana tau tekak yani boleh terima rasa dia..
      next time boleh pilih susu yang kurang manis :)

      Delete
  3. nurse kt klinik ecah cakap, minum jek Anlene biasa tu...xyah minum susu ibu mengandung pon xpe sbb tujuan utamanya nak kalsium jek..yg vitamin lain semua dh ade dlm supplemen yg die bg..ecah pon buat la mcm tu sbb konon2 nak jimat...pon kena minum susu coklat sebab x pernah minum susu pon..x suka...hehe

    ReplyDelete
  4. salam..
    diana dulu minum susu anmum perasa coklat. Baik anak pertama dgn ke-2. cuma msa anak pertama tu telbih sgt kalsium kut. sbb gg baby kuar awl. umur 2 bulan dah kuar. siap bwk g jumpe doktor. buat malu jer. ingatkan serius sgt. maklumlah x de pengalaman. anak pertama lah katakan. alih-laih doktor kata pengambilan kalsium yg berlebihan during pregnant. hihihi...

    http://apapayahsangat.blogspot.com/

    ReplyDelete

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.