Wednesday, May 21, 2014

Happy Mothers Day

Salam Readers

Selamat Hari Ibu.
Buat semua mama.ibu.mak.mumy.ummi semua.
walaupun dah lambat nak wish.
tapi bagi saya hari-hari pon hari ibu.

tahun ini diri sendiri dah sambut hari ibu.
tapi yang paling terkesan dalam hati nie.
sambut hari ibu jauh daripada ibu yang tersayang.
rasa sedih sebab tak dapat sambut sama-sama.
sejak berkahwin dan duduk jauh daripada keluarga.
ada banyak yang kita miss.
ada banyak perkara yang kita rindu.
ada banyak yang bersarang dalam hati.
maksud saya. rasa rindu tu..

saya sangat hargai jasa ibu yang dah mengandungkan saya.
melahirkan.membesaerkan dan mendidik saya sampai 
saya sendiri dah jadi ibu kepada anak sendiri.

rasa nak balik kampung peluk ibu kuat-kuat.
let her know how much i miss and luv her.

tapi 
kena tunggu end of this month baru boleh balik kampung.
owh.saya sangat rindukan ibu saya.


Wednesday

Salam Readers




its true!



its true! my husband..


bila dah ada anak nie.
24/7 haruslah anak sahaja dalam ingatan.
banyak yang berubah.
penat, sakit semuanya hilang bila tengok muka anak.
entri blog pon emak-emak jee.

mumy rindu awak Adelia..
baru pukul 3.hai laa cepat lah pukul 5,hehe

Thursday, April 3, 2014

2014

Assalamualaikum & hye all..

dah berkurun lama tak update blog.
dah masuk tahun 2014..
dan ini sudah April..

baru nak update blog ini.hehe
banyak yang berubah dalam hidup.
dah ada anak pon :)
insyaallah lepas nie boleh update blog

Tuesday, December 31, 2013

mari kita bertukar link blog :)

Salam Readers



Ini adalah sticky post daripada saya..
Saya akan melawat blog anda,sesiapa readers yang sudi exchange link dgn saya, much appreciated
Salam Perkenalan :)

Thursday, November 28, 2013

handphone rosak.

salam readers


tajuknya adalah handphone rosak.
handphone yang baru beberapa bulan berkhidmat,tak sampai setahun lagi.
ROSAK..alahai patutlah ada kawan-kawan yang nasihatkan masa nak beli barang hantaran jangan masukkan gadjet nie dalam list hantaran. tapi tak semua nya akan terima nasib yang sama macam saya kan.

kerosakan yang dialami? motherboard dia rosak dan kos untuk baiki rm600.00
pastu bila tanya dekat kedai tu nak trade in handphone nie berapa harga?
hahaha beli mahal-mahal tapi time nak jual nie dah mengalami depresiasi (eh betul ke ejaan)
yang sangat tak berbaloi ok. nak jual balik dah jadi rm 500.00 to rm550.00..
kos nak baiki lagi mahal daripada harga nak jual balik..macam mana tu kan..

si isteri dengan redha cakap dengan suami tak apalah jual jee laa daripada susah nak call.
nak sms yee lah sebab line network tak dapat langsung..apahal..
nak call parents, adik beradik nak kena pinjam handphone husband..
kan dah susah..husband pergi kerja pon tak tenang tinggalkan isteri kat rumah.
takut nanti sakit-sakit perut nak bersalin pastu handphone takde line network pulak..

akhirnya belilah handphone yang sepadan dengan harga jualan tadi.huhuhu
nanti ada rezeki kita beli lagi lah.

lepas nie beli handphone mahal-mahal lepas tu rosak lepas waranti tamat.
alahai tak berbaloi betul.

Wednesday, November 27, 2013

kerja baru lagi

Salam Readers


Selepas entry tak happy dengan tempat kerja hari tu kan.
saya kena berhenti kerja..atau lebih tepat di berhentikan kerja.
dengan alasan bos - bos tu nak tutup branch and cari another lawyer yang boleh handle that firm ikut macam standard yang mereka nak..well cubalah cari dan selamat berjaya.

perasaan masa tu?
rasa tenang dan tak emosi sebab dah janji dengan diri sendiri tak nak tunjuk yang saya sedih sebab hilang kerja nie. tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. berkecamuk sebab selepas graduate saya terus habiskan latihan dalam kamar dan terus berkerja..komitmen saya banyak yang perlu diselesaikan setiap bulan.

dan mungkin rezeki baby dalam kandungan nie.
hari yang sama..a few hours before ex-bosses nak berhentikan saya.
saya dapat another job offer..walaupun belum confirm lagi masa tu
at least hati rasa tenang..

this week saya dah start dekat tempat kerja baru.
lebih dekat daripada rumah & tempat kerja suami..
tak perlu nak membayar tol untuk sampai tempat kerja..
tak perlu nak meredah trafik jem macam di shah alam dulu..
alhamdulilah walaupun job tak sehebat & tak semewah yang ex-bosses offer.
tapi saya rasa tenang sebab tak perlu lagi nak fikir apa nasib saya untuk di marah & di maki hamun lagi.
walaupun tengah sarat mengandung tapi rezeki ada dimana-mana..
jangan pernah berputus asa sebab kita hanya mampu merancang kehidupan kita..
Allah yang tentukan sama ada rezeki itu milik kita atau milik orang lain.

sebagai peringatan untuk diriku & orang lain.
hidup ini seperti roda yang berpusing..
tak semestinya kita akan sentiasa berada diatas.
jangan pernah pandang rendah pada orang yang berada di bawah.
kerana mungkin suatu hari kita akan berada di bawah.
dan mungkin orang yang kita pandang rendah yang akan sudi membantu disaat kita susah.



Wednesday, November 13, 2013

Dugaan Dah Nak Bersalin

Salam Readers



My baby is good,healthy dan sangat - sangat lah baik dengan mummy dia.
tapi my biggest dugaan adalah dekat tempat kerja nie.
dugaan dengan bos, environment kerja, staff..
semua tu buat saya pressure sangat..
dah tak ada hati lagi nak kerja sini.

tapi demi baby.
demi husband.
saya bertahan sampai dapat kerja baru.
percaya setiap anak ada rezeki masing-masing.

Ya Allah beri lah kekuatan untuk ku.
untuk menghadapi semua dugaan mu ini.
kau jauhkan lah aku daripada orang-orang yang kejam dan zalim.
Berikanlah aku rezeki yang lebih baik daripada ini.

walaupun anda majikan yang membayar gaji saya.
tapi anda tiada hak untuk memaki hamun saya dengan kata-kata kesat.
mungkin orang lain boleh terima tapi saya rasa saya tidak perlukan kata-kata kesat itu.
saya percaya dan nampak anda seorang peguam yang banyak job.
memiliki pejabat peguam yang dipenuhi berpuluh-puluh file untuk diselesaikan.
memiliki staff & peguam yang hebat walaupun setelah di maki hamun setiap kali salah.
memiliki kereta mewah dan networking yang sangat luas.
selalu bercakap bahawa duit bukan masalah bagi anda.
orang lain mungkin hormati anda.
tapi rasa hormat saya pada anda dah hilang disaat kata-kata kesat itu dikeluarkan.
saya dah lama maafkan tapi kesan daripada kata-kata itu masih ada dalam ingatan lagi.

kita semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
setiap orang ada rezeki masing-masing..cuma cepat atau lambat sahaja.
lebih baik menjadi orang yang bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

saya harap saya tak akan jumpa orang macam anda lagi seumur hidup saya.