Thursday, February 28, 2013

Makeup Nikah

Salam Readers

Makeup untuk nikah saya..
saya tak guna MUA yang sama untuk majlis resepsi dan bertandang.
boleh dikatakan untuk majlis nikah saya.
memang fully in charge oleh pengantin sendiri.

tapi bukan saya yang solek diri sendiri.
nanti banyak pulak komen dari en.tunang.
masa bertunang dulu memang saya bersolek sendiri.

masa bertunang 6 bulan yang lalu
:)

untuk makeup nikah.
saya memang cari freelance MUA atau MUA yang saya boleh datang kedai.
kiranya dekat-dekat rumah lah.
saya ambil chinese professional makeup service.
dengan harga below rm200-00.

yea-yea..
happy laa tu,dapat harga murah.
hee,tapi ada risiko jugak.
tak tau lah nanti hasil dia macam mana.
fb,twitter,blog pon MUA tu tak ada.
boleh tengok gambar dekat kedai dia jee.
nampak macam ok.
hee.hee.harap-harap ok nanti.
hasil carian google.macam inilah lebih kurang.
makeup bridal chinese nie.
nak request makeup ala ala korean boleh.hahaha

ini
macam ini juga
basically,they love flawless looking skin
nak macam ini boleh?
:)
berdoalah saya akan nampak seperti raja sehari.
tunggu hari kejadian.

Inai

Salam Readers

 Berinai
Majlis berinai ada dua jenis.
 Berinai kecil, berinai kecil selalunya dihadiri oleh saudara mara rapat sebelah perempuan,
majlis nie diadakan sehari sebelum majlis nikah.
Berinai besar pula selalunya akan dibuat selepas majlis nikah 
tujuannya untuk meraikan keluarga pengantin lelaki dan berkenalan dengan keluarga baru
 
 Sumber informasi 

mula-mula memang rasa excited nak pakai inai.
sekali seumur hidup nie.
tapi bila tengok design inai yang sarat sangat
fikir dua tiga kali.
heee..heee..

okey,lupakan.saya memang kena pakai inai.
nanti ada pulak yang masam muka sebab saya tak nak pakai inai.

setelah membuat kajian dengan pak cik google.
saya nak pakai inai dekat jari dan lukis yang simple-simple jee.
saya nak macam ini.

tapi.
saya berkenan jugak pada inai ini.
simple.
at least tangan i masih lagi rupa tangan i,huhu
tapi kali kedua.
tengok design scha alyahya.
lagi simple.
saya suka


dua-dua gambar kat atas nie.
masa wedding irma hasmie.
simple jugak kan.

pening kepala saya nak buat pilihan design nie.
sape vote untuk inai macam scha?
sila angkat tangan..hehe
tunggu hari kejadian lah.
tengok hasilnya.
inai dah booked dengan kedai india dekat-dekat rumah.
huhuhu
:)


warna putih.

Salam Readers

Sekarang nie ada satu tabiat
suka warna putih.
kalau boleh semua benda saya nak tukar warna putih.

sebagai contoh eksperimen yang dilakukan,hehe
spray frame gambar dari warna coklat kepada warna putih.
spray kaki pasu bunga ibu kepada warna putih.
spray tempat gantung bunga telur kepada warna putih.

nasib baik spray tu beli 2 tin.
kalau ada banyak habis semua barang saya spray jadi warna putih kot.
Balik kerja gigih pergi kedai basikal semata-mata nak beli spray nie.
tauke cina tu pun hairan kot.dengan baju kurung sopan dan ayu tapi beli spray.

putih yang suci lagi menyucikan tau :)

 Kaki pasu bunga tersebut

tempat gantung bunga telur tersebut

frame jee lupa nak ambil gambar.
tapi frame gambar tu tak nampak putih sangat.
it turn out to be oren susu bak kata adik saya.

kamu nampak baru.
walaupun dah lama.
:)

Wednesday, February 27, 2013

Guestbook yang tak siap-siap

Salam Readers

Yea.
nampaknya.
ada nampak bayang-bayang guestbook saya nie.
Hasil menggulung kertas malam tadi.
Peach dengan biru.
ada ke bunga warna biru.hehe
harap-harap gabungan kamu berdua menjadi
:)
Agak stress membuat kerja nie.
saya susun elok-elok tapi asyik melekat dekat jari saya.
haha.motif? sebab gam melekat dekat tangan
buat depan tv sambil tengok darul takzim melawan kedah.
haruslah saya jadi stress.huhu

But keep telling myself that i can do it.
:)

Tuesday, February 26, 2013

Idea Pelamin Nikah

Salam Readers

Tiba-tiba ada pelamin nikah kan.
ibu kesayangan dah request pelamin nikah yang simple 
nasib baik ada 25 hari lagi.

sibuk mencari idea untuk DIY pelamin nikah nie.
tapi kali ini dah belajar dari pengalaman untuk pelamin tunang dulu.

never-ever buat pelamin last minute.
nanti Stress! haha

nak buat pelamin nikah macam ini.
Pilihan Hati 1

Pilihan Hati 2

Pilihan hati 3




Sumber inspirasi : 
Merisik Gallery

tengok.masih lagi nak pilihan hati 1,2,3 ???
Hujung Minggu dah kena mula beli material untuk pelamin nie.
nanti lambat-lambat jadi bridezilla

sempat.sempat.sempat
insyaallah
:)

tuala pink

Salam Readers

Perihal tuala berwarna pink
pink.
pink.

menyakat en.tunang.
bagitau dia saya dah belikan dia towel.
towel yang berwarna pink.
wiwit
:)

his feedback?
haruslah merajuk tak nak pakai.
macam girlish pulak nanti.
haha.

saya bergurau saja lah en.tunang
untuk awak mestilah warna kegemaran awak
:P

Cuti Kahwin

Salam Readers

Bos dah luluskan cuti kahwin saya.

10 hari sahaja.

nak mintak lebih-lebih macam melampau pulak.

padahal bos boleh jee luluskan tanpa banyak halangan.

takde pon cakap nak potong gaji ke ape

kalau tau mintak cuti sebulan.

huhu.

tengok.melampau.

bersyukur lah

alhamdulilah settle satu perkara.

sekarang masa untuk settlekan kerja sebelum bercuti.

Monday, February 25, 2013

Sticker lagi

Salam Readers

Petang jumaat.
Balik rumah.
laju-laju buat acara ini




haa,penat jugak lah nak menggunting.
tapi happy sebab dapat buat
even dah disaat-saat akhir nie
:)

Friday, February 22, 2013

Print sticker jar sendiri

Salam Readers


Lalalala..
senang hati i.
saya dah print sticker jar sendiri.
rasa tak sabar rasa nak gunting & tampal dekat botol 
sekarang jugak.

haha.hitam putih jee.
saya nak save bujet tau.
kalau ada bujet lebih boleh print colour yang cantik.
ini pon dah syukur alhamdulilah sangat 

And You Are My Happy Ending

Oh My Wedding Shoes

Salam Readers

Oh My Wedding Shoes.

Mula-mula saya memang plan nak pakai warna sama senada dengan baju.
oo.tiffany green..
kenapa jadi warna tiffany green pulak baju wedding saya nie?
saya tukar ok.
daripada tiffany blue saya tukar tiffany green.



tapi 
akhirnya ini yang menjadi warna ini jadi pilihan hati.



lalala.
it is gold.
-
-
-
-

i love this shoes much

cerita disebalik kasut ini?
puas mencari kedai kasut yang menjadi idaman. berjam-jam
pusing-pusing shopping mall dekat kl tu sampai lenguh kaki tangan.
merajuk,marah.gaduh-gaduh manja dengan en.tunang.
sebab tak jumpa kasut yang sesuai dengan kaki ini.
at last.
jumpa kasut kahwin dekat melaka.
Huh.huh.
masuk kedai.nampak kasut cantik.terus ambil.
mintak salesman ambil saiz kaki.
cuba-cuba.jalan-jalan keliling kedai.
tengok cermin.
ok.en.tunang saya suka ini.pergi bayar.
 
moral of the story.
sometimes we can't plan when, where we will find the right shoes.
kasut cantik ada dimana-mana :P

Guestbook in the making

Salam Readers

Salam Jumaat.
penghulu segala hari.

Hajat Hati nak DIY guestbook sendiri.
barang-barang pun dah beli.
tapi masih mencari-cari design yang macam mana nak buat.


malam tadi sebelum tido.
test marker pen warna warni nie dulu.hehe


mula-mula plan nak guna crayon.
tapi takut comot-comot pulak..
the safe option.ambil marker pen warna warni nie.
ada 30 warna semuanya.
pilih lah idaman hati korang nanti masa nak tulis.hehe

erk.guestbook in the making?
maybe 20% jee nie.sebab dah beli material.hehe 
boleh kira progress ke nie?

Thursday, February 21, 2013

Kira-kira

Salam Readers


Kira-kira..
bukak diari.
hari ini 21-02-2013..
saya ada 30 hari lagi sebelum kahwin..
glup..




Monday, February 18, 2013

Kisah sedih dipagi sabtu

Salam Readers

Betul ke cerita nie sedih?
yee betul.
sedih sampai telefon en.tunang sambil menangis.
nak gam reben pun antara nampak dengan tak nampak jee.

Pagi sabtu yang lepas dengan badan tak berapa nak sihat.
gigih jugak nak siapkan decoration souvenier wedding.
masa tengah buat tu.
pak imam merangkap tok kadi untuk nikah nanti datang rumah.
terkejut lah.tok kadi nie nak interview lagi ke ape.

tok kadi bagitau yang dia nak mintak maaf.
sebab tarikh yang saya nak nikah tu dah fully booked.
dia mengaku salah dia sebab tak tengok jadual.
masa ayah confirmkan date untuk nikah dan pukul berapa,
tok kadi tu cakap ok takde masalah siap ajak ayah berborak-borak lagi.

Sepatutnya saya nikah jumaat malam lepas isyak.
tapi dia bagi option.
either saya nikah khamis malam jumaat.
atau pagi sabtu.

hati saya dah tak keruan dah nie.
oioi..ini bukan hal main-main.
nanti nak setting baju.makeup.OP lagi.pening tiba-tiba.
memang lah boleh nak awalkan tapi belah en.tunang nanti 
takde sapa nak wakilkan.kesian dia
kalau nikah sabtu pagi,kesian ibu nak buat malam berinai tak dapat.
saya nie dah menangis dalam hati tau.

petang tu ayah pergi discuss dengan tok kadi.
ayah berkeras nak nikah malam tu jugak.
alhamdulilah tok kadi tu janji nak nikahkan orang yang sebelum saya awal sikit.
dapatlah nikah malam 22-03-13 as we plan.
baru lah lega hati saya.hati en.tunang.hati ibu.hati ayah.

harap-harap lepas nie dipermudahkan segala urusan.
harapkan yang baik-baik untuk semua pihak.

sedih tak cerita pagi sabtu saya?
tapi biarlah.
tok kadi jangan ulang dekat orang lain lagi perkara macam nie tau.
boleh jadi Bridezilla nanti
:p

veil diy saya

Salam Readers

Berjaya jugak diy veil sendiri.
tapi dengan bantuan ibu dan adik.hehe

Beli 3 meter kain net lembut untuk buat veil.
semeter rm 7.00. x3 =rm21.00
1 meter untuk buat veil.
2 meter lagi untuk buat kain baju nikah.

alhamdulilah selepas mencari beberapa minggu.
akhirnya jumpa jugak kedai yang jual kain net lembut nie.

mula-mula ukur labuh veil macam mana yang menjadi idaman hati anda.
saya nak veil labuh macam ini.
tapi sebab makcik dan ibu dengar dekat satu ceramah agama.
ustaz nasihat kan jangan buat yang meleret-leret ke tanah.
tak berapa elok.
buat lah veil yang biasa-biasa labuhnya.
ukuran bawah pinggang.

untuk ukuran satu meter saya gunting kepada dua bahagian.
lepas tu lipat kepada empat bahagian.
guntingkan bulat untuk bahagian tepi kain net tadi.
sampai anda puas hati dengan bentuk bulat tersebut.
saya punya ada dua layer veil yang labuhnya sama.
susun lace yang ada.
saya punya lace tak banyak sebab balance daripada lace baju nikah.
jimat-jimat.
tepi bulatan tu saya just jahit tepi.
sebab lace tak cukup nak cover pastu dah malas nak beli lagi.
pandangan jarak dekat.
wiwit.
jadi jugak veil nie.
ini untuk bahagian kepala nanti.
pandangan lagi lagi dekat.
macam ini lah rupanya lace i.
nasib baik cukup lace untuk veil nie.
kalau tak..kena pegi beli dekat jakel lagi.

hampir siap.
lepas nie bole letak beads sikit-sikit.
tak nak letak banyak sebab takut nampak sarat nanti

:)
happy

Friday, February 15, 2013

tidak sihat

Salam Readers

Orang sibuk beraya.
Saya sibuk tak sihat.
alahai demam kejap ada kejap takde.
dah macam biskut chipsmore kot.
batuk lagi.
semoga saya cepat sihat.
dah tinggal 35hari lagi nie.
bertahan.
sebab banyak lagi yang tak siap.

Hujung minggu nie ada banyak perkara nak settlekan.
1.tempah tarikh untuk inai
2.tempah tarikh untuk make up nikah
3.siapkan veil 
4.siapkan baju nikah
5.beli goodies

kasut masa nikah & resepsi sebelah perempuan dah beli!
wiwit.cantik.murah.tinggi.bling-bling
puas hati sambil senyum lebar-lebar 
:)

Friday, February 8, 2013

Our Bunting

Salam Readers

bunting untuk wedding dalam proses printing.
hopefully dapat siap dengan cepat dan on time seperti yang dijanjikan.
Vendor janji boleh potong queue masa printing.
Vendor bunting adalah official photograper kami.
Jangan janji manis yee.

lepas a few amendment.
tukar gambar lain.
tak nak gambar yang mula-mula.
nak pilih gambar sendiri.
nak tukar date.
haha.
i kan pengantin budget tapi cerewet.

meh tengok one of my bunting nanti.
kami gunakan gambar masa white studio dulu.
bunting ini nak guna masa belah en.tunang.
sebab tu lah date jadi 24/3/2013.
lupa pulak berapa harga satu bunting nie.
maybe rm30-00..murahkan.
kami buat 2 bunting.

lepas kahwin nak letak dekat ruang tamu rumah kami.
haha.boleh tengok hari-hari.
sampai pengsan.

Thursday, February 7, 2013

Geram.

Salam Readers

Kenapalah aura-aura negative jee yang timbul nie.
satu.satu hal.

Semalam balik rumah tengok kad jemputan dah ditulis nama.
ada dekat 100 keping kad yang terlibat.

Sekali malam ayah cek balik.
alahai caca marba tulisan nie..
rasa macam nak menangis pun ada.


















bukan tak hargai pertolongan nie.
tapi tengoklah dah jadi comot kad kawen saya.
nasib baik cuma sikit.

Ayah dah bising pasal hal nie.
lepas nie biar saya tulis sendiri.
muktamad.

kecelaruan

Salam Readers

Kecelaruan sekejap dengan hati dan perasaan sendiri.
bila dah dekat nak kawen nie.macam-macam perasaan ada.

the biggest issue for me right now.
besides  MONEY as always..

selepas berkahwin nanti..akan pindah duduk dengan husband.
I'm looking forward and very excited for that..
tapi sekarang nie belum dapat kerja baru lagi dekat dengan en.tunang.
Mungkin perkara nie akan berterusan sampai selepas kahwin.
for a few months maybe. i hope only for a month..
kalau selepas a month masih belum ada rezeki..
I terpaksa stay here.
meneruskan kerja di opis ini seperti biasa.

Masa baru kerja ada sign agreement that stated kalau one of us nak berenti.
kena bagi notis 3 bulan. cuba bayangkan kalau 3 bulan.
kahwin bulan 3..kalau dapat kerja bulan 4 baru bagi notis untuk resign.
bulan 4,bulan 5, bulan 6.....................................................................
See lama betul..
Bulan 7, bulan 8???

ada ramai lagi weekend husband & wife kan.elok jee..bahagia :)
sebab itulah saya namakan perasaan ini sebagai kecelaruan.
orang lain ok.saya pulak yang susah-susah hati..

Tapi lately, kecelaruan dengan perasaan sendiri.
hati memberontak nak bagi surat resign awal..
dah siap type dah print dan sign lagi.tapi simpan balik dalam folder.
tindakan tu memang sangat tidak bijak laa kan.
dibuatnya tak dapat kerja lepas resign tu..masalah.
sape pulak nak bayar duit kereta dan hutang yang lain kan.

terpaksa menghadap alien-alien yang selalu buat perangai pelik dalam opis nie.
diulang bukan satu tapi ada beberapa..hahaha.
mungkin tekanan nie hanya sekejap sebab ada problem dekat opis..
tapi saya tahu saya boleh survive works with those aliens.
dah dekat 6 bulan saya survive alone in this office.

I know i can bear with them.
I just do my own works.
If i had a better chance.
definitely i'm leaving.
with no regrets and not a piece of sweet memories.
except a very good boss :)

the best way is to pray to Allah.
jadi insan yang lebih baik.

Wednesday, February 6, 2013

Hal Dalam Kelambu..

Salam Readers

Hal Dalam Kelambu lah sangat.haha.
Tapi betul lah masih berkaitan dengan kelambu.
Sebenarnya tak plan pon nak beli kelambu untuk bilik pengantin nanti.
Tapi bila dah terjumpa depan mata. Ibu pon mengarahkan saya untuk membeli.
En.Tunang hanya mampu berkerut dahi. tak paham konsep laaa tu.haha


















Tadaaaa..macam inilah rupa kelambu tersebut.
Sila beli di ikea dengan harga RM39.90.
Murahkan. sesuai dengan tema dan warna dan konsep bilik nanti.
Putih dan suci..hehe Dah matching dengan warna cadar nanti.
Kelambu ini bukan nak tutup keseluruhan katil macam kelambu yang selalu kite beli tu.
tapi sebagai hiasan kepala katil jee pon.

Balik rumah terus try pasang dekat bilik, nampak sangat tak sabar kan.
maybe kelambu ini perlukan sedikit DIY..
dalam kepala dah ada idea nie..tinggal nak keluarkan jee.














Gambar daripada Google Search

Poplook Lagi??

Salam Readers

Boleh tak..
rasa macam nak lempang diri sendiri jee nie.haha
Rasa nak beli baju dekat the poplook lagi..

Sebab rasa diri sendiri nampak cantik bila pakai dress itu.
en.tunang pon puji cantik..haha
inilah kesinambungan entry yang terbeli baju online dulu.


Baru bulan lepas beli dress warna biru tuu..
baru minggu lepas pakai sekali.
sekali ok.

hari ini dah ada perasaan nak beli lagi.
huhu.nafsu menguasai diri sangat!


dengan alasan.
dress yang saya beli dulu tue.polka dot
yang ini belum ada lagi.
haha.alasan yang tak kuat langsung.

temptation yang sangat kuat nie
sebab nampak yang ini.

 
yang ini juga.
alahai.sweet 

sila muhasabah diri anda yang nak kahwin nie.
jimat.jimat.jimat.jimat

Tuesday, February 5, 2013

Rumah Kami-bahagian 2

Salam Readers



Sebenarnya dah lama nak cerita pasal rumah kami.
tapi segan kat kawan-kawan semua sebab macam terlebih eksaited pulak.

Rumah sewa jee, belum mampu lagi nak membeli rumah sendiri.
nanti lah bila saya dah confirm kerja dekat mana baru lah teruskan next chapter.

En.tunang dah lama duduk rumah nie, dekat setahun jugak.
sekarang housemate dah pindah keluar.en.tunang dalam proses renovate sikit-sikit.

Warna cat pun en.tunang dah pilih.
Langsir rumah kami dah beli.haha, gigih pergi nagoya pergi beli langsir rumah kami nanti.
langsir pintu bilik dah beli jugak, kebetulan masa pergi ikea berkenan terus jee beli.

alhamdulilah perabot asas dalam rumah pon kami dah beli.
selepas survey banyak kali. rupa-rupanya en.tunang dah pergi survey banyak tempat.
set bilik tidur, sofa, rak tv, set meja makan, karpet.
saya rasa happy sangat. sebenarnya dah banyak kali saya bagitau en.tunang.
its ok if we start our new life as husband and wife from zero.
means takde sofa, or ape-ape perabot..
tapi saya rasa sangat bersyukur sebab diberikan teman seperti en.tunang.
sedaya upaya  sediakan keperluan untuk rumah kami nanti.

perihal mesin basuh dan peti ais pulak.
sebelum ini ada discuss tapi tak tau pulak yang en.tunang nak buat surprise.
kalau en.tunang tak terlepas cakap pasal dia dah cuci langsir rumah.
mesti saya pon tak tau.hahaha..

alhamdulilah. rasanya almost complete rumah kami :)
terima kasih en.tunang.
terima kasih sebab nak kawen dengan saya..

Monday, February 4, 2013

Ayer Hitam Lagi!!

Salam Readers

Cerita Hari Jumaat lepas, 
selepas balik kerja terus pergi ayer hitam.
 
Walaupun saya rasa macam dah tak larat nak teruskan.
tetapi sebab dah plan dengan ayah ibu.
tetapi sebab ibu dah bising barang tak lengkap lagi.
sebab nak kejarkan sementara my sis ada dekat semenanjung nie.
sebab dah gaji.
sebab dah tak banyak masa lagi.
haaaa..diatas sebab-sebab diatas.
saya merajinkan diri jugak.

rasa macam jauh jee highway nie,
padahal dari muar ke ayer hitam jee.huhu
nasib bukan saya yang drive.

sampai ayer hitam, terus menuju ke kedai yang berkenaan.
beli barang terus. sebab before this dah survey harga barang.
so dah boleh bujet nak beli kat mana n harga berapa lah.




Beli Botol kecik nie.
sebab tin & bakul sebelum nie tak cukup.
mula-mula plan tak nak guna idea nie.
sebab dah banyak sangat orang guna.
tapi, takpe lah.sikit jee



hasil pembelian.
yang tak seberapa. seberapa.

sempat lagi si kecik tu ambil toys dia sekali.
rm10-00 tau.over bujet kakak nie.

saya telah membeli, botol kecil nie sebanyak 200 biji.
Beg goodies untuk tetamu.
Beg goodies untuk saudara & rakan-rakan.
3 biji Bekas Hantaran, sebab tak cukup.
bekas isi telur yang bulat tu.
bunga-bunga, reben-reben.
kotak plastik yang sangat mahal-satu kotak rm1.20 yee.
saya kene beli 100 kotak untuk isi souvenier istimewa tu.
dalam hati menyesal sebab tak google dulu ada tak DIY untuk buat kotak plastik sendiri.
haha.kedekut kan

begitu begini.
terbang ringgit malaysia 500-00.
nak kawen punya pasal kan.
 
balik rumah kemas beg sebab sabtu pagi kene pergi kl.
jumpa en.tunang.

Baju Cantik!!

Salam Readers

Semalam dekat petronas nampak baju ini.
Cantik dalam gambar.


Tapi Lagi cantik bila nampak depan mata.
tapi sebab tak nak lah kakak tu perasan saya tengok dia.
saya tengok sikit-sikit jee.haha
ada reben besar dekat belakang tau.
tapi siap lalu 2 tiga kali belakang dia.haha
cantik.
cantik.
cantik.

Sekali tengok baju dia pon dah tau dari mana.

Sape ada duit lebih boleh la beli sepasang dua.huhu.
saya.kene jimat-jimat dah nak kawen sangat nie.
hanya mampu cuci mata & hati di blog jee.

Friday, February 1, 2013

Baju cik dayang-dayang

Salam Readers
cik dayang-dayang pulak.
mereka adalah beberapa orang yang masih cik lagi.
Entri sebelum nie pon pasal baju.
Entri ini pon pasal baju.haha
maaflah,tak dapat dielakkan sebab dah cerita pasal baju jee yang ada.

Sebelum sampai kedai memang dah plan nak beli peach.
tapi sebab stok untuk warna peach tak cukup.
dan fikirkan kain cotton warna peach agak nipis dan jarang. 
saya tukar warna lain untuk dayang-dayang nanti.

Sebelum ini.

Selepas itu.






kain cotton warna pink terang.
tapi tak kira korang kena pakai tudung warna peach jugak.
tudung, sila beli sendiri,haha.
harga pun murah berpatutan.jimat duit i.hehe

Untuk majlis bertandang.
Dayang saya kena pakai warna ini

tapi sebab ini majlis orang.
saya tak nak masuk campur.
biar en.tunang dan famili yang tentukan.

dah macam warna warni kek pelangi pulak nie.
selesai hal yang ini.
boleh fikir hal lain pulak.
HAPPY

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.