Kira Pergerakan Baby

Salam Readers

Semalam baby tak banyak bergerak.
buat mummy dan papa risau.
setiap minit whatsapp en suami cakap baby asyik tido jee.
puas usik-usik dia tapi dia gerak sikit-sikit tak macam selalu.
baby merajuk ke..

tapi menjelang maghrib dia start aktif balik.
alahai happy rasa..takpe lah sayang geraklah banyak mana pon.
asalkan awak sihat. rasa macam dia tengah mengeliat dan meregangkan semua otot dia.
hahaha.over tak mummy punya imagination..

sekarang dah start kira pergerakan baby.
daripada pukul 9 pagi sampai pukul 8 malam.
kebiasaannya baby akan aktif sebelah petang..
tunggu papa ambil mummy balik kerja kan.sweet of u darling :)

kalau ikut panduan baby center :
panduan ikut minggu

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

sebab sekarang dah kena rekod dalam buku pink..kena ingat untuk tick dan last baby kick bila before pukul 8 malam.
kalau tak ingat agak-agak jee lah..cara nak rekod jangan pulak awak rekod setiap 5 minit nanti belum pukul 4 dah penuh buku tu,hehehe..ambil jarak masa between each kick , itu lah yang nurse nasihatkan saya masa mula-mula belajar kira pergerakan baby..but it depends dekat setiap orang kan :)

Boleh disini : Baby Center


Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi kadang-kala tertidur semasa anda bergerak kerana rasa seperti dibuai, dan dia akan terjaga apabila anda duduk diam.
  • Baring mengiring (dengan mengampu perut) dan jangan bergerak. Ini dapat membantu anda menumpukan perhatian terhadap pergerakan bayi.
  • Minum air yang sangat sejuk. Bayi anda mungkin dapat merasa perubahan suhu dalam badan anda dan cuba untuk mengelak daripadanya.
  • Buat bunyi bising. Mainkan muzik dengan kuat atau hempas pintu dan lihatlah tindak balas daripadanya.
Jika bayi anda mula bergerak selepas anda melakukan perkara di atas, anda dapat tahu yang dia tidak apa-apa. Tetapi teruskan memantau pergerakannya. Jangan berlengah-lengah untuk berjumpa doktor sekiranya anda rasa pergerakannya berbeza daripada yang biasa.

Boleh refer disini : Baby Center


Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika:
  • bayi anda tidak mula bergerak apabila didengarkan bunyi yang kuat, atau ransangan lain;
  • pergerakannya berkurangan secara mendadak atau secara beransur-ansur selama beberapa hari.
Pergerakan yang berkurangan mungkin bermakna bayi anda tidak mendapat oksigen atau nutrien yang mencukupi melalui plasenta. Jika disyaki perkara ini berlaku, doktor anda dapat membantu anda dan memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan.

Terdapat beberapa cara bagaimana pihak hospital atau doktor dapat mengenal pasti keadaan bayi dalam kandungan anda. Mereka mungkin memantau kadar degupan jantungnya. Anda mungkin diberi imbasan untuk mengukur saiz bayi dan jumlah cecair amnion yang menyeliputinya. Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai tumbesarannya, imbasan khas yang dipanggil Doppler akan digunakan untuk memeriksa aliran darah keluar dan masuk ke dalam badan bayi.

Boleh refer disini : Baby Center




Comments

  1. sy pun dh start kena record p'gerakan baby (^_^)
    baby aktif time pg, tau mak dia nak kira dia gerak lelaju dia gerak... hehe
    Alhamdulillah baby aktif, risau kan kalau dia xgerak, nak2 bila dh nak dekat time gerakan dia xckup2 lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tak kisahlah baby nak kick banyak kali kan..asalkan kita tau baby aktif
      bila dia senyap tu yang risau tu..

      Delete
  2. bestnya the amazing feeling rasa someone inside u..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..bila baby kick & moving..
      subhanallah rasa bahagia sangat :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts