Wednesday, June 19, 2013

tentang jodoh

Salam Readers

jodoh siapa lah pulak kan?
bukan saya.hehehe

ceritanya..seorang kawan telah bertunang.
dengarnya tahun depan akan berkahwin.
alhamdulilah.syukur

tapi tiba-tiba terdengar berita dia dah putus tunang.
dia yang pilih untuk putuskan tunang.
dengan lelaki pilihan hatinya sendiri.

beberapa hari nie, asyik teringat dekat dia.
betapa besar dan berat dugaan yang dia hadapi.
disebalik senyuman dan usikan pertanyaan daripada kawan-kawan 
tentang tarikh perkahwinannya.

rasa bersalah pulak.
sebab tanya soalan tu dekat dia.
mesti ambil masa untuk percaya dekat cinta.

tapi rasionalnya.
lebih baik dia kecewa sekarang daripada kecewa selepas berkahwin nanti.

ibu dan ayah dia dah putus asa.
hanya redha dengan keputusan dia.
sebab mereka pon tak sanggup tengok si lelaki mengongkong hidup anaknya lagi.
belum berkahwin tapi dah menetapkan selepas kahwin tak boleh berkerja.
selalu meminta penjelasan daripada ibu bapa dia.
itu dan ini tentang perangai anaknya.
bukan ke orang yang di tanya tu ibu dan bapa dia??
apa perasaan lelaki itu yang bertanya?
dan paling penting apa perasaan bakal keluarga mertua yang ditanya??

sahabat.
saya tahu anda seorang yang kuat.
saya doakan sahabat dapat lelaki yang lebih baik dan menghargai dirimu.


 
 ..Doa Pendekat Jodoh..

No comments:

Post a Comment

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.