Salam Readers
Bulu kening...
yee,betul.. tajuk entry kali nie memang bulu kening,
semalam untuk pertama kali tengok orang mencukur dan membuat bulu kening..
saya memang tradisional pasal ini,sebab memang dah tau mencukur bulu kening is no no..
untuk penjelasan lebih lanjut memang encik google lah tempatnya,
sebagai panduan untuk semua.
SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan
mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam
perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal
segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
Oleh: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
JAWAPAN:
Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan
mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan
merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran.
Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan
Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan
itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan
lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika
bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh
pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti
tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua
bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa
seseorang perempuan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam
Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin,
isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang
membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati
suaminya.Aisyah menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu
kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau
mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi
supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah
kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk
suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat,
jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut
atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan
yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu
kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu”.
Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu
membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka
untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan
bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan
membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak
mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini
ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan
yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut
bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian
daripada wajah.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di
wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh
di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Para ulama’ berpendapat
harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi
bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke
kelopak mata atau bersambung antara dua kening.
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang
rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis
dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga
berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan
tersebut.
I'm not a good person neither a perfect woman but,
biarlah ini menjadi sebagai panduan & pedoman kepada diri sendiri.