kerja baru lagi

Salam Readers


Selepas entry tak happy dengan tempat kerja hari tu kan.
saya kena berhenti kerja..atau lebih tepat di berhentikan kerja.
dengan alasan bos - bos tu nak tutup branch and cari another lawyer yang boleh handle that firm ikut macam standard yang mereka nak..well cubalah cari dan selamat berjaya.

perasaan masa tu?
rasa tenang dan tak emosi sebab dah janji dengan diri sendiri tak nak tunjuk yang saya sedih sebab hilang kerja nie. tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. berkecamuk sebab selepas graduate saya terus habiskan latihan dalam kamar dan terus berkerja..komitmen saya banyak yang perlu diselesaikan setiap bulan.

dan mungkin rezeki baby dalam kandungan nie.
hari yang sama..a few hours before ex-bosses nak berhentikan saya.
saya dapat another job offer..walaupun belum confirm lagi masa tu
at least hati rasa tenang..

this week saya dah start dekat tempat kerja baru.
lebih dekat daripada rumah & tempat kerja suami..
tak perlu nak membayar tol untuk sampai tempat kerja..
tak perlu nak meredah trafik jem macam di shah alam dulu..
alhamdulilah walaupun job tak sehebat & tak semewah yang ex-bosses offer.
tapi saya rasa tenang sebab tak perlu lagi nak fikir apa nasib saya untuk di marah & di maki hamun lagi.
walaupun tengah sarat mengandung tapi rezeki ada dimana-mana..
jangan pernah berputus asa sebab kita hanya mampu merancang kehidupan kita..
Allah yang tentukan sama ada rezeki itu milik kita atau milik orang lain.

sebagai peringatan untuk diriku & orang lain.
hidup ini seperti roda yang berpusing..
tak semestinya kita akan sentiasa berada diatas.
jangan pernah pandang rendah pada orang yang berada di bawah.
kerana mungkin suatu hari kita akan berada di bawah.
dan mungkin orang yang kita pandang rendah yang akan sudi membantu disaat kita susah.



Comments

  1. keje kita ni memang sgt2 mencabar dan menguji kesabaran..be strong dear demi baby..=)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, rezeki baby...
    good luck kat tempat baru (^_^)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,dpt dh pengganti..harap tmpt bru awk ni bahagia tenang and happy ye :)

    ReplyDelete
  4. Elly keje mn skrg? Ish tak ske betul kalau ada bos yg suka maki2 staf ni..

    ReplyDelete
  5. Insya Allah, rezeki ada di mana2... saya pun tak suke dengan my current work... tp bercita-cita nak benti kerja and kerja dari rumah jee... Dah tak sanggup nak berpisah dengan anak2... Hehe...

    Jemput singgah my blog jgk ye ^_^

    www.blog-wafee.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. This is great do you have a catologue if so I would love one to share with friends and family.
    T20 world cup 2016 tickets book now
    T20 World Cup 2016 Expected Start Date

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts