Sunday, March 31, 2013

Update Blog

Salam Readers

yee..
saya akan
update blog.

En.Suami dah bising-bising suruh update blog.
hahaha..isteri tengah mencari mood untuk update blog.

asyik nak tengok gambar kawen sendiri jee.
simptom apekah ini?
rasa diri sendiri sangat cantik on that wedding day.hahaha

cuti saya tinggal satu hari lagi.
esok last day bercuti tapi en suami dah start kerja.
petang atau malam dah kena balik muar balik.

erm..erm..
jangan saya buat drama air mata nanti dekat TBS sudah.
:P

happily married!!

Salam readers

Alhamdulilah.
Genap seminggu bergelar isteri kepada suami tercinta.
Baru rajin nak update blog.hehe

Ada banyak benda nak review nie..
sekarang nie sangat happy dengan new life.
Masih lagi dalam proses sesuaikan diri.
Masih lagi mencuba menjadi isteri yang baik.hihi

Semoga saya dan suami akan sentiasa bahagia
Amin.

Saturday, March 23, 2013

Save the Date

Salam Readers




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T

Saya  dan Keluarga dengan rasa rendah diri dan 

penuh harapan mempersilakan dan menjemput 
Semua rakan-rakan yang mengenali diri saya…

Ke Majlis Walimatul Urus Saya dan pasangan
Tarikh : 23.03.2013 / 11 Jamadilawal 1434 (Sabtu)
Jamuan Makan : 11.00 AM - 5.00 PM
Lokasi : No.5, Kg Serom 8, Sungai Mati, 84410 Ledang, Johor


Semoga kehadiran anda memeriahkan lagi majlis kami serta diberkati Allah S.W.T....

Monday, March 18, 2013

Pelamin Nikah

Salam Readers

Sambungan untuk entri pelamin nikah sebelum nie.
 belum siap sepenuhnya.
tapi backdrop dah nampak bayang.

rasa happy dan puas hati.
sebab dapat buat apa yang kita nak.
tapi ada perubahan sana dan sini.
sebab kadang-kadang yang kita rancang tak boleh direalisasikan pulak.
hehehe.

mari kita lihat progress pelamin nikah ini.


saya pasang tabir kain warna putih.
kemudian pasang kain warna peach lembut
saya gunakan 3 keping kain warna peach untuk 3 meter.

perhatian yee.
bakal pengantin dah tak boleh panjat-panjat tangga nie.
suruh mangsa lain pulak,hehehe.
kemaskan langsir tadi.
test ikat satu-satu macam ikat langsir.

giliran langsir warna biru lembut pulak.
yeay..semakin nampak hasilnya.
 
apa benda yang gebu-gebu nie?
ini bunga tissue untuk letak atas pelamin tadi.

hasilnya?
hee,kita tunggu hari kejadian
:)
 


 

4 Hari Lagi

Salam Readers

(4)
Empat hari Lagi.
Empat hari lagi..........
Empat hari lagi......................


Aduhai..semakin terasa debarannya.

Hari ini last day kerja sebelum bercuti untuk 10 hari..

risau jugak nak tinggal kerja lama-lama.

tapi...

pedulikan.

majlis perkahwinan nie lagi penting...hahaha

:)

Thursday, March 14, 2013

Yeay Happy!!

Salam Readers


Terima kasih bos.
terima kasih sebab bagi saya angpow kahwin.
hadiah kahwin kot.
hehehe.
semoga bos dimurahkan rezeki & cepat2 jadi menteri
:)

Dodol yang sedap!

Salam Readers

Dodol melaka.
bukan tunggu hari raya jee baru boleh makan dodol.
sekarang bila-bila masa boleh dapat dodol kan.

malam tadi 8kg dodol sampai dekat rumah saya.
terima kasih yang tak terhingga kepada roomate H326 yang tersayang.

lepas nie boleh lah masukkan dodol yang sedap ini dalam goodies bag.
semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki roomate tersayang.
dodol perisa biasa
dodol perisa durian
dodol sedap.
manis.

terima kasih roomates sayang.

Wednesday, March 13, 2013

idea design sticker

Salam Readers

Dengan penuh bersungguh-sungguh en.tunang design stiker.
Setelah 2 hari takde mood nak design.
akhirnya hari ini en.tunang dapat mood tersebut.

Design Pertama.
mungkin akan nampak cantik kalau guna ink colors.
but i'am using black and white only.

Design Kedua
wiwit. saya suka kombinasi capital first word.
tak perlu nak letak full name besar-besar kan.
simple yet memorable.
hihi
 Design kedua.
Saya terus pening tengok design yang ini.
hahaha.sebab saya terus teringat matematik zaman sekolah dulu.
saya dengan matematik memang tak boleh kawan ok.
no no no.
hahaha.

Design keempat.
i love this. at the first sight pon dah suke!
finally dua-dua dah setuju untuk pilih design ini.
forever and always
hehehe.

Monday, March 11, 2013

felt handbouquet

Salam Readers

Cuba membuat hb daripada felt.
cubaan demi cubaan.

ini lah hasilnya.
 susun-susun bunga felt tersebut.
testing-testing
hb felt saya tak nampak gemuk.
saya tambah kan kain net di setiap kuntuman bunga.
tengok manik pon belum habis letak.
tibe-tibe gam habis.
 setelah touch up.
make up disana sini.
cuma saiz dia kecik pulak..

what say you b2b???

ok ke tak nie?

sila beri pendapat.


Bunga tissue Besar

Salam Readers

Berjaya jugak.
sebelum ini pernah buat.
tapi kali ini buat saiz yang besar terus.

masih lagi menggunakan tissue sebagai material.
masa bertunang dulu saya guna kertas crepe.
tapi tak kan nak gunakan material yang sama kan.
nanti orang cakap saya takde idea lain pulak.huhu

saya guna kertas tissue saiz macam dekat kedai makan tu.
dan sengaja pilih warna putih.
 belum kembangkan lagi..
eh sesuai ke letak perkataan kembangkan?hehe
sebab nanti bila dah naikkan & kembangkan bunga nie.
kena ada banyak space.so to be safe nanti masa nak pasang baru.
kembangkan bunga tissue ini.

cara-cara nak buat?
dah pernah share sebelum ini.
ambil tissue beberapa helai.
lipatkan.ikat menggunakan dawai halus.gunting tepi tissue tersebut..
dah siap

kita tunggu hasilnya :)

Bila Saya Melukis..

Salam Readers


Beginilah caranya.
haha.beginilah jadinya kalau cik lawyer melukis.
asalkan ibu boleh faham, cousin boleh faham.

lepas lukis draft pelamin yang carca marba ini.
laju-laju pegi kedai kain.
beli kain pelamin.huhu

tak sempat buat lagi.
mungkin minggu ini.
eh memang kena buat minggu ini pon.
macam banyak masa yang tinggal?
bukan 2 bulan lagi yee..
11 hari lagi.

Bring back the memories

Salam Readers

11 hari lagi sebelum majlis kami.
flashback our old memories.hehe

re-visit our first dating place!
kami jarang sangat cerita pasal dulu-dulu.
dengan alasan saya malu bila ingat balik.hehe

simple place untuk berdating masa dulu-dulu.
plan untuk duduk ditempat yang sama.
tapi ramai orang pulak.
ambil satu tempat yang available.
susun atur restoran yang masih sama.

sembang-sembang.gosip-gosip.
flashback our memories.
he smile.
I smile.

my feeling towards you.
are still the same.
just like the first time i know that i love u.
my heart beat fast.
my cheek blush.

 you text me.
"cantik"
even though,
saya ada depan mata awak
:)

Thursday, March 7, 2013

Hey..

Salam Readers

Hey..hey..
lama tak update..
maaflah dah dekat-dekat nak kawen nie.
banyak pulak kerja dekat ofis yang nak diselesaikan.
sekarang nie lah pulak sakit perut.sakit badan.
huhu.tabahlah lah jiwa raga
 
menghitung hari
16 hari lagi..
cepat betul masa berlalu.

badan dekat ofis tengok file.
hati & fikiran dekat tempat lain.

tak sabar nak bercuti.
:)

Monday, March 4, 2013

Felt lagi??

Salam Readers

Kegilaan dengan kain felt lagi
yang tak pernah padam :P
kali nie sibuk menyiapkan bunga daripada kain felt.

dulu dah pernah buat bunga bentuk lain.
ini cuba lagi buat yang lain.

haha.orang lain dah berzaman tahu buat bunga felt ini.
saya baru jee start buat bunga felt jenis nie.

sesuai dengan warna tema kan?
nak tutorial step untuk buat bunga felt ini tak?
haha.ade ke siapa-siapa yang nak???
tak nak kan.
tapi
tapi nak bagi jugak.
sediakan kain felt warna idaman hati.
beli dekat daiso.murah
ambil apa-apa bentuk bulat.
ukur dekat kain felt.
pin kan agak-agak muat saiz bulat tu yee.
lepas tu gunting kan.
yeay..
gunting bulatan tadi.
gunting bulatan tadi tapi jangan putus.
sila bayangkan anda kupas kulit epal jangan sampai putus.
 
gulungkan hasil diatas yee.
dah siap.
Selamat mencuba
:)

Beli barang di Mydin

Salam Readers

Mari bersama saya dalam sesi menghabiskan duit.
membeli barang-barang yang masih tak cukup-cukup lagi.
selagi belum sampai masa majlis selagi tu rasa tak cukup.huhu

lagi 2 minggu lebih baru nak membeli goodies untuk tetamu.
memang lah.sebab tak sempat nak membeli barang-barang goodies nie.

marilah membeli belah di pasaraya mydin yang murah.
so far adalah barang yang murah dan berbaloi nak beli dalam kuantiti banyak kan.
kalau ada tempat lain yang lagi murah.
tertipu lah saya agaknya.


tuala goodmorning
kain batik
kain pelikat
air kotak


saya tolak troli.en.tunang pegang depan troli.
haha sebab berat dan penuh troli nie.
tak boleh tolak troli lurus senget-senget jee.

penyeksaan seterusnya adalah.
beratur di barisan yang tak bergerak-gerak untuk bayar.
pihak pengurusan mydin kena aware dengan masalah nie,
dah lah air cond macam tak berfungsi.
beratur panjang2 boleh buat orang stress & rasa nak pengsan ok!
letak lah 2 orang pekerja dekat kaunter.
sorang scan harga sorang lagi masukkan dalam beg.
erm..macam dekat tesco. tak de lah customer tunggu lama sangat!

begitulah hari ahad saya 
:)

Friday, March 1, 2013

March 2013

Salam Readers


Bulan March 2013.
Bulan terakhir sebelum menjadi isteri orang.
hee..bulan ini akan menamatkan zaman bujang..
rasa macam betul ke nak kawen nie?
perasan diri masih anak kecil ibu dan ayah.

beberapa hari lagi yang tinggal.
sekarang dah start tak selera nak makan.
tapi berusaha untuk habiskan setiap butiran nasi dalam pinggan.
sebab nanti ibu kecil hati sebab tak habis makan masakan dia

semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.
semoga akan dapat kehidupan yang lebih baik.
semoga akan dapat kerja yang lebih baik.
semoga akan berjumpa dengan orang yang baik.

semoga dapat menjadi isteri yang baik.
semoga keluarga baru dapat terima saya seadanya.
semoga en tunang soon to be en husband akan layan saya baik-baik.
semoga saya tak akan nangis bila jauh dari keluarga.
sebab saya tau ada suami disisi saya nanti.
insyaAllah
:)

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.