veil diy saya

Salam Readers

Berjaya jugak diy veil sendiri.
tapi dengan bantuan ibu dan adik.hehe

Beli 3 meter kain net lembut untuk buat veil.
semeter rm 7.00. x3 =rm21.00
1 meter untuk buat veil.
2 meter lagi untuk buat kain baju nikah.

alhamdulilah selepas mencari beberapa minggu.
akhirnya jumpa jugak kedai yang jual kain net lembut nie.

mula-mula ukur labuh veil macam mana yang menjadi idaman hati anda.
saya nak veil labuh macam ini.
tapi sebab makcik dan ibu dengar dekat satu ceramah agama.
ustaz nasihat kan jangan buat yang meleret-leret ke tanah.
tak berapa elok.
buat lah veil yang biasa-biasa labuhnya.
ukuran bawah pinggang.

untuk ukuran satu meter saya gunting kepada dua bahagian.
lepas tu lipat kepada empat bahagian.
guntingkan bulat untuk bahagian tepi kain net tadi.
sampai anda puas hati dengan bentuk bulat tersebut.
saya punya ada dua layer veil yang labuhnya sama.
susun lace yang ada.
saya punya lace tak banyak sebab balance daripada lace baju nikah.
jimat-jimat.
tepi bulatan tu saya just jahit tepi.
sebab lace tak cukup nak cover pastu dah malas nak beli lagi.
pandangan jarak dekat.
wiwit.
jadi jugak veil nie.
ini untuk bahagian kepala nanti.
pandangan lagi lagi dekat.
macam ini lah rupanya lace i.
nasib baik cukup lace untuk veil nie.
kalau tak..kena pegi beli dekat jakel lagi.

hampir siap.
lepas nie bole letak beads sikit-sikit.
tak nak letak banyak sebab takut nampak sarat nanti

:)
happy

Comments

  1. cik lin pun diy sendiri gak..tapi belum sempat nak share sebab xberape nak nampak lagi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik lin: hehe nanti share tau.
      boleh jadi inspirasi dekat b2b yang lain :)

      Delete
  2. Replies
    1. Myra: maluuu..veil saya yang tak seberapa rupa veil itu :)

      Delete
  3. rajin ye DIY. cantik pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhiera: ini nama nya trial & error tapi once da try buat salah ke ape ke kene redha,hihi

      Delete

Post a Comment

Popular Posts