Thursday, January 31, 2013

Souvenier untuk tetamu istimewa

Salam Readers

Souvenier untuk tetamu istimewa nie.
siapa yang istimewa sangat nie?
keluarga & kawan-kawan.

alhamdulilah, murah rezeki saya.
fully DIY and sponsored by mak cik saya.
nie memang 100% hand made dari beliau.
terima kasih banyak-banyak sebab sudi seponser,hehe


rupa bentuk adalah seperti ini.
tapi gambar nie google kat internet jee.
rasa macam tak de element surprise pulak kalau tunjuk sekarang.haha
tak tau lah dipanggil apa.
tapi takde lah sebesar ini.
versi pokok yang comel,
siap pasu yang comel lagi.

untuk saiz pokok yang besar ada survey dekat kedai 
harga sekitar rm30-rm60.satu.
mahal betul.
tapi versi mini nie.murah lah sikit.
tinggal nak masuk dalam kotak transparent.letak reben
terima kasih 
makcik!!
sayang dia..hehe

Miscommunication/Misunderstanding??

Salam Readers

Bayaran untuk second deposit untuk official photograper dah settle.
ada balance lagi masa lepas wedding dan masa gambar siap.

Sebelum tue,
sempatlah berlaku benda yang tak sepatutnya dibuat oleh photograper.
saya dan en.tunang pening sekejap.
saya lah yang terlebih pening.
en.tunang pulak macam nak marah jee bila dengar.

maybe sebab misunderstand or miscommunication.
one of them tersalah bagi info pasal pakej yang kami ambil.
mintak kami tambah lagi bayaran sebab nikah hari lain & ada majlis berinai lagi.
saya bagitau masa booking dulu staff dia ada bagitau dieorang akan cover 
semua majlis even masa nikah & malam berinai hari lain-lain.
tiba-tiba mintak tambah bayaran lagi???
apekah..hidden charge ke ape nie.

lagi kena tambah duit lagi if nak material lain untuk album kami.
dulu masa booking takde pon semua nie.
aduhai.

tapi rupanya semua tu salah faham dari pihak mereka jee.
sebab kami booking masa dieorang buat wedding event so boleh lah dapat 
harga lebih murah daripada walk in dekat kedai.
kami tak highlight kan benda nie masa jumpa big boss untuk bayar second deposit.
it just kami tanya macam biasa..untuk confirmkan material, 
nikah hari lain dari hari bersanding, ada malam berinai
dan semua perkara yang katanya ada add on charge tadi.
confirm dari big boss takde ape-ape add on charge untuk benda-benda tadi.
 big boss sangat cool.boleh discuss jee..

kesimpulan yang kami boleh buat.
if ada apa-apa sila discuss dengan big boss.
maybe ada miscommunication & misunderstanding di pihak mereka.

harap-harap semua berjalan dengan lancar nanti.
amin.

Bunga Tangan

Salam Readers


cara yang paling mudah untuk buat bunga tangan sendiri.
mudah.
murah.
hasil kerja sendiri.hehe
 

sumber ilham:  

Wednesday, January 30, 2013

Baju pengapit comel

Salam Readers

Baju pengapit kanak-kanak.
untuk budak paling comel nie.

nasib baik cuma dia sorang yang kecik lagi.
kalau ada ramai boleh pengsan.
nak sediakan baju-baju untuk pengapit comel nie.

siap pakai tali leher warna merah lagi kan.
nasib baik boleh pinjam baju nie free of charge.haha
tengoklah nanti masa majlis apa akan jadi.
yayen.handsome boy :)
kalau ada yang versi girl mesti lagi comelkan.
tapi sape pulak nak pakai nanti??

tak sabar nak tengok nie...

Salam Readers

dah tak sabar nak tengok nie..
nak tengok cerita Hantu kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit..
Memang ikut cerita nie sejak dari cerita zombie kampung pisang,
sampailah hantu kak limah balik rumah.


malam tadi tengok dekat astro warna.
ada sedutan filem nie.
macam biasalah, baru tengok sedutan sikit pon dah boleh buat 
orang ketawa..tapi kali nie abi hurairah takde,dia kawen lari..haha

comel jee pintu kereta boleh tertanggal

warong pak jabit.
tempat gosip-gosip.haha

korang sume memang lawak :)

takut tengok hantu dia terbang-terbang pakai baju warna merah.

memang dah plan nak bawak my family tengok cerita nie.
bile dah keluar pawagam nanti.
kami sekeluarga memang suka tengok.hehe

lagipun saya memang dah niat.
sebelum kahwin saya nak bawak family saya happy-happy.
jalan-jalan, makan-makan.
semoga saya dapat buat mereka gembira :)

semua gambar credit kepada: facebook hantu kak limah 2

kad kahwin dah depan mata

Salam Readers


kad kahwin dah siap.
dah sampai rumah.
tinggal nak diedarkan kepada tetamu.hehe

saya & family plan nak edarkan masa cuti chinese new year nie.
ala.kad kahwin saya simple sangat.
gabungkan antara rumah lelaki & rumah perempuan.
takde hotstamping bagai.takde reben yang comel.

hanyalah kad simple ready made dekat kedai tu.
tukar font.tukar design sikit-sikit.
alhamdulilah.siap jugak.
saya bayar tanpa bantuan sape-sape pon.
haha.apesal tibe-tibe jadi entry emosi nie.

kadang-kadang tidak tak mampu nak puaskan hati semua orang.
bukan kadang-kadang tapi selalu.

tapi saya puas hati.

Friday, January 25, 2013

kenapa saya ada banyak baju?kenapa baju saya banyak sangat?

Salam Readers


kenapa saya ada banyak sangat baju?
kenapa baju saya banyak sangat?

A. Ibu selalu jahitkan baju saya
B. Saya selalu beli baju
C. Orang selalu bagi saya baju
D. Adik saya punya baju
E.Kesemua di atas


Saya pon tak pasti, macam mana saya boleh ada banyak baju.
almari saya dah penuh sebab banyak sangat baju.
rak baju untuk sangkut baju pon dah penuh.
tapi semua baju tu saya pakai untuk pergi kerja
untuk berjalan pon saya pakai.
kenapa saya ada banyak masa untuk pakai baju-baju saya.

nanti dah kahwin mana nak letak baju en.suami?
almari dah penuh.
dah kemas pon masih ada banyak baju lagi..
apakah ini..














ini baru sebahagian.
nak tengok yang ada dalam almari??
tak perlu lah, nanti kamu pening kepala..hahaha

Cuti yang penat!

Salam Readers


Sebenarnya dah lama nak settlekan hal bilik saya.
dah seminggu beli cat tapi tak jugak bergerak-gerak.
alahai, semalam cuti maulidur rasul saya gagahkan jugak cat & kemas bilik.

awal-awal lagi dah start google image bilik tidur yang menawan.haha
nak buat yang lebih-lebih nanti over bujet pulak.
last-last dapat idea nie bila tengok blog hanis zalikha.
gambar bilik masa kakak dia bertunang.

 suka dekorasi nie.
lagi satu sebab ada tingkap dekat kepala katil.

Bilik saya ada dua tingkap.
rasa macam ini pon sesuai.

ini pulak hasil saya mengecat semalam.
my sister & little brother yang tolong mengecat bilik.


tadaaa..hasil nukilan saya.
hahaha.tak tau lah kenapa masa pilih cat tu saya pilih warna hijau nie.
mula-mula nak amik warna cool lime..tapi takde stok.
so saya ambil kod lakeland daripada colorlite.
kenapa pilih colorlite? sebab murah sikit.hehe
kalau banyak duit boleh lah pilih colourland odourless.
hee~ini pon dah buat saya rasa puas hati.
kesan daripada saya kemas bilik & cat semua nie.
inilah yang terjadi di ruang tau rumah saya.
banyaknya barang nak kemas.
rasa macam barang satu rumah.
tapi ini jee dalam bilik saya.
aduhaii..
jalan penyelesaian banyaklah benda & barang saya let go.
tak sanggup nak penuhkan bilik tu lagi.

penat sangat!
satu badan sakit.
haha.tapi tak pe puas hati.
berbaloi cuti kali nie.
lagipun dah tak banyak masa lagi lepas nie kan.

Tuesday, January 22, 2013

60 hari Lagi

Salam Readers

60 hari lagi
hari nie,genap 2 bulan lagi masa yang tinggal
dah semakin menghampiri tarikh itu.
perasaan saya?
takut.

semoga semua nya akan berjalan dengan lancar


Monday, January 21, 2013

Bunga Roset Untuk keluarga

Salam Readers


Bunga Roset untuk keluarga dah lama siap buat.
gigih saya siapkan dalam satu malam
dari mengunting kain felt sampai lah jadi bunga.

Kali nie, final
bunga roset yang dah siap tu saya tambah manik kristal.
Manik tu bentuk macam batu batu yang kita letak dekat baju.
saya tak beli pon manik tu.
tapi diberi oleh mak cik lebihan daripada bunga hiasan hantaran dia dulu.
saya tak kisah, orang nak bagi kan.
alhamdulilah rezeki


ada 40 set bunga roset
ada warna putih & oren


kadang-kadang macam alien pon ade bunga roset i nie,hehe
fully DIY by me 
happy!

ada lebih tiga bunga nie..
saya letak daun hijau lebih daun dulang hantaran.
lupe nak ambil gambar

dear family, i hope all of will love this.
nothing much from me. 
but it is sincere 
 
tak sabar nak tengok family pakai nanti.

Friday, January 18, 2013

kain pelikat lalala..kain pelikat lalala..

Salam Readers

Kain pelikat..lalala..kain pelikat lalala..
sila nyanyi lagu kain pelikat sekarang,hehe

kawan-kawan b2b yang best..
sesuai tak kalau jadikan kain pelikat sebagai hadiah/tanda terima kasih 
untuk saudara mara lelaki terutamanya pak cik-pakcik

kalau sesuai..saya ingat nak survey harga kain pelikat dekat mydin..
mydin jee? yee lah, bujet ketat tau.
mula-mula ingat nak bagi baju kemeja sorang satu.
kalau ade 2 orang pakcik jee boleh lah..
nie saya ada 15 pakcik okey..
haruslah terasa sesak nafas sikit

lagipun rasionalnya..
tak semua orang akan pakai baju yang kita bagi nanti.
sebab tak semua orang suka pakai kemeja kan.
nanti sayang jee, lagi-lagi kalau bagi kemeja yang jenama biase-biase
potongan 70% takut tak nak pakai pulak nanti,huhu

tapi kalau kain pelikat..
semua orang secara rasional, semua lelaki akan pakai kain pelikat kan??
untuk solat, paling tidak pon untuk pakai dekat rumah..
hehe

oleh itu, nak survey kain pelikat yang masih lagi mampu milik..
good idea?
or 
bad idea?

picture: fb mydin

Thursday, January 17, 2013

kanopi kahwinku

Salam Readers


Malam tadi pergi confirmkan warna untuk kain kanopi
sangat confident untuk ambil warna peach lembut
sesuai lah dengan warna tema i nanti kan.

Okey pergilah dengan ibu & ayah.
sebelum nie dah bagitau berapa haribulan nak guna kanopi & berapa banyak nak guna
cuma belum bagi details warna tema yang saya nak

Sebelum nie en.tunang dah pergi confirmkan kanopi dia dulu.
so kiranya kami gunakan supplier yang sama lah.
memang dah tau en.tunang pon berkenan dekat warna peach tu.
memang sama lah nanti 
diulangi sama.
memang sama.
sama.
tapi saya okey dengan perkara tu.

masa discuss pasal warna tema nak amik..
saya nak warna peach dan krim.
supplier tu cakap nanti warna tak naik.
banyak kali jugak lah die ulang nanti warna tak naik.
sekarang musim orang nak warna terang baru nampak.
tengok muka my mum & my dad..haa dah nampak dieorang nak warna terang.
saya pulak nekad dalam hati ape nak jadi pon nak warna soft jugak.
tak nak ambil warna terang.

konflik pulak timbul bila..
warna peach lembut tak cukup..
tak cukup..
saya ulang tak cukup..masa nie saya dah pening..
ayah pulak nak tukar warna lain sebab kain kanopi tu dah tak cukup.
 
inilah warna peach lembut yang menjadi rebutan tu
tak banyak stok yang ada

ayah kesayangan nak warna ini.
warna gold lembut.
saya pon beri lah alasan nanti warna lain sangat pulak dengan warna peach tadi.
ibu pulak macam dah setuju dengan ayah..

Akhirnya saya ambil tindakan drastik.warna lain terus
warna pink strawberi(supplier tu yang bagi nama)..
tapi saya tengok macam warna pink+oren
nampak tak yang sebelah warna biru tu..

sebab saya cuma ambil 3 kanopi untuk warna peach tadi
ada 4 kanopi lagi tak cukup kain warna peach..
ambil keputusan untuk ambil warna pink strawberi tadi untuk 4 kanopi
masa nie dah rasa habis lah caca marba/cacat warna tema kanopi saya nanti.
tapi saya tetap tanya samaada ibu dan ayah suka atau tak dengan pilihan nie.
alhamdulilah mereka okey.

pink strawberi yang diberi nama..
please be nice with my peach theme okey
.please..please!
 
lepas decide semua hal tadi.
kira-kira dengan supplier tu berapa harga..
zapp rm8++, haaaaa..
saya dah over bujet dekat sini.saya bujet 7++
tapi nak buat macam mane ayah dah tambah kain kanopi tadi
dalam hati dah pasrah.
 
balik rumah.masuk dalam bilik hati dah gundah gulana.
terus call bff siap menangis lagi,huhu
rasa lega bila bff say something yang make me comfort.
thanks Miss Nur :)
Luv u Much

Wednesday, January 16, 2013

66 hari lagi-Kad kahwin Kami

Salam Readers


Dimaklumkan bahawa kad kahwin dah siap
En.tunang dah pergi ambil dekat kedai

Tapi bunting pulak yang belum siap
ada dekat kilang lagi
hailaa..
macam mana lah vendor nie buat kerja
aritu beria-ia cakap hari rabu boleh ambil

Nasib baik en.tunang sangat cool.
kalau saya yang pergi ambil tadi memang kena lah
saya memang tak cool okey

Vendor nie kadang-kadang ambil mudah sesuatu perkara.
lagi-lagi kalau business dia memang dah okey sangat-sangat kan.
kita sebagai customer memang kena selalu remind dan push dieorang.

Janji kenalah ditepati kan.
barulah pelanggan puas hati 

 


Sandara Park??

Salam Readers


Kpop???
Sandara Park??
sape tu nape i tak kenal??


sampai lah semalam bila miss lily suruh saya google
'sandara park'
nie semua sebab etude house
haha.suke sangat dengan make-up kan

sekarang nie dah terpengaruh dengan iklan korean..
wee..cantik..
flawless.comel.geram.

 comel sangat

 ini pon comel

 lagi-lagi

 lipstik cantik

 warna ini pon cantik

 eyelashes
tapi liquid eyeliner die paling best

 macam barbie doll

 ini pon

 magic bb cream :)

 sandara park

 Sandara Park lagi..

 Sandara..lagi-lagi

 tak paham.perlu ke lelaki pakai bb cream.
oh korean sangat

 saya panggil dia magic cream
lepas pakai nie memang flawless
rasa cantik & comel macam sandara park pulak,hehe

Baru lah saya tau sape sandara park nie..
alahai sangat outdated saya nie tau

 lepas nie nak beli make up dari etude house lagi
Excited :)

Monday, January 14, 2013

Bunga Manggar

Salam Readers

Apalah erti majlis kahwin kalau tak ada bunga manggar kan?
gandingan yang sinonim.
perkahwinan & bunga manggar.


Ada beberapa pilihan bunga manggar untuk majlis nanti..
mula-mula plan nak buat bunga manggar yang macam nie:

 Bentuk bunga
 pakai kertas tissue yang murah tu..
tapi sebab saya malas.

maka mencarilah idea baru yang lebih praktikal

 bunga manggar bentuk bunga jugak 
tapi..
tapi..

macam malas jugak

Inilah pilihan yang paling sesuai kalau saya sangat-sangat malas
beli sahaja dekat kedai
senang kan

tapi..
saya agak rajin juga dalam hal ini
maka
terhasillah
bunga manggar daripada reben
ini idea daripada my mum
warna peach
ada lagi satu versi warna biru lembut
hehehehehe
barulah sesuai dengan warna tema

Nanti baru tunjuk yang penuh..ok!

Rumah Kami

Salam Readers



Belum kahwin lagi tapi dah ade rumah kami pulak?hehe
hujung minggu lepas en.tunang balik kampung,
sebab dia tak sihat, tapi bila dah balik rumah jadi sihat pulak :)

Tujuan utama keluar dating nie sebab nak cari perabot bilik saya,
tapi sebab frust tak jumpa yang saya berkenan di hati.
kami pergi cari barang untuk rumah kami pulak.

jauh betul beli barang kan, rumah sewa kami nanti dekat putrajaya.
tapi membeli barang dekat muar..
tak kisah lah yang penting kami dah save bujet beli barang nie.
banyak jugak lah duit yang kami dapat save.
dua barang nie dapat save dalam RM70.00
murah kan..hehe

kipas berdiri & rak tv

beli sikit-sikit & basic things dulu,
nanti nak pindah rumah tak lah banyak sangat barang kan
bila nak pegi ikea nie? nak membeli barang rumah kami lagi :)

Friday, January 11, 2013

Dah Terbeli!

Salam Readers


Alahai, 
kenapa lah tangan nie mengada-ngada bukak website tu
kan dah terbeli
without having second thought pon
i just click and proceed,proceed..

alahai.
memang padan lah dengan muka i.

dah terbeli pon.
erk.
nanti minggu depan bila dah dapat
saya update.

menangis pon dah tak berguna
*moral of the story: please have rasional mind when you want to buy online

Pengapit tak jadi

Salam Readers



Pengapit tak jadi.
nasib baik saya dah stand by dua orang pengapit.
awal-awal lagi memang dah boleh agak perkara nie,

Saya memang nak bff jadi pengapit masa majlis kahwin nanti.
dua dua memang kawan baik.
Miss Nur
sorang nie kawan baik masa dekat universiti..
kami roomates untuk 3 tahun 1/2, memang sangat close
tapi memang dah sedia maklum jadual hidup dia sangat padat.
masa saya offer dia jadi pengapit memang dia happy sangat
kadang-kadang terover sikit nervous, mengalahkan dia yang nak bersanding,hehe
 Miss Lily
pengapit kedua adalah bestfriend merangkap kawan sekerja.
kami bukan satu ofis yang sama tapi bonding sangat strong.
kami habiskan chambering sama-sama.macam macam perkara kami buat sama sama.
kalau dia menangis saya bukan sahaja yang tolong wipes her tears.
malahan menangis sama-sama jugak,hehe
tapi dia pon sangat-sangat busy woman.
pergi court sana,pergi court sini.
hehe.

masa saya bagi tau en.tunang saya ada dua pengapit.
he made me to choose either one,
which i cant choose.
so i just being silent

tapi beberapa hari lepas pengapit yang pertama 
bagitau, dia ada kerja dekat sabah on my wedding day,
rasa kecewa jugak,tapi saya okey,sebab dia memang sangat busy
Miss Nur, cuma boleh attend on 20 & 21/march/2013
tak pe lah sayang..i faham u busy :)

nasib baik lah ada pengapit lagi sorang nie.
kalau tak, alahai susah jugak kan.
sebab my sister, i dah assigned untuk handle another thing

Tapi bukan bermakna yang saya beza-bezakan,
pengapit 1 atau pengapit 2
it just both person sangat penting dalam hidup saya

hopefully lepas nie tak ada apa-apa masalah dengan bridesmaid
nanti nak belikan baju untuk pengapit saya nie,hehe

peplum dress maybe??

Thursday, January 10, 2013

Bunga Hantaran

Salam Readers


tak boleh nak tunjuk banyak-banyak
nanti en.tunang nampak.
dah tak surprise!haha


Dah siap..
Tido lewat sebab nak siapkan ini
Boleh proceed dengan perkara lain.

Beutskin Essence

Salam Readers


Beutskin Essence?
Saya buat eksperimen dekat diri sendiri,
tapi setelah dapat keizinan en.tunang lah :)
Baru First Day makan beutskin essence


Macam inilah rupa dia..
warna maroon..

 Belakang ada tulis, 
beutskin essence,date manufactured dan expired date

Saiz yang agak besar untuk ditelan,hehe
Tapi senang nak telan sebab dia dalam bentuk soft gel.

Baru First time try kan..
so far okey, pagi tadi bangun dah tak rasa sakit-sakit badan
kita tengok dalam 2,3 hari lagi kesan dia

Happy Working People

Beli BE disini:

Wednesday, January 9, 2013

Kompilasi Majlis kahwin Kawan-kawan 2012

Salam Readers




huh.macam tajuk album kan?
Kompilasi majlis kahwin kawan-kawan 2012..
tujuan kompilasi album nie sebab kekurangan masa untuk update,hehe
majlis-majlis ini semua berlangsung penghujung & pertengahan
 2012..
ada jugak kawan-kawan lain yang berkahwin tapi sebab yang tidak dapat dielakkan
saya tak dapat hadir,tapi still lagi nak update entri majlis dieorang
adil kan,hehe

Mereka sudah..


 Tahniah Ain dan Pasangan
Secondary school classmates


Tahniah Olin & Pasangan
 Secondary school classmates


 Tahniah Jojo & Pasangan
study at law school  classmates together!


 Tahniah Dr.Fed & Pasangan
Secondary School classmates


Secondary school classmates


 Tahniah Tacha & Pasangan
Secondary school classmates




Tahniah Zurina & Pasangan
study at law school together, best friend i ever had
kamilah geng jalan-jalan,hehehe
Semoga jadi mummy yang baik tau,hehe
Tahniah Elina & Nazir
en tunang bff


tahniah untuk kawan-kawan yang telah menamatkan zaman bujang mereka,
semoga menjadi pasangan yang bahagia,sehingga ke syurga. amin

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.