Thursday, December 27, 2012

Idea untuk hiasan meja

Salam Readers

hiasan meja semasa majlis perkahwinan adalah penting..
bagi saya salah satu perkara yang penting..
tak tau lah kalau orang lain

perkara yang biasa kita lihat di majlis perkahwinan
selalunya meja tetamu cuma ada satu botol air,
kadang-kadang ada tempat cuci tangan,
kadang-kadang cuma ada kerepek jee..

ini adalah impian saya..
ada beberapa idea yang menarik untuk dicuba..











1. Bunga-bunga Putih dalam botol terbuang
idea yang ini sangat simple, harga bunga pon murah
maybe boleh guna botol - botol yang terbuang dekat rumah
botol kicap, botol sos.. murah dan mudah






















2. Bunga dalam botol yang dililit tali
masih lagi dengan idea guna botol terpakai tadi
tapi kali nie, kita cuba balut atau lilitkan botol tadi dengan tali
tapi tali macam nie agak mahal, kalau rajin boleh lah guna tali rafia,hehe
Tapi rasanya pakai tali untuk mengait baju tu pon boleh kan..

















3. Ikan dalam balang
idea nie pon termasuk dalam list jugak?
dah bagi tau my mum nak buat idea macam nie, tapi kena reject
sebab my mum takut ada anak orang memancing ikan pulak nanti..
maybe idea nie sesuai kalau event tu kurang atau takde kanak-kanak.
di buatnya tumpah balang tu..macam-macam hal pulak
ikan laga adalah option yang paling sesuai lagipun harga nya murah
rm1.50 seekor














 4. Bunga dalam balang kaca
masukkan batu dalam balang kaca/pasu tinggi lepas tu masukkan bunga
rasanya bunga plastik lagi sesuai untuk idea nie, sebab tahan lama kan
boleh guna batu akuarium yang warna warni nanti..
pasu macam nie boleh beli dekat daiso atau hinode shop..
rm5.00 untuk satu pasu, murah kan






















5. Bunga Orkid dalam Pasu Tinggi
 sabtu lepas pergi wedding Ofi & dj..
macam ini lah centrepieces meja dieorang, white orkid dalam balang kaca/pasu tinggi
they are using fake orkid pastu masukkan air dalam pasu..
nampak macam real dan sangant cantik..tapi tak sempat nak ambil gambar,hehe
sibuk makan makanan yang sedap tu,hehe

















6. Bunga Besar dalam Bekas
wee, nama dia tak glamer langsung..
bunga macam nie senang nak cari, ape eh name dia?
peonies kot..ambil bright colours letak air dalam balang tu..dan masukkan bunga
cantik,mesti dari jauh dah nampak hiasan nie dulu,hehe






















7. Bunga dalam Botol warna warni
Mungkin boleh warnakan botol botol terpakai dekat rumah tu..
warna-warni sangat..
tapi kena beli pewarna /cat pulak kan..aish






















8. Botol/pasu tinggi dibalut dengan kain
masih lagi mengambil idea pasu tinggi sebelum nie,
ambil guni yang old school tu,gunting-gunting pastu balut botol tadi kan
mane pulak nak cari guni macam tu..hehe

















9. Botol/Pasu Tinggi isi buah epal
selain bunga, mungkin boleh guna buah buahan kan
epal hijau atau epal merah yang mana idaman hati?
lepas majlis boleh ambil makan,hehe

















10. Sayur-sayuran/pokok pokok comel
ini dipanggil rustic ideas, sebab hiasan ini tak nampak macam sweet 
kalau guna bunga bungaan kan nampak sweet..
cuba guna sayur sayuran,hehe kalau duduk dekat cameron highland boleh laa kot

okey, panjang pulak idea saya nie..
sekian dulu yee :)

7 comments:

  1. Dear....sha paling suke nombor satu.Tapi sha x buat kot sebab awal2 da kena reject oleh mak n ayah.Pasrah.Hehe.

    ReplyDelete
  2. sha,my mum da agreed no 1.
    asalkan bukan idea ikan dalam balang tu..
    sebab dia takut ada anak orang celup tangan pulak,hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe.sume invoLve budget bLeh tahan kan..hahaha

    Sya pon serabot jek! hoho. Sya xwat kot nnti. uhukk

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, erm..saya memang budget bride,hehe
      so nanti nak buat jugak tapi mesti dalam bujet

      Delete
  4. Yang letak ikan tu,kena tetamu nakal celup tangan, habih ikan bau kari.haha.

    BTW, idea 1,4 dan 6 sangatlah menarik dan awesome! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan abes ikan tu berbau kari :)

      Delete
  5. sis kat mana beli pasu/botol tinggi tue ye? cantiknye...

    ReplyDelete

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.