Dilema Kerja

Salam Readers



Entri ini,
lari sikit daripada skop kawen-kawen yee,
Normal tak situasi ini,
seorang pegamal undang-undang tapi dia tak suka pergi mahkamah..
bukan tak pernah cuba tapi setelah beberapa kali pon perasaan tu masih sama..
sekarang pon masih sama lagi..
esok lusa pon mungkin sama jugak..
bukan apa, menunggu dan menghadap yang di atas kerusi,
menanti dengan debaran setiap keputusan yang akan diberikan..
umpama menjawab  ujian matematik tambahan mengejut.


Biarlah rakan-rakan seperjuangan yang suka pergi mahkamah
yang terus mencari rezeki dengan cara itu..
setiap orang kan ada kesukaan masing-masing..
saya lebih selesa jadi pegamal undang-undang yang seperti ini,
menghadap file-file,berurusan dengan bank & pejabat tanah..
 lebih bahagia,

Dan mungkin satu hari nanti, kalau saya akan suka dengan hiruk pikuk mahkamah..
alhamdulilah..
Sebab saya yakin setiap orang ada rezeki sendiri.
insyaallah..
 amin.

Comments

Popular Posts