Thursday, November 8, 2012

Bunga Telur

Salam Readers



Beberapa hari ini..
Inilah kerja kami malam-malam..
Membuat bunga telur stokin untuk bunga pahar..
Untuk majlis bersanding nanti, ada dua bunga pahar, setiap satu pahar ada 50 bunga telur..
Jadi kena lah buat untuk 100 bunga stokin, kami ambil warna peach dan warna biru..
Bersungguh-sungguh saya dan ibu membuat bunga pahar nie, tapi ibu lah yang eksaited,
bila-bila masa dia free, itu lah aktiviti dia..hehe





















Daun-daun untuk bunga tersebut :)

untuk daun-daun nie, saya guna dawai bunga warna silver,
bentuk kan seperti daun..haa bentuk lekuk dekat daun yang tak cantik tu saya lah yang buat..
tapi bentuk yang cantik, ibu yang buat,hehe
ikat dengan dawai halus dan letak pelilit bagi kemas..























Kelopak Bunga 

Kena buat proses yang sama berulang kali,
bentuk-bentuk kan sampai jadi bunga,
jangan lupa letakkan inti bunga tau...
lepas tu ikat menggunakan dawai bunga paling halus,
rasanya saya guna dawai nombor 30,
ikat kemas-kemas dan lilit guna pelilit bunga..























Bunga Stokin

Taraaaa... Dah siap pon..
Tapi kenapa warna biru?? hehe
warna peach tadi tak sempat nak snap gambar..
proses yang sama untuk buat bunga stokin nie,
warna stokin saja yang berubah-ubah yee kawan-kawan..
untuk bunga warna biru nie, inti bunga saya guna manik-manik..
nanti adalah variasi antara bunga warna peach dengan bunga warna biru :)



10 kuntum bunga dah siap..ada lagi 90 kuntum untuk dibuat..
berusaha bersungguh-sungguh lah yee untuk membuat proses yang sama berulang kali,
hari tue masa pergi nilai, adalah survey harga bunga stokin untuk letak dekat dulang hantaran..
alahai mahal betul rasanya, untuk letak dekat tepi dulang sahaja dah RM129-00...
Kalau beli barang-barang untuk buat bunga stokin nie sendiri dan buat sendiri lagi lah jimat..
Pilihan masing- masing kan, kalau ada banyak masa boleh jee buat..tapi kalau dah tak de banyak masa..
beli sahaja lah :)


Alhamdulilah, ada juga progress bunga pahar saya nie..
Happy

4 comments:

  1. cntiknyer....bnyk nk wat tu...gud luck ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik mah, berkorban untuk kejayaan nie,hehe

      Delete
  2. Cantik bunga stokin bella.. =) Nak tny boleh? satu kain stokin boleh dapat bape bunga?kalo sy nak buat bunga 50 batang, design mcm bella rasa nya, perlukan bape helai kain stokin?
    TQ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear shida maniss: depends kalau awak tarik banyak boleh dapat 6 kuntum bunga tau..kadang-kadang dapat 4 kuntum bunga jee, kalau awak nak buat 50 saya rasa 6 keping stokin boleh dapat..tapi ia bergantung mcm mane awak tarik tau :)

      Delete

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.