D.I.Y Bunga Ros kertas

Salam Readers



hari jumaat..
esok kita dah nak start puasa kan..
semoga ramadan kali ini memberikan kita lebih banyak kebaikan :)


hari ini i nak berkongsi tentang..
Bunga ros daripada kertas..kali pertama buat craft mengunakan kertas..
kena lebih banyak fokus dan kesabaran sebab selalu guna fabrik, gunting-gunting, jahit-jahit lepas tu dah siap, tapi kali ini,haa sangat-sangat lah kena bersabar.


Resepi: Bunga Ros daripada kertas :)

Bahan-bahan:
1. Kertas warna-kali ini i guna kertas mahjong warna pink,
2. Pensel
3. Gunting
4. Glue Gun
5. KESABARAN :)




Cara-cara nak Buat;























mula-mula, ambil kertas warna dan lukis bentuk macam lemon, tapi berlekuk-lekuk
lukis lah dalam 9 bentuk dan corak yang lebih kurang sama..saiz adalah bergantung kepada keinginan anda, kalau nak bunga ros besar kena lah lukis bentuk yang besar..



























gunting bentuk yang dah lukis tadi,
1. ambil satu dan buat bentuk kudup bunga (dalam dia)
2.Gamkan nanti kalau tak dia terbukak balik
3. Cantumkan satu persatu sampai jadi bentuk bunga
4. Ulang-ulang proses yang sama sampai jadi bentuk bunga
5. untuk kelopak ros yang dekat luar, boleh lah kelepetkan or bukak kearah luar,sebab nak dapatkan effect kelopak bunga tu, kalau tak nanti bunga jadi ros yang belum berkembang.


 















Inilah hasilnya :)
bunga ros daripada kertas yang senang..
cubalah..TRY and ERROR..
selagi kita tak cuba kita tak tau kan, tapi kalau tak rajin boleh jee tempah suruh orang buat..
maybe this proses boleh i apply dekat foam flowers..so boleh laa dapat bunga besar-besar macam dekat pelamin orang kawen, hihi

Comments

Popular Posts