Friday, February 15, 2013

tidak sihat

Salam Readers

Orang sibuk beraya.
Saya sibuk tak sihat.
alahai demam kejap ada kejap takde.
dah macam biskut chipsmore kot.
batuk lagi.
semoga saya cepat sihat.
dah tinggal 35hari lagi nie.
bertahan.
sebab banyak lagi yang tak siap.

Hujung minggu nie ada banyak perkara nak settlekan.
1.tempah tarikh untuk inai
2.tempah tarikh untuk make up nikah
3.siapkan veil 
4.siapkan baju nikah
5.beli goodies

kasut masa nikah & resepsi sebelah perempuan dah beli!
wiwit.cantik.murah.tinggi.bling-bling
puas hati sambil senyum lebar-lebar 
:)

Friday, February 8, 2013

Our Bunting

Salam Readers

bunting untuk wedding dalam proses printing.
hopefully dapat siap dengan cepat dan on time seperti yang dijanjikan.
Vendor janji boleh potong queue masa printing.
Vendor bunting adalah official photograper kami.
Jangan janji manis yee.

lepas a few amendment.
tukar gambar lain.
tak nak gambar yang mula-mula.
nak pilih gambar sendiri.
nak tukar date.
haha.
i kan pengantin budget tapi cerewet.

meh tengok one of my bunting nanti.
kami gunakan gambar masa white studio dulu.
bunting ini nak guna masa belah en.tunang.
sebab tu lah date jadi 24/3/2013.
lupa pulak berapa harga satu bunting nie.
maybe rm30-00..murahkan.
kami buat 2 bunting.

lepas kahwin nak letak dekat ruang tamu rumah kami.
haha.boleh tengok hari-hari.
sampai pengsan.

Thursday, February 7, 2013

Geram.

Salam Readers

Kenapalah aura-aura negative jee yang timbul nie.
satu.satu hal.

Semalam balik rumah tengok kad jemputan dah ditulis nama.
ada dekat 100 keping kad yang terlibat.

Sekali malam ayah cek balik.
alahai caca marba tulisan nie..
rasa macam nak menangis pun ada.


















bukan tak hargai pertolongan nie.
tapi tengoklah dah jadi comot kad kawen saya.
nasib baik cuma sikit.

Ayah dah bising pasal hal nie.
lepas nie biar saya tulis sendiri.
muktamad.

kecelaruan

Salam Readers

Kecelaruan sekejap dengan hati dan perasaan sendiri.
bila dah dekat nak kawen nie.macam-macam perasaan ada.

the biggest issue for me right now.
besides  MONEY as always..

selepas berkahwin nanti..akan pindah duduk dengan husband.
I'm looking forward and very excited for that..
tapi sekarang nie belum dapat kerja baru lagi dekat dengan en.tunang.
Mungkin perkara nie akan berterusan sampai selepas kahwin.
for a few months maybe. i hope only for a month..
kalau selepas a month masih belum ada rezeki..
I terpaksa stay here.
meneruskan kerja di opis ini seperti biasa.

Masa baru kerja ada sign agreement that stated kalau one of us nak berenti.
kena bagi notis 3 bulan. cuba bayangkan kalau 3 bulan.
kahwin bulan 3..kalau dapat kerja bulan 4 baru bagi notis untuk resign.
bulan 4,bulan 5, bulan 6.....................................................................
See lama betul..
Bulan 7, bulan 8???

ada ramai lagi weekend husband & wife kan.elok jee..bahagia :)
sebab itulah saya namakan perasaan ini sebagai kecelaruan.
orang lain ok.saya pulak yang susah-susah hati..

Tapi lately, kecelaruan dengan perasaan sendiri.
hati memberontak nak bagi surat resign awal..
dah siap type dah print dan sign lagi.tapi simpan balik dalam folder.
tindakan tu memang sangat tidak bijak laa kan.
dibuatnya tak dapat kerja lepas resign tu..masalah.
sape pulak nak bayar duit kereta dan hutang yang lain kan.

terpaksa menghadap alien-alien yang selalu buat perangai pelik dalam opis nie.
diulang bukan satu tapi ada beberapa..hahaha.
mungkin tekanan nie hanya sekejap sebab ada problem dekat opis..
tapi saya tahu saya boleh survive works with those aliens.
dah dekat 6 bulan saya survive alone in this office.

I know i can bear with them.
I just do my own works.
If i had a better chance.
definitely i'm leaving.
with no regrets and not a piece of sweet memories.
except a very good boss :)

the best way is to pray to Allah.
jadi insan yang lebih baik.

Wednesday, February 6, 2013

Hal Dalam Kelambu..

Salam Readers

Hal Dalam Kelambu lah sangat.haha.
Tapi betul lah masih berkaitan dengan kelambu.
Sebenarnya tak plan pon nak beli kelambu untuk bilik pengantin nanti.
Tapi bila dah terjumpa depan mata. Ibu pon mengarahkan saya untuk membeli.
En.Tunang hanya mampu berkerut dahi. tak paham konsep laaa tu.haha


















Tadaaaa..macam inilah rupa kelambu tersebut.
Sila beli di ikea dengan harga RM39.90.
Murahkan. sesuai dengan tema dan warna dan konsep bilik nanti.
Putih dan suci..hehe Dah matching dengan warna cadar nanti.
Kelambu ini bukan nak tutup keseluruhan katil macam kelambu yang selalu kite beli tu.
tapi sebagai hiasan kepala katil jee pon.

Balik rumah terus try pasang dekat bilik, nampak sangat tak sabar kan.
maybe kelambu ini perlukan sedikit DIY..
dalam kepala dah ada idea nie..tinggal nak keluarkan jee.














Gambar daripada Google Search

Poplook Lagi??

Salam Readers

Boleh tak..
rasa macam nak lempang diri sendiri jee nie.haha
Rasa nak beli baju dekat the poplook lagi..

Sebab rasa diri sendiri nampak cantik bila pakai dress itu.
en.tunang pon puji cantik..haha
inilah kesinambungan entry yang terbeli baju online dulu.


Baru bulan lepas beli dress warna biru tuu..
baru minggu lepas pakai sekali.
sekali ok.

hari ini dah ada perasaan nak beli lagi.
huhu.nafsu menguasai diri sangat!


dengan alasan.
dress yang saya beli dulu tue.polka dot
yang ini belum ada lagi.
haha.alasan yang tak kuat langsung.

temptation yang sangat kuat nie
sebab nampak yang ini.

 
yang ini juga.
alahai.sweet 

sila muhasabah diri anda yang nak kahwin nie.
jimat.jimat.jimat.jimat

Tuesday, February 5, 2013

Rumah Kami-bahagian 2

Salam Readers



Sebenarnya dah lama nak cerita pasal rumah kami.
tapi segan kat kawan-kawan semua sebab macam terlebih eksaited pulak.

Rumah sewa jee, belum mampu lagi nak membeli rumah sendiri.
nanti lah bila saya dah confirm kerja dekat mana baru lah teruskan next chapter.

En.tunang dah lama duduk rumah nie, dekat setahun jugak.
sekarang housemate dah pindah keluar.en.tunang dalam proses renovate sikit-sikit.

Warna cat pun en.tunang dah pilih.
Langsir rumah kami dah beli.haha, gigih pergi nagoya pergi beli langsir rumah kami nanti.
langsir pintu bilik dah beli jugak, kebetulan masa pergi ikea berkenan terus jee beli.

alhamdulilah perabot asas dalam rumah pon kami dah beli.
selepas survey banyak kali. rupa-rupanya en.tunang dah pergi survey banyak tempat.
set bilik tidur, sofa, rak tv, set meja makan, karpet.
saya rasa happy sangat. sebenarnya dah banyak kali saya bagitau en.tunang.
its ok if we start our new life as husband and wife from zero.
means takde sofa, or ape-ape perabot..
tapi saya rasa sangat bersyukur sebab diberikan teman seperti en.tunang.
sedaya upaya  sediakan keperluan untuk rumah kami nanti.

perihal mesin basuh dan peti ais pulak.
sebelum ini ada discuss tapi tak tau pulak yang en.tunang nak buat surprise.
kalau en.tunang tak terlepas cakap pasal dia dah cuci langsir rumah.
mesti saya pon tak tau.hahaha..

alhamdulilah. rasanya almost complete rumah kami :)
terima kasih en.tunang.
terima kasih sebab nak kawen dengan saya..

Monday, February 4, 2013

Ayer Hitam Lagi!!

Salam Readers

Cerita Hari Jumaat lepas, 
selepas balik kerja terus pergi ayer hitam.
 
Walaupun saya rasa macam dah tak larat nak teruskan.
tetapi sebab dah plan dengan ayah ibu.
tetapi sebab ibu dah bising barang tak lengkap lagi.
sebab nak kejarkan sementara my sis ada dekat semenanjung nie.
sebab dah gaji.
sebab dah tak banyak masa lagi.
haaaa..diatas sebab-sebab diatas.
saya merajinkan diri jugak.

rasa macam jauh jee highway nie,
padahal dari muar ke ayer hitam jee.huhu
nasib bukan saya yang drive.

sampai ayer hitam, terus menuju ke kedai yang berkenaan.
beli barang terus. sebab before this dah survey harga barang.
so dah boleh bujet nak beli kat mana n harga berapa lah.




Beli Botol kecik nie.
sebab tin & bakul sebelum nie tak cukup.
mula-mula plan tak nak guna idea nie.
sebab dah banyak sangat orang guna.
tapi, takpe lah.sikit jee



hasil pembelian.
yang tak seberapa. seberapa.

sempat lagi si kecik tu ambil toys dia sekali.
rm10-00 tau.over bujet kakak nie.

saya telah membeli, botol kecil nie sebanyak 200 biji.
Beg goodies untuk tetamu.
Beg goodies untuk saudara & rakan-rakan.
3 biji Bekas Hantaran, sebab tak cukup.
bekas isi telur yang bulat tu.
bunga-bunga, reben-reben.
kotak plastik yang sangat mahal-satu kotak rm1.20 yee.
saya kene beli 100 kotak untuk isi souvenier istimewa tu.
dalam hati menyesal sebab tak google dulu ada tak DIY untuk buat kotak plastik sendiri.
haha.kedekut kan

begitu begini.
terbang ringgit malaysia 500-00.
nak kawen punya pasal kan.
 
balik rumah kemas beg sebab sabtu pagi kene pergi kl.
jumpa en.tunang.

Baju Cantik!!

Salam Readers

Semalam dekat petronas nampak baju ini.
Cantik dalam gambar.


Tapi Lagi cantik bila nampak depan mata.
tapi sebab tak nak lah kakak tu perasan saya tengok dia.
saya tengok sikit-sikit jee.haha
ada reben besar dekat belakang tau.
tapi siap lalu 2 tiga kali belakang dia.haha
cantik.
cantik.
cantik.

Sekali tengok baju dia pon dah tau dari mana.

Sape ada duit lebih boleh la beli sepasang dua.huhu.
saya.kene jimat-jimat dah nak kawen sangat nie.
hanya mampu cuci mata & hati di blog jee.

Friday, February 1, 2013

Baju cik dayang-dayang

Salam Readers
cik dayang-dayang pulak.
mereka adalah beberapa orang yang masih cik lagi.
Entri sebelum nie pon pasal baju.
Entri ini pon pasal baju.haha
maaflah,tak dapat dielakkan sebab dah cerita pasal baju jee yang ada.

Sebelum sampai kedai memang dah plan nak beli peach.
tapi sebab stok untuk warna peach tak cukup.
dan fikirkan kain cotton warna peach agak nipis dan jarang. 
saya tukar warna lain untuk dayang-dayang nanti.

Sebelum ini.

Selepas itu.






kain cotton warna pink terang.
tapi tak kira korang kena pakai tudung warna peach jugak.
tudung, sila beli sendiri,haha.
harga pun murah berpatutan.jimat duit i.hehe

Untuk majlis bertandang.
Dayang saya kena pakai warna ini

tapi sebab ini majlis orang.
saya tak nak masuk campur.
biar en.tunang dan famili yang tentukan.

dah macam warna warni kek pelangi pulak nie.
selesai hal yang ini.
boleh fikir hal lain pulak.
HAPPY

Misi Mencari Baju

Salam Readers


Perempuan memang susah nak cari baju.
sampai ambil masa dua hari sebab nak cari baju.

baju untuk ibu dan adik perempuan dah settle.
ambil warna yang hampir sama.
hijau turquoise.


hijau/biru turquoise

 Baju untuk ibu dan adik masa majlis bersanding dah cari.
sekarang nie kena cari baju dieorang masa majlis bertandang nanti.
warna yang dipilih?
kuning..haha
maaflah siape yang tak suka kuning tapi pengantin perempuan nie
dah berkenan dengan warna kuning.
dengan alasan nak padankan warna baju dieorang
dengan kasut kuning saya.hehe
berkenan dengan warna kuning sebab tengok wedding apek & leuniey.
 





Yellow
cantik kan :)

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.