Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Geram.

Salam Readers

Kenapalah aura-aura negative jee yang timbul nie.
satu.satu hal.

Semalam balik rumah tengok kad jemputan dah ditulis nama.
ada dekat 100 keping kad yang terlibat.

Sekali malam ayah cek balik.
alahai caca marba tulisan nie..
rasa macam nak menangis pun ada.


















bukan tak hargai pertolongan nie.
tapi tengoklah dah jadi comot kad kawen saya.
nasib baik cuma sikit.

Ayah dah bising pasal hal nie.
lepas nie biar saya tulis sendiri.
muktamad.

Wednesday, January 30, 2013

kad kahwin dah depan mata

Salam Readers


kad kahwin dah siap.
dah sampai rumah.
tinggal nak diedarkan kepada tetamu.hehe

saya & family plan nak edarkan masa cuti chinese new year nie.
ala.kad kahwin saya simple sangat.
gabungkan antara rumah lelaki & rumah perempuan.
takde hotstamping bagai.takde reben yang comel.

hanyalah kad simple ready made dekat kedai tu.
tukar font.tukar design sikit-sikit.
alhamdulilah.siap jugak.
saya bayar tanpa bantuan sape-sape pon.
haha.apesal tibe-tibe jadi entry emosi nie.

kadang-kadang tidak tak mampu nak puaskan hati semua orang.
bukan kadang-kadang tapi selalu.

tapi saya puas hati.

Wednesday, January 16, 2013

66 hari lagi-Kad kahwin Kami

Salam Readers


Dimaklumkan bahawa kad kahwin dah siap
En.tunang dah pergi ambil dekat kedai

Tapi bunting pulak yang belum siap
ada dekat kilang lagi
hailaa..
macam mana lah vendor nie buat kerja
aritu beria-ia cakap hari rabu boleh ambil

Nasib baik en.tunang sangat cool.
kalau saya yang pergi ambil tadi memang kena lah
saya memang tak cool okey

Vendor nie kadang-kadang ambil mudah sesuatu perkara.
lagi-lagi kalau business dia memang dah okey sangat-sangat kan.
kita sebagai customer memang kena selalu remind dan push dieorang.

Janji kenalah ditepati kan.
barulah pelanggan puas hati 

 


Friday, January 4, 2013

Rasa Excited + Blushing

Salam Readers



Selalu tengok orang lain update status or update blog..
but now it happen to me ..hehe

kisah kad kahwin yang saya dah tempah haritu..
draft dah dapat..

bila baca & tengok kad kahwin sendiri..
rasa macam tak percaya pulak,
memang betul-betul nak kahwin..

nasib baik dalam bilik office nie saya sorang,
kalau tak mesti malu..
rasa macam dah blushing - blushing masa baca kad kahwin sendiri,

en. tunang lagi lah teruk..
siap print colour lagi,haha
saya print black & white jee okey,hehe

after a few amendment, tukar sana sinie
map ada salah sikit, confirm dengan designer tu balik,
re-do again..
finally..
alhamdulilah



akan datang :)

Monday, December 24, 2012

Kad Kahwin Kami

Salam Readers


Yeay...
selesai satu urusan yang besar dalam perkahwinan nie,
kad kahwin sudah ditempah
Finally, our wedding dah ada kad kahwin


Hari Sabtu yang indah, saya dengan encik tunang
bersungguh -sungguh pergi survey kedai kad kahwin yang ada
pusing-pusing dekat kl yang jemm tu
sampai dekat Jalan Pudu

kenapalah kedai kad kahwin wujud dekat area macam tu..
alahai,maklum lah saya bukan orang kl
tapi demi kad kahwin dan en.tunang yang disayangi
saya ikut lah

okey.lepas pusing-pusing cari parking.dapat jugak akhirnya

first: kami pergi kedai ini
LH Creative Concept Sdn. Bhd.
Showroom I dekat jalan Brunei

Pilih-pilih kad,
eh macam mane lah nak pilih dengan keadaan showroom macam tu
tau lah ramai pelanggan tapi, kalau tak organised langsung
selera nak pilih kad pon takde tau

ok.bagi tau en.tunang jom cari kedai lain
kami berjalan-jalan dekat sekitar jalan tu..
jalan-jalan cari kad kahwin idaman hati

jalan-jalan lagi
satu kedai, dua kedai
agak banyak kedai lah jugak


kami pergi dekat LH Creative Concept Sdn. Bhd
tapi kali nie showroom II, dekat jalan Pudu
walaupun kedai yang sama dengan kedai first tadi.
tapi dekat sini sangat lah recommended
Showroom II lebih tersusun, besar dan staff yang melayan kami sangat friendly
sangat berbeza dengan Showroom I tadi

 
sesi isi borang butir peribadi

En.tunang busy melukis balik pelan untuk kerumah kami
lukis satu pelan yang sama, sebab wedding place kami dekat jee,hehe

kesimpulannya;
kena tunggu draft siap dulu baru boleh buat kesimpulan,hehe
banyak pilihan kad dekat sini, semuanya bergantung kepada bujet masing-masing
sebab kami dah sepakat untuk tidak berlebih-lebihan
kami dapat kad yang dalam bujet dan lagi happy sebab under bujet 
faham tak? maksudnya kami dah bujet harga kad, 
tapi end up dapat kad yang lebih murah dari bujet kami,hehe


boleh tengok sini yee:


kad kahwin bff sister :)

Tuesday, December 18, 2012

Oh My Kad kawen

Salam Readers



banyak-banyak perkara
kami belum settlekan 
pasal kad kawen

semalam telefon vendor yang buat kad kawen idaman hati
sekali dia dah pindah dekat tapah..
tapah.where? Perak Ok..
dah jauh dah..
sebelum nie kedai dieorang dekat Puchong.

kena survey & cepat-cepat booked
my dad dah bising-bising
kami lambat siapkan kad katenye,
huhu..


dup dap
nak kawen
tapi belum tempah kad kawen
hehe

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.