Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Teh O Limau Panas Mahal!

Salam Readers



Ooii Mahal ok.
mari tengok bil.


teh o limau panas tu harga rm2.00
kalau minum teh o limau ais rm2.50 ke?
saya minum milo ais kena rm2.50..
beza 0.50 jee?
husband siap tanya kat cashier tu betul ke harga nie?
dia cakap betul..kedai makan biasa jee,
lainlah awak kena bayar gov tax 6% tu kan.

Kafe DapurMas dekat Presint 9, Putrajaya.
Bad Service sebab lambat ambil order dan makanan lambat sampai.
orang tak ramai ok masa tu..tapi tak tau lah macam mana boleh lambat.
sampai-sampai makanan tu keropok da lemau..huhuhu






Monday, October 21, 2013

Sweet Chat

Salam Readers


Bawak mak mertua makan-makan dekat sweet chat.
dia suka durian.so kami order makanan yang berasaskan durian.hehehe
sedapnye..terutama sekali cendol durian tuu...nyums..


cendol durian yang paling menggoda tau.
sedap..sedap..
atas tu ada ais krim durian.
teringat-ingat rasa durian dia.
& spagethi lupa nama..hahaha
spagethi tu macam fusion sikit rasa dia.
maybe boleh try buat dekat rumah yee..
kuah dia rasa macam daging salai masak lemak cili api..
tapi tak pedas..

durian crepe & sos coklat..
penuh dengan durian..tapi mungkin sebab letak dalam freeze lama sangat.
isi durian & creme agak beku sikit.

air lemon mint..
lebih kurang macam itu lah rasa dia..
sebab hal bulan lepas saya pon dah lupa nama dia.

tapi yang paling sedap mestilah cendol durian tu..
rasa gula melaka dia..
ingat nak makan cepat-cepat lepas tu pergi tengok bunga api dekat putrajaya.
tapi tak sempat pulak,hehehe nikmati lah makanan tadi tuu..

balik rumah semua burp bau durian.
next time lah..tak boleh selalu nanti tak pasal-pasal gula i naik pulak..


Thursday, April 18, 2013

Makan di BP Bariani Power

Salam Readers

kenapa saya asyik update entri makan?
pukul 12 lebih nak tunggu lunch mula lah fikir nak update pasal makan.

makan!

kali nie nak cerita pasal tempat makan nasi briyani yang paling best sekali.
sedap sampai teringat-ingat tau!
mari kita lihat menu.
nasi briyani yang paling sedap.
saya pilih nasi briyani gam ayam.
eh betul ke nama dia nie.lebih kurang
Daging yang sedap.
gravy dia rasa manis-lemak.
kambing bagi sesiapa yang sukakan 
beriani kambing boleh cuba ini.
Ayam goreng berempah berserta rempah-rempah tu.
sos dia memang sedap. ada rasa halia dan serai.huhu
jelatah timun yang rangup dan dipotong besar-besar.
Acar Buah.nyum nyum.
nampak gemuk-gemuk kan.tapi saya belum cuba ini.
kedai nasi briyani yang paling sedap nie terletak di batu pahat,
tapi bukan dekat depan hospital pantai tu.medan selera.
tapi kedai nie dekat-dekat area hospital lama batu pahat.
kawasan kedai tak sibuk sangat,nak cari parking pon senang.
cuma kalau ada ramai pelanggan awak kenalah tunggu kerusi meja kosong.
kawasan kedai yang bersih.pelayan pon cepat jee sampai.
alahai.teringin pulak nak makan kat sini lagi.
saya pergi makan kat sini sebelum fitting baju kahwin.
memang lah sangat bagus idea tu kan kan.hahahaha
selamat mencuba kawan-kawan.
sila tengok website ini.
Cawangan Batu Pahat:
No.18, Jalan Tukas 2,
Taman Soga, 83000,
Batu Pahat, Johor
Cawangan Melaka:
Lot 33, Tesco Melaka No.1,
Jalan Tun Abdul Razak,
75400, Peringgit, Melaka.

semua gambar diambil daripada website BP Bariani Power,
sebab kami dah selamat makan baru ingat nak ambil gambar.

Wednesday, April 17, 2013

Makan di Chucuk Chucuk, Melaka

Salam Readers

Mari update kisah makan-makan lagi.
tengok gambar-gambar dalam handphone.
baru nak update.

chucuk-chucuk? apakah.
saya pun baru dengar melalui en suami.masa tu masih lagi en tunang.
sama macam kita makan steamboat/yong tau fu.
tapi bezanya bahan-bahan tadi semua di cucuk pakai lidi satay.




gambar selepas habis makan.
ada tiga jenis sos yang disediakan.
kami pilih kuah kacang.barulah rasa lain sikit.

macam inilah.
gambar nie google image jee.
ada macam-macam pilihan.
google lagi.

untuk maklumat lebih lanjut.
try tengok fb mereka.

 Chucuk-Chucuk Halal Satay Celup
653 B, Jalan Delima 3,
Taman Bukit Melaka,
75450 Bukit Beruang,
Melaka

masa saya pergi suasana sunyi jee.
lagipun kedai nie satu baris dengan kedai makan cina.
tapi depan kedai ada macam medan selera.
so takdelah sunyi sepi sangat.

komen saya?
ok. biasa-biasa saja.



Makan di Wong Solo

Salam Readers

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari.
lapar-lapar macam ini.lepas tu buat entri pasal makan.
memang lah sangat sesuai.

kisah sabtu lepas.en suami & isteri pergi jalan-jalan.
selepas puas berjalan perut dah lapar.
jom en suami cari tempat makan yang best.

kami pergi dekat wong solo bangi.
nasib baik masa kami sampai ada lagi seat kosong.

cepat-cepat order.
kami dah lapar.
kami order ini.
ayam bakar wong solo.
2set ayam bakar, soda gembira untuk suami dan jus mangga untuk isteri
sedap sangat!
rasa macam nak ajak en suami datang sini lagi.
rasa pedas sampai saya boleh habiskan jus mangga yang pekat tu.
ok lain kali sila order soda gembira supaya lepas makan boleh rasa gembira.
 
HAPPY.
 
eh sila lihat website ini.
 




Monday, December 10, 2012

Mari Makan Steamboat

Salam Readers



Mari makan Steamboat
ini kali pertama saya pergi makan steamboat okey
kali pertama pergi makan dengan en.tunang
 dan saya makan banyak



kami pergi makan dekat flaming steamboat buffet Restaurant
dekat Danau Kota, Setapak..
makan untuk dua orang RM 53.80
makan sampai perut bloated,hehe
tapi yang tak best sebab kami pergi walk in
kami dapat table combine dengan orang lain
and yang paling tak best table tue dekat sangat dengan kedai makanan arab
and yang paling paling tak best tak best orang arab
kat kedai sebelah keep staring at me..
hee, macam tak pernah nampak orang..



Tapi The best Thing
MAKAN time
tadaaa..ini khas i masak untuk en.tunang
hehe, tengok banyak tak kami ambil
tapi bufet kan..
so ambil lah apa sahaja yang berkenan di mata dan dihati
 sebelah tu perisa sup yong tau fu sebelah lagi tomyam
tapi tomyam dia tak berapa flaming sangat lah
 tapi sebab nak makan banyak so tak boleh lah pedas-pedas

kami ambil:
udang,ketam,scalop,lala,ayam,mushroom,sayur,mee dan lain-lain

erm..sedapnye
hee, masa type nie pon rasa terliur..haha





ini saya punye..
en.tunang tegur..
saya makan laju sangat
ooo..hee tak perasan pulak saya makan laju
maybe sebab saya tengah lapar kot.
tengok pinggan saya yang penuh tue..






tengok lah sampai habis licin kan..
untuk pencuci mulut, kami makan buah-buahan, abc aiskrim,marsmellow
haha.next time kalau nak makan dekat sini, jangan makan untuk satu hari yee
tengok nugget tue, saya lah yang makan sampai habis..hehe







muka senang hati, selepas makan banyak,hehe

thanks en. tunang

nanti kite pegi makan lagi yee


Makan Disini :





Monday, December 3, 2012

Sesi merasa makanan

Salam Readers




Sesi food testing dengan katering sebelah famili En Tunang
Hari Sabtu lepas saya, en tunang, bakal mak mertua dan bakal adik ipar 
telah pergi ke majlis kahwin orang yang kami pon tak kenal..
bertempat di Dewan Alamanda,Jasin Melaka
Tapi sebab masa en. tunang tak banyak masa lepas nie, 
pihak katering jemput kami datang majlis untuk rasa masakan mereka.
Hujan pon turun lebat masa kami datang, 
even tak kenal dengan tuan rumah tapi kami still lagi menjayakan sesi food testing,hehe


Perut pon dah berbunyi-bunyi..
Hujan pon turun dengan lebat..
sesi food testing bertukar kepada sesi makan tengahari kami :)




 Pok De Katering
alamat beliau:
Kampung Sialang Dalam
84900 Tangkak
Johor Darul Takzim

Tel: 06 - 978 8670 / 013 - 780 5037 ( En.Annuar )
       019 - 608 1140 ( En.Halim ) / 017 - 655 6331 ( En.Shamsul )


Cawangan :
No GL 28 , Jalan Cuepacs 2A , 
Taman Koperasi Cuepacs , 43000 Kajang , Selangor 
website

Ini adalah kepunyaan saya

Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Daging lembu masak kurma Acar Buah, Buah Oren, Air kordial hijau

Review: nasi briyani dia sedap dan lembut dimasak rata,
Ayam masak merah sedap, pedas dan tak terlalu berminyak
Kurma Daging pon sedap
Acar Buah: paling sedap, pedas, dan macam-macam jenis buah ada saiz pon besar :)
Air Hijau : erm..x sedap, maybe en.tunang dan famili nak tukar air lain
 bubur pulut hitam: agak cair kurang lemak, weee ade same opinion dengan bakal mak mertua tau
tapi en.tunang cakap da okey rasa dia.huhu
buah Oren: Masam, bakal mak mertua cakap bukan musim oren kot,hehe
 Ini kepunyaan en. tunang

Nasi briyani,ayam masak merah, kurma daging,acar buah, papadom, buah oren, air hijau

kuih muih juga disediakan..

i terpaksa laa cover sikit bila kena bagi komen pasal makanan nie,
yee laa..nanti tak nak laa his famili cakap i banyak komen pulak :)
bakal mak mertua, en. tunang dan adik dia dah take notes,
what they want & what they like
i tak kisah,sebab sesi food testing nie buat i kenyang sepanjang hari..
alhamdulilah..
ok, dah kenyang semua..
kami bersalam kesat dengan pihak tuan rumah,
sebagai tanda terima kasih :)














mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.