Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts
Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

First baby step.

Salam Readers

Sejak berkahwin belum pernah buat entri pasal rumah kami.
sibuk dengan hal yang lain-lain saje kan.

kali pertama menjejakkan kaki kerumah kami selepas berkahwin.
selepas 6 hari majlis akad nikah.
perasaan saya? haruslah bercampur campur.
teruja,happy,bahagia,sedih sikit sebab away from family.
mengada-ada sangat kan padahal lepas nie pon duduk dengan parents saya lagik.

ok.sampai depan rumah en suami suruh saya pejam mata.
sampai lah dia bukak kunci,bukak pintu.
saya rasa dah macam masuk rancangan house makeover pulak tau.

neves.
neves.
hai lah en suami.

surprise! boleh bukak mata sekarang.
first perkataan yang keluar daripada mulut saya.
bila bie buat semua nie????!!!

pusing-pusing keliling rumah.
rumah ada astro? alahai mesti sebab isteri selalu komen nak astro kan.
wah.nampak tak reaksi exsited tu??
kombinasi warna cat yang sama macam he told me before.
cuma saya jee yang selalu lupa apa aktiviti en suami.
bersusah payah cat rumah. sampai demam,huhu

alhamdulilah.
en suami dah lengkapkan rumah nie sebelum saya masuk.
terima kasih en. suami.

saya sayang awak.
sangat-sangat!

terima kasih.
walaupun si isteri cuma pulang kerumah setiap hujung minggu.
:)

Tuesday, February 5, 2013

Rumah Kami-bahagian 2

Salam Readers



Sebenarnya dah lama nak cerita pasal rumah kami.
tapi segan kat kawan-kawan semua sebab macam terlebih eksaited pulak.

Rumah sewa jee, belum mampu lagi nak membeli rumah sendiri.
nanti lah bila saya dah confirm kerja dekat mana baru lah teruskan next chapter.

En.tunang dah lama duduk rumah nie, dekat setahun jugak.
sekarang housemate dah pindah keluar.en.tunang dalam proses renovate sikit-sikit.

Warna cat pun en.tunang dah pilih.
Langsir rumah kami dah beli.haha, gigih pergi nagoya pergi beli langsir rumah kami nanti.
langsir pintu bilik dah beli jugak, kebetulan masa pergi ikea berkenan terus jee beli.

alhamdulilah perabot asas dalam rumah pon kami dah beli.
selepas survey banyak kali. rupa-rupanya en.tunang dah pergi survey banyak tempat.
set bilik tidur, sofa, rak tv, set meja makan, karpet.
saya rasa happy sangat. sebenarnya dah banyak kali saya bagitau en.tunang.
its ok if we start our new life as husband and wife from zero.
means takde sofa, or ape-ape perabot..
tapi saya rasa sangat bersyukur sebab diberikan teman seperti en.tunang.
sedaya upaya  sediakan keperluan untuk rumah kami nanti.

perihal mesin basuh dan peti ais pulak.
sebelum ini ada discuss tapi tak tau pulak yang en.tunang nak buat surprise.
kalau en.tunang tak terlepas cakap pasal dia dah cuci langsir rumah.
mesti saya pon tak tau.hahaha..

alhamdulilah. rasanya almost complete rumah kami :)
terima kasih en.tunang.
terima kasih sebab nak kawen dengan saya..

Monday, January 14, 2013

Rumah Kami

Salam Readers



Belum kahwin lagi tapi dah ade rumah kami pulak?hehe
hujung minggu lepas en.tunang balik kampung,
sebab dia tak sihat, tapi bila dah balik rumah jadi sihat pulak :)

Tujuan utama keluar dating nie sebab nak cari perabot bilik saya,
tapi sebab frust tak jumpa yang saya berkenan di hati.
kami pergi cari barang untuk rumah kami pulak.

jauh betul beli barang kan, rumah sewa kami nanti dekat putrajaya.
tapi membeli barang dekat muar..
tak kisah lah yang penting kami dah save bujet beli barang nie.
banyak jugak lah duit yang kami dapat save.
dua barang nie dapat save dalam RM70.00
murah kan..hehe

kipas berdiri & rak tv

beli sikit-sikit & basic things dulu,
nanti nak pindah rumah tak lah banyak sangat barang kan
bila nak pegi ikea nie? nak membeli barang rumah kami lagi :)

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.