Thursday, November 28, 2013

handphone rosak.

salam readers


tajuknya adalah handphone rosak.
handphone yang baru beberapa bulan berkhidmat,tak sampai setahun lagi.
ROSAK..alahai patutlah ada kawan-kawan yang nasihatkan masa nak beli barang hantaran jangan masukkan gadjet nie dalam list hantaran. tapi tak semua nya akan terima nasib yang sama macam saya kan.

kerosakan yang dialami? motherboard dia rosak dan kos untuk baiki rm600.00
pastu bila tanya dekat kedai tu nak trade in handphone nie berapa harga?
hahaha beli mahal-mahal tapi time nak jual nie dah mengalami depresiasi (eh betul ke ejaan)
yang sangat tak berbaloi ok. nak jual balik dah jadi rm 500.00 to rm550.00..
kos nak baiki lagi mahal daripada harga nak jual balik..macam mana tu kan..

si isteri dengan redha cakap dengan suami tak apalah jual jee laa daripada susah nak call.
nak sms yee lah sebab line network tak dapat langsung..apahal..
nak call parents, adik beradik nak kena pinjam handphone husband..
kan dah susah..husband pergi kerja pon tak tenang tinggalkan isteri kat rumah.
takut nanti sakit-sakit perut nak bersalin pastu handphone takde line network pulak..

akhirnya belilah handphone yang sepadan dengan harga jualan tadi.huhuhu
nanti ada rezeki kita beli lagi lah.

lepas nie beli handphone mahal-mahal lepas tu rosak lepas waranti tamat.
alahai tak berbaloi betul.

Wednesday, November 27, 2013

kerja baru lagi

Salam Readers


Selepas entry tak happy dengan tempat kerja hari tu kan.
saya kena berhenti kerja..atau lebih tepat di berhentikan kerja.
dengan alasan bos - bos tu nak tutup branch and cari another lawyer yang boleh handle that firm ikut macam standard yang mereka nak..well cubalah cari dan selamat berjaya.

perasaan masa tu?
rasa tenang dan tak emosi sebab dah janji dengan diri sendiri tak nak tunjuk yang saya sedih sebab hilang kerja nie. tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. berkecamuk sebab selepas graduate saya terus habiskan latihan dalam kamar dan terus berkerja..komitmen saya banyak yang perlu diselesaikan setiap bulan.

dan mungkin rezeki baby dalam kandungan nie.
hari yang sama..a few hours before ex-bosses nak berhentikan saya.
saya dapat another job offer..walaupun belum confirm lagi masa tu
at least hati rasa tenang..

this week saya dah start dekat tempat kerja baru.
lebih dekat daripada rumah & tempat kerja suami..
tak perlu nak membayar tol untuk sampai tempat kerja..
tak perlu nak meredah trafik jem macam di shah alam dulu..
alhamdulilah walaupun job tak sehebat & tak semewah yang ex-bosses offer.
tapi saya rasa tenang sebab tak perlu lagi nak fikir apa nasib saya untuk di marah & di maki hamun lagi.
walaupun tengah sarat mengandung tapi rezeki ada dimana-mana..
jangan pernah berputus asa sebab kita hanya mampu merancang kehidupan kita..
Allah yang tentukan sama ada rezeki itu milik kita atau milik orang lain.

sebagai peringatan untuk diriku & orang lain.
hidup ini seperti roda yang berpusing..
tak semestinya kita akan sentiasa berada diatas.
jangan pernah pandang rendah pada orang yang berada di bawah.
kerana mungkin suatu hari kita akan berada di bawah.
dan mungkin orang yang kita pandang rendah yang akan sudi membantu disaat kita susah.



Wednesday, November 13, 2013

Dugaan Dah Nak Bersalin

Salam Readers



My baby is good,healthy dan sangat - sangat lah baik dengan mummy dia.
tapi my biggest dugaan adalah dekat tempat kerja nie.
dugaan dengan bos, environment kerja, staff..
semua tu buat saya pressure sangat..
dah tak ada hati lagi nak kerja sini.

tapi demi baby.
demi husband.
saya bertahan sampai dapat kerja baru.
percaya setiap anak ada rezeki masing-masing.

Ya Allah beri lah kekuatan untuk ku.
untuk menghadapi semua dugaan mu ini.
kau jauhkan lah aku daripada orang-orang yang kejam dan zalim.
Berikanlah aku rezeki yang lebih baik daripada ini.

walaupun anda majikan yang membayar gaji saya.
tapi anda tiada hak untuk memaki hamun saya dengan kata-kata kesat.
mungkin orang lain boleh terima tapi saya rasa saya tidak perlukan kata-kata kesat itu.
saya percaya dan nampak anda seorang peguam yang banyak job.
memiliki pejabat peguam yang dipenuhi berpuluh-puluh file untuk diselesaikan.
memiliki staff & peguam yang hebat walaupun setelah di maki hamun setiap kali salah.
memiliki kereta mewah dan networking yang sangat luas.
selalu bercakap bahawa duit bukan masalah bagi anda.
orang lain mungkin hormati anda.
tapi rasa hormat saya pada anda dah hilang disaat kata-kata kesat itu dikeluarkan.
saya dah lama maafkan tapi kesan daripada kata-kata itu masih ada dalam ingatan lagi.

kita semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
setiap orang ada rezeki masing-masing..cuma cepat atau lambat sahaja.
lebih baik menjadi orang yang bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

saya harap saya tak akan jumpa orang macam anda lagi seumur hidup saya.



I'm not happy with this works

Salam Readers


right now..memang rasa sangat tak happy dengan this firm.
sebab apa? banyak sebab..
banyak kali cakap dengan diri sendiri jangan give up..
buktikan pada mereka you can do it.
tapi ini sebaliknya yang terjadi.

semasa interview banyak yang dijanjikan.
tapi selepas saya masuk office nie.lain pulak ceritanya.
gaji dikurangkan.komisen dikurangkan siap ada syarat komisen hanya untuk kes yang saya bawak masuk sendiri. sebulan kena start keje dekat shah alam.. semua tu saya anggap cabaran sebab saya dah berhenti dekat tempat lama tak kan sekarang nak senang-senang berhenti dekat tempat baru pulak kan..lagipun sekarang tengah pregnant..fikir lagi sapa nak ambil orang pregnant nie..
office hours 9-6 isnin sampai jumaat..tapi semua orang macam workaholic gila dekat sini.
lunch hour pukul satu tapi pukul 3 baru dapat pegi makan..pukul 6 sepatutnya balik tapi 6.30 bos baru nak buat meeting.. saya bertahan sebab fikir saya akan kerja dekat branch bangi dan bukan shah alam.
bertahan lagi.
demi baby demi suami..demi masa depan keluarga & kerjaya.

masuk bulan kedua.
start masuk office branch bangi..
tapi saya nie memang kena tipu lagi. this is not bangi lagi kot.
ini bukit mahkota, poskod pon dah kajang. masuk-masuk office kosong.
cuma ada partition staff, komputer dan bilik-bilik kosong..berserta seorang staff.
masih lagi bersabar. walaupun dalam hati aku nie macam tak normal kerja dekat tempat macam ini.
mula-mula saya masih boleh bersabar bagi tunjuk ajar ku sifu dekat staff nie.
tapi lama-lama saya pulak rasa menyampah.macam mana boleh buat interview dan pick this staff???
masalah pertama yang saya perasan.
1. akak nie cakap dia dah ada experience kerja kat mahkamah tapi tak tau guna komputer.
 skill komputer memang lah takde.aduhai nak tukar font surat pon tak tau.. saya suruh dia buat surat yang memang dah ada soft copy just tukar particular tapi ambil masa 2 jam..saya test dia bagi kerja paling senang..susun dokumen yang saya dah print.alahai it takes 3 hours tau..padahal saya dah ajar dia dokumen yang akan keluar dekat mesin potostate tu dah collate (dibahagi bahagikan) unless dia campur adukkan pages memang lah dah kelam kabut. tapi itu lah yang terjadi. rasa nak pecah kepala saya ajar dia.

2. mungkin sebab faktor umur.. dia dah dekat 46 tahun..kalau saya ajar banyak sangat dia akan pening. tak apa saya memang boleh faham tu semua.tapi tapi tapi tapi...kenapa lah lama-lama saya bagi cadangan dekat  akak tu untuk cari kerja lain.tapi dia insist dia boleh buat kerja lagi. fine saya memang dah hampir-hampir hilang kesabaran kadang-kadang. obviously yes. akak dah sebaya my mum dah tau tak kan saya nak marah-marah akak lagi.its not nice kan.

panjang lah pulak kan..nanti sambung lagi..




mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.