Wednesday, January 9, 2013

Kompilasi Majlis kahwin Kawan-kawan 2012

Salam Readers




huh.macam tajuk album kan?
Kompilasi majlis kahwin kawan-kawan 2012..
tujuan kompilasi album nie sebab kekurangan masa untuk update,hehe
majlis-majlis ini semua berlangsung penghujung & pertengahan
 2012..
ada jugak kawan-kawan lain yang berkahwin tapi sebab yang tidak dapat dielakkan
saya tak dapat hadir,tapi still lagi nak update entri majlis dieorang
adil kan,hehe

Mereka sudah..


 Tahniah Ain dan Pasangan
Secondary school classmates


Tahniah Olin & Pasangan
 Secondary school classmates


 Tahniah Jojo & Pasangan
study at law school  classmates together!


 Tahniah Dr.Fed & Pasangan
Secondary School classmates


Secondary school classmates


 Tahniah Tacha & Pasangan
Secondary school classmates




Tahniah Zurina & Pasangan
study at law school together, best friend i ever had
kamilah geng jalan-jalan,hehehe
Semoga jadi mummy yang baik tau,hehe
Tahniah Elina & Nazir
en tunang bff


tahniah untuk kawan-kawan yang telah menamatkan zaman bujang mereka,
semoga menjadi pasangan yang bahagia,sehingga ke syurga. amin

Tuesday, January 8, 2013

A Present From Him

Salam Readers



Dear en.tunang
thanks a lot
i Love it 
Much 
:)

Baju Untuk Keluarga

Salam Readers


Baju untuk saudara mara perempuan dah beli 
agak susah lah nak cari warna peach, 
kalau nak beli kain yang tak bercorak memang banyak,
banyak jugak lah kedai kami masuk..
tapi akhirnya kami beli dekat kedai yang pertama kami masuk

my mum yang pilih design dan corak nie
hehe, harap-harap mak cik -mak cik saudara saya suka lah
nak beli yang lagi best dan mahal saya tak ade bujet sangat 
beli bahan untuk buat baju untuk 8 pasang..


ini lah pilihan hati my mum untuk adik dan kakak-kakak dia


hasil mix and match bahan tadi
saya match kan dengan kain kosong warna peach
sebab nak dapatkan warna peach yang banyak,hehe

alhamdulilah, harga pun berpatutan..
tapi sebab saya dah niat nak belikan mak cik-mak cik baju
dapat 8 pasang dengan harga rm2++
 
okey,lepas nie kena belikan baju untuk cousin perempuan
baju untuk pakcik-pakcik, malam tadi saya dah kira ada 15 orang semuanya
macam rasa nak demam jugak lah bila kira ada 15 orang
bukan apa, tak nak ada yang berkecil hati, 
adik beradik sebelah ayah & adik beradik belah my mum
its ok,asalkan ayah & my mum puas hati
 

Monday, January 7, 2013

Kaki & kasut

Salam Readers



Apa perasaan anda bila dah dapat kasut yang berkenan di hati, warna yang mengamit memori,hehe
tapi tiba-tiba bila dah try tak boleh fit well dekat kaki..
sangat kecewa kan..
saya pon kecewa tau..

normal kah kaki ini?
bila sebelah size 7 dan sebelah lagi size 6 setengah

terpaksa lah lupakan kasut yang cute tadi 
Demi keselesaan kaki kan..
terpaksa lupakan jenama kasut yang sangat best tadi
demi keselesaan kaki..

Tips beli kasut :
DO's
Beli di siang hari terutamanya waktu petang
motif: waktu yang sesuai sebab masa nie 
kaki kita akan berada di saiz yang sebenar. 

Pakai kedua-dua belah kasut tadi, berdiri tegak dan pusing-pusing dekat kedai tadi
motif: sebab nak pastikan kasut nie betul-betul selesa dengan kaki kita

Pastikan saiz kasut dengan saiz kaki sepadan
motif: kalau terlalu sempit atau longgar nanti susah lah
sebelah dah okey,tibe-tibe bila berjalan tercabut pulak sebelah lagi..
haha ini pengalaman sendiri yee, kasut yang cantik tapi saiz lak problem


DONT's

Jangan beli waktu pagi sebab kaki belum pengembang dengan ukuran yang maksimum

jangan try sebelah kaki jeee lepas tu sambil duduk..mana tau kaki korang macam kaki saya,
nanti sebelah ok,sebelah lagi tak ok..rugi tau

boleh ke beli kasut based on saiz jee? tapi kita tak try? huhu maybe ade orang boleh

jangan beli kasut yang ketat..tapi saya selalu dengar orang kedai kasut tu cakap, nanti kasut boleh mengembang,so lebih baik ambil saiz yang ketat sikit..tapi sebenarnya kita kena ambil saiz yang betul-betul sesuai & selesa dengan kaki tau

shawl halfmoon shape

Salam Readers



Cubaan..

cubaann..

test 1..

test 2...

first time pakai shawl halfmoon shape..
tidak lah secantik lynda Roslan..
hui hui sangat jauh berbeza yee, dia sangat gorgeous..

sebab saya dah lambat masa nie..
nak pergi kenduri kahwin
tak sempat nak lilit macam lynda roslan, pakai sahaja lah



 first attempt..
nasib baik tak beli dekat radiusite itu.
hui hui.. macam tak berapa sesuai dengan saya lah..

checklist barang hantaran

Salam Readers



Finally..
at last ada jugak progress nie..
selesai sudah pencarian barang-barang hantaran untuk en tunang
lepas nie dah tak perlu nak fikir-fikir, mimpi-mimpi..
pasal barang-barang hantaran kan..hehe

few thing memang dah beli early before..
last week..in one day kami pergi cari barang-barang hantaran
penat kaki..

Checklist barang hantaran untuk en.tunang
1. kasut
2.Baju & Seluar
3.Kamera
4.Jam
5.Sejadah (al-Quran & songkok)
6.Sunglasses
7.
8.
9.

item nombor 7,8 & 9 belum lagi sebab dalam kategori makanan dan bunga so kena simpan dulu

wedding ring for him -done


Checklist barang hantaran untuk cik tunang
1.handbag
2.kasut
3.telekung & al-Quran
4.handphone
5.make up
6.jam
7.
Item nombor 7 (sirih junjung)

dah lame tunggu nak shopping without thinking so many times..
before this kena berpuasa lah..
sebab nak kahwin..hehe

Friday, January 4, 2013

K.E & Wan Nazirah Wedding

Salam Readers



K.E is one of En.Tunang Bff (Best Best Best Friend Ever) hehe
Tahniah kepada pasangan pengantin nie..
lepas nie dah kena lupakan Girl Generation tau k.e,haha


 Cantik kan Royal Blue pengantin nie,
First time saya berjumpa dengan pengantin perempuan,
kiranya dapat sorang lagi kawan baru lah :)
 one thing that i learn in this relationship
his friend also jadi my friend (especially wife laa kan)

Ini semasa majlis resepsi sebelah pengantin perempuan
dekat jitra kedah, saya punya lah excited sebab dapat balik kedah
negeri tempat saya mencari ilmu selama 4 tahun nie, hehe rindu
tempat jatuh lagi dikenang, ini kan lagi tempat bersusah payah dapatkan degree


Ini pulak masa sebelah pihak lelaki
suke laa tu en. tunang dapat jumpa bff die,hehehe
tiba-tiba warna tudung satu tema pulak dengan baju pengantin,hehe
pengantin pakai warna gold dan purple, sweet jugak..
rumah lelaki dekat merbuk,sungai petani, kedah
so orang kedah dapat orang kedah lah nie kan
tapi next time kita jumpa kat kl jee laa yee..hehe

lepas nie jumpa dekat johor pulak yee :) 
 majlis kami pulak,hehe


Nah, dapat gambar tepi pelamin pon jadik

lelaki ini


Salam Readers



lelaki ini..

tengok tv tapi reaksi muka macam tengah marah

confused i sekejap..

haha..

rasa macam dia tengah bergaduh dengan siaran tv tu,,

siap berkerut dahi

Another 76 Days to go dear..

Rasa Excited + Blushing

Salam Readers



Selalu tengok orang lain update status or update blog..
but now it happen to me ..hehe

kisah kad kahwin yang saya dah tempah haritu..
draft dah dapat..

bila baca & tengok kad kahwin sendiri..
rasa macam tak percaya pulak,
memang betul-betul nak kahwin..

nasib baik dalam bilik office nie saya sorang,
kalau tak mesti malu..
rasa macam dah blushing - blushing masa baca kad kahwin sendiri,

en. tunang lagi lah teruk..
siap print colour lagi,haha
saya print black & white jee okey,hehe

after a few amendment, tukar sana sinie
map ada salah sikit, confirm dengan designer tu balik,
re-do again..
finally..
alhamdulilah



akan datang :)

interview kahwin

Salam Readers



Yeay!!
alhamdulilah interview dengan pejabat agama dah selesai

pagi rabu, ditemani en. tunang..
saya pergi pejabat agama yang berhampiran,
en. tunang on leave so dia boleh lah hantar saya..

sampai pejabat agama dalam pukul 9.00 pagi,
datang awal sebab saya tak ambil half day atau cuti pagi tu..

semua dokumen - ok lengkap
my side and his side
all checked

en. tunang tunggu dalam kereta..

alhamdulilah semua urusan berjalan dengan lancar
orang yang datang interview pon tak ramai
ustazah yang interview pon ade

bagi dokumen dekat kaunter,
nanti dia tanya kahwin dengan orang satu negeri atau tidak
bayar rm20-00
tapi kakak kaunter tak ade resit..
hai laa..

tunggu jap..
ok kene interview dekat meja depan kaunter
so nasib lah semua orang yang lalu boleh nampak

soalan-soalan nya:
1. mengucap dua kalimah syahadah berserta makna
2. bacaan doa iftitah
3. niat solat maghrib
4. jenis-jenis najis berat & cara menyucikannya
5. tanggungjawab suami terhadap isteri

sejujurnya ada lah jawapan yang terkurang dekat sana sini
nasib baik ustazah tu tolong dan meredakan gemuruh i tu..
LULUS

okey, at this time saya pulak yang banyak tanya dekat dia
ala..tanya dekat ustazah macam mana nak hadapi situasi sebagai isteri
yang kemungkinan akan long distance/week day untuk beberapa ketika nanti
hubungan dengan bakal mertua & responsible seorang suami 

ustazah bagi nasihat:
banyak-banyak lah bersabar
lagi-lagi kalau selepas kahwin duduk asing-asing
dugaan yang lagi hebat & berat

lepas tu tunggu dia proses borang
kakak kaunter tu bagi senyuman & ucapan selamat berbahagia :)

dah boleh kahwin,hehe

Wednesday, January 2, 2013

salah faham di tahun baru

Salam Readers

tersalah faham di awal tahun 2013

Semalam 1/1/2013
macam hari-hari cuti yang lain
kemas rumah..
tolong my mum masak sebab en.tunang & family 
nak datang rumah..
 ooh rasa sangat bahagia 
bercuti-cuti dirumah


dah petang baru dapat tahu..
sebenarnya johor mana ada ambil cuti awal tahun

ooooo..
nervous tiba-tiba
haruslah tak sama dengan en.tunang 
sebab dia dekat kl..
kl kan cuti????

hari nie,
masuk office..
"bos saya mintak maaf semalam saya ingat johor cuti" 
bos okey jee tapi, saya laa yang malu,hehe

sekian.

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.