Showing posts with label Prosedur Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Prosedur Kahwin. Show all posts

Friday, January 4, 2013

interview kahwin

Salam Readers



Yeay!!
alhamdulilah interview dengan pejabat agama dah selesai

pagi rabu, ditemani en. tunang..
saya pergi pejabat agama yang berhampiran,
en. tunang on leave so dia boleh lah hantar saya..

sampai pejabat agama dalam pukul 9.00 pagi,
datang awal sebab saya tak ambil half day atau cuti pagi tu..

semua dokumen - ok lengkap
my side and his side
all checked

en. tunang tunggu dalam kereta..

alhamdulilah semua urusan berjalan dengan lancar
orang yang datang interview pon tak ramai
ustazah yang interview pon ade

bagi dokumen dekat kaunter,
nanti dia tanya kahwin dengan orang satu negeri atau tidak
bayar rm20-00
tapi kakak kaunter tak ade resit..
hai laa..

tunggu jap..
ok kene interview dekat meja depan kaunter
so nasib lah semua orang yang lalu boleh nampak

soalan-soalan nya:
1. mengucap dua kalimah syahadah berserta makna
2. bacaan doa iftitah
3. niat solat maghrib
4. jenis-jenis najis berat & cara menyucikannya
5. tanggungjawab suami terhadap isteri

sejujurnya ada lah jawapan yang terkurang dekat sana sini
nasib baik ustazah tu tolong dan meredakan gemuruh i tu..
LULUS

okey, at this time saya pulak yang banyak tanya dekat dia
ala..tanya dekat ustazah macam mana nak hadapi situasi sebagai isteri
yang kemungkinan akan long distance/week day untuk beberapa ketika nanti
hubungan dengan bakal mertua & responsible seorang suami 

ustazah bagi nasihat:
banyak-banyak lah bersabar
lagi-lagi kalau selepas kahwin duduk asing-asing
dugaan yang lagi hebat & berat

lepas tu tunggu dia proses borang
kakak kaunter tu bagi senyuman & ucapan selamat berbahagia :)

dah boleh kahwin,hehe

Wednesday, December 26, 2012

Hiv test - Done

Salam Readers


Sambungan entri ini
Pagi tadi sebelum pergi kerja..
singgah terus dekat klinik kesihatan

daftar borang dekat kaunter pendaftaran.
tak ada kena bayar pape
terus pergi ke bilik ambil darah
duduk betul-betul dekat pintu masuk
tengok kakak mengandung nie keluar bawak 1 tiub darah
dalam hati dah terdetik..
banyaknye darah dia ambik
en. tunang cakap ambil sikit jee,
terus sms en.tunang,huhu

lepas tu giliran pak cik nie pulak..
dari luar dah dengar nurse tu bising
"pak cik macam mane nie darah tak keluar"
uii
saya dah takut


sampai giliran saya
ok.saya nak buat hiv test
kita ambil darah dekat hujung jari yee

lega.tak sakit
beberapa saat dah dapat result


alhamdulilah
next step

Monday, December 24, 2012

HIV test

Salam Readers



Pagi tadi sebelum pergi kerja..
saya singgah dekat klinik kesihatan yang berdekatan
tujuannya adalah untuk membuat HIV test


Memang tak ada niat nak buat hari ini..
sebab nak tanya sama ada boleh buat terus tanpa temujanji atau tidak
ramai orang yang sedang menunggu..
sebab hari ini adalah hari pesakit luar


hasilnya:

1.Boleh buat ujian HIV secara walk in
2.pagi start dalam pukul 10.00
3.keputusan boleh dapat on the spot/serta merta
4.kena bawak borang hiv test daripada pejabat agama johor
5.isi borang yang diberikan oleh kaunter pendaftaran tu

ok.
hari rabu pagi nak pergi
en.tunang dah buat dekat selangor
tak sakit katanye

ok.
i'm a big girl
tak takut jumpa doktor :)


~saya dah isi borang~
 

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.