Wednesday, October 17, 2012

Cuci mata di Nilai 3

Salam Readers



Selamat Datang Ke Nilai 3 :)


















Pertama kali menjejakkan kaki di Nilai 3..
Cuaca sangat lah panas entah berapa suhu darjah celcius hari tue..
Tapi dengan semangat yang berkobar-kobar dengan En.Tunang, kami gagahkan jugak,
Ramainya orang yang macam kami berdua, hehe mesti tengah survey-survey barang kahwin..


















Antara banyak-banyak kedai, kedai ini yang paling selesa..hehe
Susun atur dalam kedai, decoration pun sedap mata memandang,
Harga barang-barang kat sini lebih kurang dengan harga barangan dekat ayer hitam,
tapi dekat sini lagi banyak pilihan..so boleh lah kalau nak cari lebih banyak pilihan..
sebab kedai yang kami masuk sebelum ni tapi tak ingat nama kedai tu..
Sangat lah tidak teratur, sampai nak jalan pun terpijak barang-barang yang bersepah-sepah dalam kedai..
Nak cari barang pon pening..walaupun harga barangan dekat kedai tu lebih murah tapi pening lah nak pilih dalam keadaan yang tak selesa kan.



















Kami cuci mata dekat KK Home Deco, walaupun kedai nie ade dekat mana-mana, dekat Melaka pon ada,tapi nak masuk jugak..sebab teruja dengan banner sale 50% kat luar kedai..Orang pon ramai yang datang sini, tapi kami tak jadi teruja lepas tengok semua barangan sale untuk ahli sahaja.. sepatutnya letak banner 50% discount untuk ahli sahaja kan senang, huhu..



















Kalau pergi Nilai 3, sila pastikan anda tak pergi sorang-sorang yee, saya rasa dekat sini sangat bahaya sebab terlalu ramai warga asing yang menjual karpet, tudung, perabot daripada kayu..
Setiap lorong dekat Nilai 3, dimonopoli oleh warga asing, bayangkan kedai karpet Baryali boleh ada di setiap lorong..sangat lah hairan..so my dear friends make sure aspek keselamatan nie yee..

















Tapi memang tak dinafikan harga karpet dekat sini murah..
Berbaloi kalau nak beli untuk keperluan rumah  :)




















Terjumpa artikel ini dekat internet dan saya sangat setuju..
yang saya perasan pakcik makcik jual air kat tepi kedai tu jee yang melayu..




3 comments:

  1. Setuju...memang ramai org luar yg meniaga kt nilai 3 tu...kalau pg weekdays x ramai org sgt.tp kedai kt sane tutup cepat.kalo keje x sempat.huhuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time pergi sane..rasa terkejut sebab ramai sangat orang pakistan..hehe

      Delete
  2. arghhh... masih tak berkesempatan nak shopping kat sana.

    ReplyDelete

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.