Friday, June 7, 2013

Buku Pink

Salam Readers

Semalam dah buat buku pink.
buat sorang-sorang sebab husband jauh.huhu
takpe saya boleh buat.

banyak jugak lah prosedur.
beberapa kali kena ambil darah.
bukak baju.
scan perut.

tapi ada problem pulak.
kena refer hospital besar.
another date kena jumpa doktor pakar pulak.
macam-macam hal yang timbul.
harap-harap nothing serius.

menitis jugak lah air mata.
sebab takut ape result lepas jumpa doktor pakar nanti.

husband lagi lah sangat risau.
setiap minit call.

tapi semua risau tadi hilang bila.
doktor scan perut.
baby tengah berpusing-pusing dua kali.
alhamdulilah.
syukur.

2 weeks lagi kena datang scan.
nak tentukan tarikh EDD yang baru.
 

Wednesday, June 5, 2013

hehehe..

Salam Readers

hehehe.
cerita pasal baby pulak


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel 

credit to: Kelab Soal Jawab & Bakal Ibu Jom Hamil

Wednesday, May 29, 2013

happy birthday husband

Salam Readers


dedicated this entry for my beloved husband.


selamat ulang tahun kelahiran yang ke --
semoga en suami sentiasa diberikan kesihatan yang baik,
dimakbulkan segala impian dan harapan, 
semoga en suami sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.

terima kasih sebab selalu cuba menjadi suami yang terbaik untuk saya.
terima kasih sebab selalu cuba memahami perubahan hormon saya nie.
terima kasih sebab mencuba menjadi daddy to be yang terbaik untuk our little love.
terima kasih kerana awak suami saya.
 terima kasih sebab cinta kan saya.

I love U husband.
:)


tetiba rajin update blog.
mungkin petanda diri ini dah tak malas-malas lagi,hehe






hatiku lega.

Salam Readers

lega betul rasanya.
hari ini dah submit notis untuk resign.
lega.
even though perasaan masa nak bagi tu bercampur baur.
demi suami tersayang.
tapi kena tunggu 3 bulan jugak.
end of august.
lepas raya lah.
kalau betul rezeki dekat tempat kerja baru tu memang untuk saya.
insyaallah.

:)

Tuesday, May 21, 2013

kemalasan.

Salam Readers

maaflah kalau ada sesiapa nak baca blog tapi.
blog tak update2.
tuan punya blog berada ditahap kemalasan paling optimum.

baru baik demam+gastrik+sakit perut+dll
tiba-tiba tak suka bukak blog.tak suka bukak facebook.

sekarang dah okey sikit.
nanti boleh update blog nie.

:)


Friday, May 3, 2013

Bridal-Review

Salam Readers

eh.eh.
banyak-banyak entri rupanya tak pernah bercerita pasal 
bridal saya nie kan.
pengantin yang dah tak baru ini nak review pasal bridal.hehe

Bridal saya:
Firmah Bridal House

Facebook

Pemilik

Lokasi:
No.1A, Jalan Raja 1,
Taman Sri Raja,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat Johor

Bridal ini saya search by facebook.
tak pernah dengar nama dan tak pernah kenal pon sebelum ini.
sebelum itu saya dah buat senarai bridal dekat-dekat area muar,tangkak.
bridal dekat area rumah pon saya dan encik suami dah survey.
tapi pelamin,baju dan solekan mereka biasa-biasa jee.
harga lebih kurang dan tak berbaloi dengan nilai yang kami kena bayar.
haha,tengok demand kan.

terjumpa facebook firmah bridal house.
saya dah tersuka kali pertama tengok.
kami terus buat appoinment untuk datang kedai.
masuk kedai nampak gaun putih untuk majlis bertandang.lagi lah jatuh cinta.
seminggu lepas itu.terus booking date.
masa tu baru bulan 11 tahun 2012.
awalkan.

bulan berganti bulan.
3 hari sebelum majlis kami baru nak pergi fitting baju.
sebab sebelum ini kami nak pakai baju lain.
tapi sebab baju baru lagi cantik kami tukar.
Alhamdulilah.

inilah hasilnya


 jurumekap firmah bridal pakai sarung tangan masa solekkan saya.
jangan risau sebab dah jadi misi & visi mereka untuk;
menyediakan perkhidmatan andaman MUSLIMAH mengikut tema dan trend terkini.
merealisasikan konsep atau tema perkahwinan mengikut kehendak pelanggan

Firmah bridal house.staff & daus sendiri sangat friendly dan senang untuk diajak berbincang.
bila orang layan kita baik-baik mesti kita rasa happy kan.
terutamanya bila kita nak kan service yang terbaik daripada mereka.
 baju terbaru dieorang pon bertambah-tambah cantik.
sesiapa yang nak kawen area-area muar,batu pahat.
bolehlah dapatkan khidmat mereka.

wah dah macam promosi tak berbayar pulak.haha.
semoga saya dapat membantu b2b yang kat luar sana.
:)
 

mengidam ini.

Salam Readers

mengidam ini.
ooh ayat yang lebih sesuai.
teringin nak makan ini.

kena tunggu en suami balik.
nak ajak makan ini.

dah lah berbulan tak update entry baru.
tiba-tiba update pasal ini jee.

mengidam??
bukan.
teringin jee..
hehe.

bihun tomyam.
glup.
sedapnya..

semenjak kebelakangan ini.
pergi mana-mana mesti kena bawa ini.
perut saya macam ada banyak angin.
setiap kali rasa tak selesa.
kena pakai minyak cap kapak.
setiap hari rasa tak selesa tau.

Wednesday, April 24, 2013

Review-Pelamin Nikah

Salam Readers
Mari baca entri pelamin nikah saya.
walaupun dah jadi pengantin tak baru lagi.hahaha
sebelum ini kan saya pernah buat entri nak buat pelamin nikah sendiri.
inilah hasilnya
sepatutnya jadi pelamin mini.tapi ikut ukuran ketinggian rumah.
dah jadi tinggi dan besarlah ruangan pelamin saya.
 tok kadi tengah tanya soalan.
rasanya masa nie tok kadi mintak ayah saya tanya saya.
"anakku sudikah engkau dinikahkan dengan si dia?"
hahaha.haruslah saya jawap saya sudi :P

suasana semasa nikah.
gambar ini OP yang ambil.
pelamin tu.sepatutnya saya duduk dekat atas stage.
tapi segan sebab ramai orang kan.
decoration yang saya gunakan semuanya recycle barang-barang yang saya ada.
sangkar.bunga dekat tepi pelamin.
payung lace.giant tissue flower.

pandangan pelamin daripada depan.

inilah hasilnya kalau sibuk nak diy pelamin nikah sendiri.
tapi saya sangat puas hati sebab dapat hasilkan pelamin yang saya nak.
 

Monday, April 22, 2013

Selamat UlangBulan Yang Pertama Suami.

Salam Readers


dearest husband.
Hari ini genap sebulan usia perkahwinan kita.

 semoga kita akan sentiasa bahagia.
terima kasih kerana selalu menyintai & menyayangi saya.
 sentiasa bersama dalam senang dan mendengar segala keluhan.
terima kasih sebab menjadi suami yang sangat baik.

selamat ulangbulan yang pertama.
terima kasih en.suami.


ikhlas daripada:
*kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada isteri :)

Thursday, April 18, 2013

Makan di BP Bariani Power

Salam Readers

kenapa saya asyik update entri makan?
pukul 12 lebih nak tunggu lunch mula lah fikir nak update pasal makan.

makan!

kali nie nak cerita pasal tempat makan nasi briyani yang paling best sekali.
sedap sampai teringat-ingat tau!
mari kita lihat menu.
nasi briyani yang paling sedap.
saya pilih nasi briyani gam ayam.
eh betul ke nama dia nie.lebih kurang
Daging yang sedap.
gravy dia rasa manis-lemak.
kambing bagi sesiapa yang sukakan 
beriani kambing boleh cuba ini.
Ayam goreng berempah berserta rempah-rempah tu.
sos dia memang sedap. ada rasa halia dan serai.huhu
jelatah timun yang rangup dan dipotong besar-besar.
Acar Buah.nyum nyum.
nampak gemuk-gemuk kan.tapi saya belum cuba ini.
kedai nasi briyani yang paling sedap nie terletak di batu pahat,
tapi bukan dekat depan hospital pantai tu.medan selera.
tapi kedai nie dekat-dekat area hospital lama batu pahat.
kawasan kedai tak sibuk sangat,nak cari parking pon senang.
cuma kalau ada ramai pelanggan awak kenalah tunggu kerusi meja kosong.
kawasan kedai yang bersih.pelayan pon cepat jee sampai.
alahai.teringin pulak nak makan kat sini lagi.
saya pergi makan kat sini sebelum fitting baju kahwin.
memang lah sangat bagus idea tu kan kan.hahahaha
selamat mencuba kawan-kawan.
sila tengok website ini.
Cawangan Batu Pahat:
No.18, Jalan Tukas 2,
Taman Soga, 83000,
Batu Pahat, Johor
Cawangan Melaka:
Lot 33, Tesco Melaka No.1,
Jalan Tun Abdul Razak,
75400, Peringgit, Melaka.

semua gambar diambil daripada website BP Bariani Power,
sebab kami dah selamat makan baru ingat nak ambil gambar.

Wednesday, April 17, 2013

Makan di Chucuk Chucuk, Melaka

Salam Readers

Mari update kisah makan-makan lagi.
tengok gambar-gambar dalam handphone.
baru nak update.

chucuk-chucuk? apakah.
saya pun baru dengar melalui en suami.masa tu masih lagi en tunang.
sama macam kita makan steamboat/yong tau fu.
tapi bezanya bahan-bahan tadi semua di cucuk pakai lidi satay.




gambar selepas habis makan.
ada tiga jenis sos yang disediakan.
kami pilih kuah kacang.barulah rasa lain sikit.

macam inilah.
gambar nie google image jee.
ada macam-macam pilihan.
google lagi.

untuk maklumat lebih lanjut.
try tengok fb mereka.

 Chucuk-Chucuk Halal Satay Celup
653 B, Jalan Delima 3,
Taman Bukit Melaka,
75450 Bukit Beruang,
Melaka

masa saya pergi suasana sunyi jee.
lagipun kedai nie satu baris dengan kedai makan cina.
tapi depan kedai ada macam medan selera.
so takdelah sunyi sepi sangat.

komen saya?
ok. biasa-biasa saja.



mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.