Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Friday, October 11, 2013

scan 3d/4d our baby

Salam Readers


Plan untuk scan baby 4d memang dah lama..
puas survey klinik yang berdekatan dengan rumah.
klinik dekat putrajaya nie pulak hari ahad tutup.pelik..
nak kata tutup awal tak jugak sebab memang most of them tak buka on sunday.

makanya suami dan isteri pergilah google klinik area sri kembangan.
ada..tapi dah tutup, most of them yang provide 4d scan hari ahad bukak sampai pukul 4.30.
tunggu papa cuci kereta jee dah pukul 3 kan..memang tak sempatlah..

at last kami try cari area puchong utama.
jumpa poliklinik Medi Nur..
tapi untuk scan 4d kena buat appoinment dan hanya doktor boleh tentukan bila..
malam tak boleh buat and only during weekdays jee..kami suami isteri nie dah lah hari-hari
balik kerja sampai kat rumah pukul 8 malam..mana lah nak sempat kan..
poliklinik nie charge rm 100.00 tapi kalau kita nak buat cepat dia akan arrange doktor lain..
tapi kena tambah rm20.00 so jadi rm 120.00 pulak..mahal.

sederet dengan Medi Nur ada klinik sofea..
yaiy..kat sini boleh buat scan 4d walk in sahaja.
tak perlu appoinment & charge rm90.00 dapat cd boleh tengok puas-puas kat rumah.
doktor perempuan pulak tu..

tapi baby sangat pemalu nak tunjuk muka dia dekat mummy & papa.
instead of tunjuk muka dia tunjuk kaki dia pulak..hahaha
dapat lah tahu jantina dia nie kan..dah dua kali kami buat scan baby asyik tunjuk kaki sesy dia.
dapat dengar heart beat baby..laju tapi normal..
papa dia speechless terus bila dengar heart beat baby..
mummy dah biasa sebab dekat klinik kesihatan nurse selalu bagi dengar kan..

doktor cakap maybe dalam 1 or 2 weeks lagi boleh scan untuk tengok muka baby.
masa tu baby dalam kedudukan songsang..so muka tak dapat nak tengok..
doktor cakap sekarang berat baby dah 1.22kg which is normal..
air ketuban semua cukup..baby pon aktif gerak-gerak..

sebab kami tak dapat buat 4d doktor charge rm50.00 sahaja.
balik dengan hati yang gembira & bawak salinan gambar kaki baby.hehehe


































Baby.. we are happy & excited having you in our life baby :)

Thursday, June 20, 2013

scan lagi.

Salam Readers

pagi tadi ada appointment dengan doktor.
nak scan baby lagi.

apa baby tengah buat kat dalam tu?
hehehe.

pergi sorang-sorang.
takpe nak buat simple check up jee kan. :)

timbang berat badan.naik sikit
tekanan darah ok.
urin ok.
alhamdulilah

alamak doktor lelaki pulak.sabar jee lah.
bila scan kali nie baby gerak-gerak sikit jee.
tak macam scan yang pertama.
tapi saiz baby kecil dua minggu.
macam doktor yang scan dulu bagitau.
saiz baby kecil.

insyaallah. kalau diizinkan Allah
25/12/2013 

sayang sila membesar dengan sihat dan jangan naughty :P
 

Thursday, June 13, 2013

Buah Delima

  Salam Readers


buah delima yang merah 

orang kata buah delima ada banyak khasiat untuk ibu mengandung.
gigih mencari buah delima dekat giant.

alhamdulilah masa tu pekerja dia baru pindahkan daripada kotak.
so dapatlah buah delima yang masih elok.
satu biji rm3.00..
ada kawan bagitau dekat kl & jb satu biji buah delima rm8-rm9..
nasib baik i duduk kawasan kampung jee..hahaha

rasa buah delima nie lebih manis.
sangat juicy..

ok setiap hari kena makan sikit.
satu biji boleh tahan 1 minggu.
hahaha.kedekut ke ape nie.
sabar jee lah baby.
nak makan banyak2 tunggu papa beli :P
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan berkulit bersih tanpa cela dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmati keenakannya
Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.
  • (sumber info daripada:  khasiat buah delima)

Friday, June 7, 2013

Buku Pink

Salam Readers

Semalam dah buat buku pink.
buat sorang-sorang sebab husband jauh.huhu
takpe saya boleh buat.

banyak jugak lah prosedur.
beberapa kali kena ambil darah.
bukak baju.
scan perut.

tapi ada problem pulak.
kena refer hospital besar.
another date kena jumpa doktor pakar pulak.
macam-macam hal yang timbul.
harap-harap nothing serius.

menitis jugak lah air mata.
sebab takut ape result lepas jumpa doktor pakar nanti.

husband lagi lah sangat risau.
setiap minit call.

tapi semua risau tadi hilang bila.
doktor scan perut.
baby tengah berpusing-pusing dua kali.
alhamdulilah.
syukur.

2 weeks lagi kena datang scan.
nak tentukan tarikh EDD yang baru.
 

Wednesday, June 5, 2013

hehehe..

Salam Readers

hehehe.
cerita pasal baby pulak


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel 

credit to: Kelab Soal Jawab & Bakal Ibu Jom Hamil

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.