setelah beberapa hari i tak update.
Maafkan lah, bukan malas tapi tak berkesempatan untuk update :)
Insyaallah hari ini i akan berkongsi aktiviti kegemaran semasa di hujung minggu lepas..
I LOVE CRAFT...
Bunga daripada kain felt..
dah lama i cari kain felt nie dekat kedai..
last week i jumpa satu kedai yang menjual kain felt nie..
1 meter RM 15-00
Jom tengok macam mana i buat bunga nie..
Mula-mula kita perlukan kain felt..wiwit macam ini lah rupanya kain idaman kalbu ku :)
my mum cakap kain nie macam kain lekat dekat dashboard dinding sekolah rendah..hihi
selepas itu, ambil ape-ape objek yang mempunyai permukaan bulat, tekapkan atas kain felt dan lukis ikut bentuk bulat tadi..buat dalam 6 bulat-bulat.. dan 1 bulat kecil..gunting bentuk tadi tau
Ambil bulat-bulat tadi gam kan
Kain yang kita dah gunting bentuk bulat tadi, sila buat bentuk S seperti di atas, lepas tu gamkan menggunakan glue gam supaya dia tak mengembang dan hilang bentuk..
Macam ini lah rupanya, tekan sikit dalam tempoh 3-5 saat. ini untuk mengelakkan bentuk tadi hilang
Ambil kain yang kita dah gam kan tadi letak gam dekat hujung dia dan gamkan dekat bulat kecil tadi
Proses ini perlu diulang yee untuk 6 bulat yang kita dah gunting tadi
Ulang-ulang proses yang sama sampailah menjadi bulatan bunga yang comel :)
Phew..baru siap tiga bahagian...
tapi dah nampak comel,hihi
nampak tak kesan gam dekat kain tue,,jangan risau nanti bole buang yeee
Haa..macam ini lah rupa bentuknya yeee
Setelah siap sebelum diletak butang dekat tengah-tengah bunga :)
tengok nampak kosong kan...
jangan risau :)
lalala..bunga saya dah siap..
letak gam dekat tengah bunga tadi dan selepas itu letak laa butang yang anda suka :)
Kalau tak nak letak butang boleh saje..
ambil satu lagi bulat yang sama macam dekat atas tadi lepas tu ulang proses yang sama..
gamkan dekat bahagian tengah :)
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment