Thursday, October 24, 2013

Miss You Sweet Sister

Salam Readers




Miss You Dear sister.
mak ngah cepat-cepat graduate tau.
nanti boleh tolong jaga baby.hehehe

congrats sebab dapat dean list tau.
alhamdulilah.semoga dapat jadi fashion designer yang hebat.

Teh O Limau Panas Mahal!

Salam Readers



Ooii Mahal ok.
mari tengok bil.


teh o limau panas tu harga rm2.00
kalau minum teh o limau ais rm2.50 ke?
saya minum milo ais kena rm2.50..
beza 0.50 jee?
husband siap tanya kat cashier tu betul ke harga nie?
dia cakap betul..kedai makan biasa jee,
lainlah awak kena bayar gov tax 6% tu kan.

Kafe DapurMas dekat Presint 9, Putrajaya.
Bad Service sebab lambat ambil order dan makanan lambat sampai.
orang tak ramai ok masa tu..tapi tak tau lah macam mana boleh lambat.
sampai-sampai makanan tu keropok da lemau..huhuhu






Monday, October 21, 2013

Mee Sup

Salam Readers


semalam sebab teringin sangat nak makan mee sup macam ibu buat.
saya ditemani oleh baby try buat.hehehehe
masak simple macam nie pon nak bagitau orang?
tak kisah lah sebab rasa berbaloi bila en husband cakap mee sup nie sedap.


ada tempe goreng sekali.
makan mee sup dengan sambal kicap memang nyums..
lagi-lagi sambal kicap yang pedas.hehehe
berpeluh-peluh en husband makan.

alhamdulilah.
walaupun selama duduk dengan ibu selalu mengelat setiap kali dia suruh masak.
tapi hasil penghayatan & ingatan yang kuat.boleh buat jugak,hehehe

alahai rasa nak masak mee sup lagi malam nie.


wedding sisters in law

Salam Readers


tiba-tiba baru teringat nak post entry nie.
wedding dah berkurun lama.
dah pregnant pon mak cik tu.hehehe..
wedding semasa hari raya puasa..diulangi..hari raya puasa..bukan hari raya haji lepas.
sebab rumah husband sibuk dengan persiapan wedding SIL saya kena beraya rumah suami.
tapi tak rasa macam suasana raya lah..sebab semua orang buzy dengan persiapan majlis kan.


the hantaran..
her side to his side..

the pengantins.
ini semasa majlis bertandang sebelah lelaki.
majlis sebelah perempuan tak sempat nak ambil gambar.


the pelamins.
dulu sebelum kahwin ade jugak terminat nak buat pelamin macam ini.
bunga besar-besar,hehehe


pengantin dah lama..
merasa lah jugak naik pelamin kali kedua..
tapi kali ini bertiga.

we & our little baby
sibuk papa nak buat peace jugak kan.
lalalala..masa nie saya dah gemuk..


meja makan berdamai.
majlis bertandang sebelah lelaki buat dekat seremban.
international school??alahai saya sampai lupa tempat kejadian.


Sweet Chat

Salam Readers


Bawak mak mertua makan-makan dekat sweet chat.
dia suka durian.so kami order makanan yang berasaskan durian.hehehe
sedapnye..terutama sekali cendol durian tuu...nyums..


cendol durian yang paling menggoda tau.
sedap..sedap..
atas tu ada ais krim durian.
teringat-ingat rasa durian dia.
& spagethi lupa nama..hahaha
spagethi tu macam fusion sikit rasa dia.
maybe boleh try buat dekat rumah yee..
kuah dia rasa macam daging salai masak lemak cili api..
tapi tak pedas..

durian crepe & sos coklat..
penuh dengan durian..tapi mungkin sebab letak dalam freeze lama sangat.
isi durian & creme agak beku sikit.

air lemon mint..
lebih kurang macam itu lah rasa dia..
sebab hal bulan lepas saya pon dah lupa nama dia.

tapi yang paling sedap mestilah cendol durian tu..
rasa gula melaka dia..
ingat nak makan cepat-cepat lepas tu pergi tengok bunga api dekat putrajaya.
tapi tak sempat pulak,hehehe nikmati lah makanan tadi tuu..

balik rumah semua burp bau durian.
next time lah..tak boleh selalu nanti tak pasal-pasal gula i naik pulak..


Ayden

Salam Readers


Si comel Ayden.
anak cousin of my husband.
dah besar nanti mesti lagi hensem kan.


nampak macam tak berat.
tapi sekejap jee dukung dia.mengah!
bulu mata mengalahkan baby gurl..

semua orang pon suka pegang dia..
I love baby :)



Friday, October 18, 2013

Susu untuk ibu & baby

Salam Readers


Semenjak mengandung nie dah cuba beberapa jenis susu.
ada yang boleh diterima oleh tekak dan ada yang tak mampu nak ditelan.huhuhu

Anmum

Mula-mula masa mengandung cuba minum anmum vanilla mango.
sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami mual dan muntah.
tapi saya tak boleh minum susu nie. rasa vanilla dicampur dengan mango.
bau manis..alahai macam minum teh jasmine atau teh hijau pulak..
maybe sebab bau mango tu kuat sangat..tapi realitinya saya suka makan mango.sedap!
nurse nasihatkan jangan minum anmum selalu sebab banyak gula.
yang saya perasan susu anmum nie memang lebih manis nak dibandingkan dengan susu jenama lain.


boleh refer disini tentang anmum : Anmum

Apa ada dalam susu anmum:
1. Asid Folic : nutrien penting yang diperlukan oleh ibu dan fetus
2. Diuji secara klinikal : anmum menyatakan bahawa mereka adalah satu-satunya susu yang telah diuji     
   secara klinikal mengandungi asid folic yang tinggi
3.Ganglioksida & DHA : nutrien untuk otak, ganglioksida boleh meningkatkan proses pembelajaran & daya 
   ingatan.
4. Iron : meningkatkan sel darah merah sepanjang mengandung
5. Kalsium : Membina tulang yang kuat & sihat
6. Probio DR10 & Prebiotic : Bakteria baik yang membantu penyerapan nutrien semasa mengandung

Dumex Mamil Mama

selepas itu saya cuba susu dumex mamil mama.
perisa coklat. sedap!
sejak mengandung dah 3 kotak susu nie.
mungkin saya lebih sesuai minum susu perisa coklat kan.
kalau malas sangat saya minum susu nie letak koko krunch,hehehe
senang sekali dengan breakfast :)


rendah lemak.


kandungan dalam mamil mama
Boleh refer disini : Dumex mamil Mama

tapi semalam en husband dah salah beli susu.
dia beli dumex mamil mama perisa vanilla..
alahai..nampaknya saya kena telan tanpa ambil nafas lah.rasanya tak sedap tau.
mungkin saya memang sesuai dengan perisa coklat sahaja..

Marigold HL


susu ini memang senang.
tak perlu nak bancuh lagi.hehehe
boleh diambil bila-bila masa..
rasanya pon sedap..

Apa ada dalam susu nie : 
Tinggi Kalsium & Protein
Rendah Lemak
mengandungi 9 jenis Vitamin (A,B1,B3,B6,B12,C,D,E & Asid Folic)
menyediakan 56% lebih protein berbanding susu penuh krim biasa
tapi ambil perisa original / Plain jee tau.. strawberry & coklat ada banyak kandungan gula..
tak pasal pulak lebih gula nanti :)

Susu Fernleaf

susu nie sebenarnya bukan untuk ibu mengandung.
tapi sebab kadang-kadang nak ubah angin..
sejak sebelum pregnant lagi saya dah minum susu nie.
kadang-kadang ambil jugaklah susu nie kan.hehehe
rasanya pon sedap..lebih sedap daripada susu anmum & mamil mama perisa plain.hehehe

Boleh refer disini : Fernleaf Milk


sebenarnya terpulang pada individu masing-masing untuk minum susu apa.
try mintak sample susu tersebut..samada dekat kiosk-kiosk yang ada dekat supermarket tu 
atau request sample dekat facebook dieorang. lepas try baru tau kita nie sesuai dengan susu yang mana.
kadang-kadang ada orang suka susu perisa coklat, susu perisa oren..hehehe

tapi pengambilan susu semasa mengandung memang sangat penting untuk bekalkan kalsium & nutrien-nutrien lain pada baby. untuk kita pulak masa nie lah nak kumpul kalsium sebab baby dah ambil kalsium kita.
tu yang kadang-kadang kaki cramp, gigi rosak.. alahai saya kalau selalu skip minum susu mulalah kaki cramp.



Kad Kahwin Pintar

Salam Readers


Enam Bulan sudah berlalu.
baru nak buat kad pintar?? hahaha
selama nie memang dah ambil borang semua tapi tak berkesempatan lah pulak.
ai ai alasan memang banyak kan..

sempena cuti raya haji yang baru berlalu.
saya dan en suami sengaja mencutikan diri kami hari isnin tu.
sebab nak settlekan urusan dekat kampung yang masih pending.

untuk buat kad nikah pintar dekat johor macam ini lah lebih kurang:
1. isi dua salinan borang yang boleh dapat percuma dekat pejabat agama.
2. sediakan dua salinan sijil nikah anda.
3. sediakan 2 keping gambar saiz pasport anda dan suami. ingat 2 keping untuk setiap orang
4. sediakan dua salinan kad pengenalan untuk setiap orang.
5. sediakan wang bayaran sebanyak rm50.00

nanti dia akan bagi resit bayaran. proses ini akan ambil masa 1 bulan setengah.
boleh tunggu pejabat agama telefon atau kalau dah cukup sebulan setengah datang ambil kad.
sila bawa resit tadi tau.

tapi ada komen jugaklah dengan staff nie..
refer lah dekat borang yang kami dah isi so nanti tak lah awak salah-salah eja nama.
bila kita dah tolong ejakan nama pon still tak boleh nak faham..
borang tu ada besar dekat depan mata kan?
macam mana nak capai 5S organisasi kalau staff masih lagi ada sifat M yang tinggi.
bukan nak marah tapi teguran,hehehe



motif sangat letak gambar husband dekat depan kan.
sebab isteri sedang mengalami proses pengembangan,hehehe

Kira Pergerakan Baby

Salam Readers

Semalam baby tak banyak bergerak.
buat mummy dan papa risau.
setiap minit whatsapp en suami cakap baby asyik tido jee.
puas usik-usik dia tapi dia gerak sikit-sikit tak macam selalu.
baby merajuk ke..

tapi menjelang maghrib dia start aktif balik.
alahai happy rasa..takpe lah sayang geraklah banyak mana pon.
asalkan awak sihat. rasa macam dia tengah mengeliat dan meregangkan semua otot dia.
hahaha.over tak mummy punya imagination..

sekarang dah start kira pergerakan baby.
daripada pukul 9 pagi sampai pukul 8 malam.
kebiasaannya baby akan aktif sebelah petang..
tunggu papa ambil mummy balik kerja kan.sweet of u darling :)

kalau ikut panduan baby center :
panduan ikut minggu

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

sebab sekarang dah kena rekod dalam buku pink..kena ingat untuk tick dan last baby kick bila before pukul 8 malam.
kalau tak ingat agak-agak jee lah..cara nak rekod jangan pulak awak rekod setiap 5 minit nanti belum pukul 4 dah penuh buku tu,hehehe..ambil jarak masa between each kick , itu lah yang nurse nasihatkan saya masa mula-mula belajar kira pergerakan baby..but it depends dekat setiap orang kan :)

Boleh disini : Baby Center


Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi kadang-kala tertidur semasa anda bergerak kerana rasa seperti dibuai, dan dia akan terjaga apabila anda duduk diam.
  • Baring mengiring (dengan mengampu perut) dan jangan bergerak. Ini dapat membantu anda menumpukan perhatian terhadap pergerakan bayi.
  • Minum air yang sangat sejuk. Bayi anda mungkin dapat merasa perubahan suhu dalam badan anda dan cuba untuk mengelak daripadanya.
  • Buat bunyi bising. Mainkan muzik dengan kuat atau hempas pintu dan lihatlah tindak balas daripadanya.
Jika bayi anda mula bergerak selepas anda melakukan perkara di atas, anda dapat tahu yang dia tidak apa-apa. Tetapi teruskan memantau pergerakannya. Jangan berlengah-lengah untuk berjumpa doktor sekiranya anda rasa pergerakannya berbeza daripada yang biasa.

Boleh refer disini : Baby Center


Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika:
  • bayi anda tidak mula bergerak apabila didengarkan bunyi yang kuat, atau ransangan lain;
  • pergerakannya berkurangan secara mendadak atau secara beransur-ansur selama beberapa hari.
Pergerakan yang berkurangan mungkin bermakna bayi anda tidak mendapat oksigen atau nutrien yang mencukupi melalui plasenta. Jika disyaki perkara ini berlaku, doktor anda dapat membantu anda dan memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan.

Terdapat beberapa cara bagaimana pihak hospital atau doktor dapat mengenal pasti keadaan bayi dalam kandungan anda. Mereka mungkin memantau kadar degupan jantungnya. Anda mungkin diberi imbasan untuk mengukur saiz bayi dan jumlah cecair amnion yang menyeliputinya. Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai tumbesarannya, imbasan khas yang dipanggil Doppler akan digunakan untuk memeriksa aliran darah keluar dan masuk ke dalam badan bayi.

Boleh refer disini : Baby Center




Friday, October 11, 2013

Isteri yang mengidam

Salam Readers


tak pernah rasa mengidam nak makan sesuatu sampai kalau tak dapat rasa nak menangis.
its not funny tau..saya dah bagi tau en suami saya teringin nak makan rambutan.
sekarang nie bukan musim rambutan kan..so agak susah lah nak cari..kalau ada pon mahal.

malam sebelum tidur dah bagi tau yang isteri teringin nak makan buah rambutan.
pagi dalam perjalanan ke tempat kerja dah bagitau lagi nanti balik kerja nak beli buah rambutan.
masa balik kerja kami dah terlepas satu mobile stall yang jual rambutan tu..
suami cakap tak pe..kat kedai depan ada lagi.
sekali kedai depan yang dah jauh dari mobile stall tadi takde jual rambutan.
nak cari dekat mana lagi..en suami called his friend tanya kat mana ada pasar malam dekat putrajaya nie.
suami pujuk beli benda lain semua isteri tak nak..

tiba-tiba isteri jadi sedih..huhuhu
siap keluar air mata..tapi bagitau en suami takpe kita beli esok jee lah.

sampai rumah en suami siap-siap mandi pastu cakap nak keluar.
balik rumah bawak buah rambutan yang isteri nak..huhuhu



































dapat jugak makan rambutan walaupun masa tu dah pukul 10.30 malam.
rambutan dah kering dan harga yang mahal..rm16.00..
mungkin en suami tak sanggup tengok isteri sedih tak dapat makan rambutan.
kalau dekat kampung boleh petik dekat depan rumah jee tau..
ini kan bandar mana ada..
sobs.sobs. rindu kampung halaman ku.

thanks en suami.
saya sayang awak..

scan 3d/4d our baby

Salam Readers


Plan untuk scan baby 4d memang dah lama..
puas survey klinik yang berdekatan dengan rumah.
klinik dekat putrajaya nie pulak hari ahad tutup.pelik..
nak kata tutup awal tak jugak sebab memang most of them tak buka on sunday.

makanya suami dan isteri pergilah google klinik area sri kembangan.
ada..tapi dah tutup, most of them yang provide 4d scan hari ahad bukak sampai pukul 4.30.
tunggu papa cuci kereta jee dah pukul 3 kan..memang tak sempatlah..

at last kami try cari area puchong utama.
jumpa poliklinik Medi Nur..
tapi untuk scan 4d kena buat appoinment dan hanya doktor boleh tentukan bila..
malam tak boleh buat and only during weekdays jee..kami suami isteri nie dah lah hari-hari
balik kerja sampai kat rumah pukul 8 malam..mana lah nak sempat kan..
poliklinik nie charge rm 100.00 tapi kalau kita nak buat cepat dia akan arrange doktor lain..
tapi kena tambah rm20.00 so jadi rm 120.00 pulak..mahal.

sederet dengan Medi Nur ada klinik sofea..
yaiy..kat sini boleh buat scan 4d walk in sahaja.
tak perlu appoinment & charge rm90.00 dapat cd boleh tengok puas-puas kat rumah.
doktor perempuan pulak tu..

tapi baby sangat pemalu nak tunjuk muka dia dekat mummy & papa.
instead of tunjuk muka dia tunjuk kaki dia pulak..hahaha
dapat lah tahu jantina dia nie kan..dah dua kali kami buat scan baby asyik tunjuk kaki sesy dia.
dapat dengar heart beat baby..laju tapi normal..
papa dia speechless terus bila dengar heart beat baby..
mummy dah biasa sebab dekat klinik kesihatan nurse selalu bagi dengar kan..

doktor cakap maybe dalam 1 or 2 weeks lagi boleh scan untuk tengok muka baby.
masa tu baby dalam kedudukan songsang..so muka tak dapat nak tengok..
doktor cakap sekarang berat baby dah 1.22kg which is normal..
air ketuban semua cukup..baby pon aktif gerak-gerak..

sebab kami tak dapat buat 4d doktor charge rm50.00 sahaja.
balik dengan hati yang gembira & bawak salinan gambar kaki baby.hehehe


































Baby.. we are happy & excited having you in our life baby :)

Penambahan berat badan lagi

Salam Readers

Penambahan berat badan lagi nampaknya..
omaaii..tak tau lah kat mana yang naik nie.
rasanya kat bahagian perut lah sebab kebanyakan baju dah tak muat dekat perut.
naik lagi 3 kg.. tapi kan sepanjang mengandung normal untuk naik berat sampai 12kg?

kena tegur dengan nurse sebab berat badan naik mendadak.
nurse siap perli saya makan apa sampai berselera sangat.
ooooii cik nurse saya makan macam biasa ok..
dah lebih kan makan buah jee nie tau..huhuhu
kena kawal pemakanan..

hb pulak turun.sampai dua kali nurse tu ambil bacaan hb..
dah kena merah pulak dekat bacaan hb tu..
patutlah selalu rasa nak pitam..
nie sebab malas nak pergi beli susu mamil mama lah nie..
or maybe sebab lately jadual makan saya tak berapa elok.
balik keje dah lewat..lunch pon makan apa yang ada..

sekarang malam saya makan bihun sup jee tau..sobs..sobs..
nasib baik lah tekak nie boleh terima lagi..
kena avoid nasi, kalau terpaksa pon kena ambil small portion saja.






















sedapnya kalau dapat minum masa tengahari..
nyummsss..

mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.