Thursday, December 27, 2012

Idea untuk hiasan meja

Salam Readers

hiasan meja semasa majlis perkahwinan adalah penting..
bagi saya salah satu perkara yang penting..
tak tau lah kalau orang lain

perkara yang biasa kita lihat di majlis perkahwinan
selalunya meja tetamu cuma ada satu botol air,
kadang-kadang ada tempat cuci tangan,
kadang-kadang cuma ada kerepek jee..

ini adalah impian saya..
ada beberapa idea yang menarik untuk dicuba..











1. Bunga-bunga Putih dalam botol terbuang
idea yang ini sangat simple, harga bunga pon murah
maybe boleh guna botol - botol yang terbuang dekat rumah
botol kicap, botol sos.. murah dan mudah






















2. Bunga dalam botol yang dililit tali
masih lagi dengan idea guna botol terpakai tadi
tapi kali nie, kita cuba balut atau lilitkan botol tadi dengan tali
tapi tali macam nie agak mahal, kalau rajin boleh lah guna tali rafia,hehe
Tapi rasanya pakai tali untuk mengait baju tu pon boleh kan..

















3. Ikan dalam balang
idea nie pon termasuk dalam list jugak?
dah bagi tau my mum nak buat idea macam nie, tapi kena reject
sebab my mum takut ada anak orang memancing ikan pulak nanti..
maybe idea nie sesuai kalau event tu kurang atau takde kanak-kanak.
di buatnya tumpah balang tu..macam-macam hal pulak
ikan laga adalah option yang paling sesuai lagipun harga nya murah
rm1.50 seekor














 4. Bunga dalam balang kaca
masukkan batu dalam balang kaca/pasu tinggi lepas tu masukkan bunga
rasanya bunga plastik lagi sesuai untuk idea nie, sebab tahan lama kan
boleh guna batu akuarium yang warna warni nanti..
pasu macam nie boleh beli dekat daiso atau hinode shop..
rm5.00 untuk satu pasu, murah kan






















5. Bunga Orkid dalam Pasu Tinggi
 sabtu lepas pergi wedding Ofi & dj..
macam ini lah centrepieces meja dieorang, white orkid dalam balang kaca/pasu tinggi
they are using fake orkid pastu masukkan air dalam pasu..
nampak macam real dan sangant cantik..tapi tak sempat nak ambil gambar,hehe
sibuk makan makanan yang sedap tu,hehe

















6. Bunga Besar dalam Bekas
wee, nama dia tak glamer langsung..
bunga macam nie senang nak cari, ape eh name dia?
peonies kot..ambil bright colours letak air dalam balang tu..dan masukkan bunga
cantik,mesti dari jauh dah nampak hiasan nie dulu,hehe






















7. Bunga dalam Botol warna warni
Mungkin boleh warnakan botol botol terpakai dekat rumah tu..
warna-warni sangat..
tapi kena beli pewarna /cat pulak kan..aish






















8. Botol/pasu tinggi dibalut dengan kain
masih lagi mengambil idea pasu tinggi sebelum nie,
ambil guni yang old school tu,gunting-gunting pastu balut botol tadi kan
mane pulak nak cari guni macam tu..hehe

















9. Botol/Pasu Tinggi isi buah epal
selain bunga, mungkin boleh guna buah buahan kan
epal hijau atau epal merah yang mana idaman hati?
lepas majlis boleh ambil makan,hehe

















10. Sayur-sayuran/pokok pokok comel
ini dipanggil rustic ideas, sebab hiasan ini tak nampak macam sweet 
kalau guna bunga bungaan kan nampak sweet..
cuba guna sayur sayuran,hehe kalau duduk dekat cameron highland boleh laa kot

okey, panjang pulak idea saya nie..
sekian dulu yee :)

Gaji 2/1/13

Salam Readers

Memang lah sangat tak patut
apa kena mengena office nak tutup akaun dengan gaji kami?

Gaji kan hak kami
akaun pejabat bukan hal kami

huuu..
buat saya angin jee.

oo
 esok nak apply cuti untuk 31/12/12
weekend nie nak spend time dengan en.tunang di utara tanah air
tanpa gaji
oh kesiankan saya

Wednesday, December 26, 2012

Hiv test - Done

Salam Readers


Sambungan entri ini
Pagi tadi sebelum pergi kerja..
singgah terus dekat klinik kesihatan

daftar borang dekat kaunter pendaftaran.
tak ada kena bayar pape
terus pergi ke bilik ambil darah
duduk betul-betul dekat pintu masuk
tengok kakak mengandung nie keluar bawak 1 tiub darah
dalam hati dah terdetik..
banyaknye darah dia ambik
en. tunang cakap ambil sikit jee,
terus sms en.tunang,huhu

lepas tu giliran pak cik nie pulak..
dari luar dah dengar nurse tu bising
"pak cik macam mane nie darah tak keluar"
uii
saya dah takut


sampai giliran saya
ok.saya nak buat hiv test
kita ambil darah dekat hujung jari yee

lega.tak sakit
beberapa saat dah dapat result


alhamdulilah
next step

Monday, December 24, 2012

HIV test

Salam Readers



Pagi tadi sebelum pergi kerja..
saya singgah dekat klinik kesihatan yang berdekatan
tujuannya adalah untuk membuat HIV test


Memang tak ada niat nak buat hari ini..
sebab nak tanya sama ada boleh buat terus tanpa temujanji atau tidak
ramai orang yang sedang menunggu..
sebab hari ini adalah hari pesakit luar


hasilnya:

1.Boleh buat ujian HIV secara walk in
2.pagi start dalam pukul 10.00
3.keputusan boleh dapat on the spot/serta merta
4.kena bawak borang hiv test daripada pejabat agama johor
5.isi borang yang diberikan oleh kaunter pendaftaran tu

ok.
hari rabu pagi nak pergi
en.tunang dah buat dekat selangor
tak sakit katanye

ok.
i'm a big girl
tak takut jumpa doktor :)


~saya dah isi borang~
 

Kad Kahwin Kami

Salam Readers


Yeay...
selesai satu urusan yang besar dalam perkahwinan nie,
kad kahwin sudah ditempah
Finally, our wedding dah ada kad kahwin


Hari Sabtu yang indah, saya dengan encik tunang
bersungguh -sungguh pergi survey kedai kad kahwin yang ada
pusing-pusing dekat kl yang jemm tu
sampai dekat Jalan Pudu

kenapalah kedai kad kahwin wujud dekat area macam tu..
alahai,maklum lah saya bukan orang kl
tapi demi kad kahwin dan en.tunang yang disayangi
saya ikut lah

okey.lepas pusing-pusing cari parking.dapat jugak akhirnya

first: kami pergi kedai ini
LH Creative Concept Sdn. Bhd.
Showroom I dekat jalan Brunei

Pilih-pilih kad,
eh macam mane lah nak pilih dengan keadaan showroom macam tu
tau lah ramai pelanggan tapi, kalau tak organised langsung
selera nak pilih kad pon takde tau

ok.bagi tau en.tunang jom cari kedai lain
kami berjalan-jalan dekat sekitar jalan tu..
jalan-jalan cari kad kahwin idaman hati

jalan-jalan lagi
satu kedai, dua kedai
agak banyak kedai lah jugak


kami pergi dekat LH Creative Concept Sdn. Bhd
tapi kali nie showroom II, dekat jalan Pudu
walaupun kedai yang sama dengan kedai first tadi.
tapi dekat sini sangat lah recommended
Showroom II lebih tersusun, besar dan staff yang melayan kami sangat friendly
sangat berbeza dengan Showroom I tadi

 
sesi isi borang butir peribadi

En.tunang busy melukis balik pelan untuk kerumah kami
lukis satu pelan yang sama, sebab wedding place kami dekat jee,hehe

kesimpulannya;
kena tunggu draft siap dulu baru boleh buat kesimpulan,hehe
banyak pilihan kad dekat sini, semuanya bergantung kepada bujet masing-masing
sebab kami dah sepakat untuk tidak berlebih-lebihan
kami dapat kad yang dalam bujet dan lagi happy sebab under bujet 
faham tak? maksudnya kami dah bujet harga kad, 
tapi end up dapat kad yang lebih murah dari bujet kami,hehe


boleh tengok sini yee:


kad kahwin bff sister :)

Tuesday, December 18, 2012

Vitamin C ~ kehabisan stok

Salam Readers


Kehabisan Stok Vitamin-C
  Siapa ada jual ??
Siapa ada stok vitamin c???
saya tak menjual vitamin C tapi saya yang dah kehabisan stok vitamin C
Saya start makan vitamin C sejak sebulan yang lalu..
sekarang dah kehabisan stok..


Vitamin C-Shaklee

Kesan pengambilan Vitamin C shaklee:
1.Kulit saya rasa sihat
2.Kulit muka saya kurang berminyak
3.Kesan daripada gigitan nyamuk senang nak hilang
saya jarang ada jerawat tapi sejak ambil vitamin c shaklee 
4. memang jerawat tak ade langsung
5.tekstur kulit jadi sekata dan tidak kering


tapi sayang vitamin c shaklee cuma akan restock april tahun 2013
Lama sangat lah
masa tu dah lepas kawen Pun..
baru jee bercadang nak dapatkan kulit & 
kesihatan yang baik masa kawen nanti..
Bukan bermaksud cantik masa kawen jee nanti,
tapi kalau bulan 4/2013,
lama sangat lah
sayang oo sayang

mungkin saya kena bertukar kepada vitamin C jenama lain

sesiapa ada cadangan kepada saya
saya amat mengalu-alukan,hehe




Oh My Kad kawen

Salam Readers



banyak-banyak perkara
kami belum settlekan 
pasal kad kawen

semalam telefon vendor yang buat kad kawen idaman hati
sekali dia dah pindah dekat tapah..
tapah.where? Perak Ok..
dah jauh dah..
sebelum nie kedai dieorang dekat Puchong.

kena survey & cepat-cepat booked
my dad dah bising-bising
kami lambat siapkan kad katenye,
huhu..


dup dap
nak kawen
tapi belum tempah kad kawen
hehe

Friday, December 14, 2012

Tahniah En.Tunang

Salam Readers



Alhamdulilah
tumpang happy untuk en.tunang
syukur murah rezeki beliau dah nak kawen nie,
En.Tunang dapat job promotion untuk naik pangkat



One step ahead baby
TAHNIAH


 
gambar takde kena mengena kan
tibe-tibe upload gambar me and his family pulak

TAHNIAH TAHNIAH

mungkin esok lusa rezeki saya pulak 
insyaallah

Thursday, December 13, 2012

D.I.Y- Bunga Roset

Salam Readers



Bunga Roset untuk keluarga & pengapit nanti..
Malam tadi berazam & berjuang menyiapkan bunga roset nie
alhamdullilah,saya berjaya

Semuanya ada 40 kuntum bunga roset
agak-agaknye cukup tak?
keluarga yang besar macam saya nie,kena lah fikirkan semua orang,
pak ngah,mak ngah,pak teh ,makteh, pak su mak su, pak tam mak tam,
dah segala-gala pak cik dan mak cik lagi lah
belum kira cousin-cousin lagi
hehe. 

Eventhough bukan something yang mahal
tetapi saya puas hati sebab ini hasil kerja tangan sendiri,
bahan-bahan pun tak mahal..
save bujet saya, 
walaupun tangan dan kaki terkena glue gun yang panas itu
tapi sekurang-kurangnya..
saya berjaya


Ada Button

bunga roset yang ini ada button
tapi sebab my mum tak suka design yang ini
saya proceed dengan bunga roset tanpa button
TAPI saya tetap rasa yang ini comel
sebab boleh letak button warna warni
berjiwa muda



Without Button

ini design yang my mum suka
without fancy button okey,

saya kena beli pin bulat dan gamkan dekat belakang bunga saya ini
kenapa pilih warna merah?
sebab warna merah daripada jauh lagi orang dah nampak,
We are Families :)


Bahan-bahan nak buat:
Kain felt (beli dekat daiso sangatlah murah-RM5,00)
gunting,glue gun,apa-apa objek bulat(nak buat shape bulat tu)

Cara-cara nak buat:
Bunga Felt

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12

Salam Readers



Semua orang cakap tarikh hari ini cantik
12-12-12
Saya pun rasa tarikh ini cantik
Sebagai mengingati tarikh ini..
Inilah yang saya buat hari ini,
lepas habis kes anak angkat
bergambar sorang-sorang
depan cermin toilet mahkamah
haha


senyuman itu sangat lebar okey,
haha

Baju Nikah dah siap

Salam Readers




Baju Nikah Dah Siap
Dah ambil daripada tailor
Saya tempah dengan auntie kedai biasa-biasa jee,
selalunya untuk baju kurung moden memang saya hantar dekat sinie,
hasil jahitan dia memang sesuai dengan kehendak diri saya nie,hehe




Saya memang sengaja pilih kain lace yang corak bunga satu-satu..
sebab saya tak nak baju saya nampak sarat dengan lace..
kain lining dan lace adalah pemberian en.tunang masa majlis bertunang,

tapi sebab baju ini nampak kosong 
adalah benda nak tambah nilai dekat baju nie nanti,
maybe tambah beading dan patch balance lace yang ada dekat bahagian yang kosong..


owh yee,lupe nak share..
baju nie ade defect sikit dekat bahagian belakang,
en.tunang ade bagitau before this dia dah remind me about that..
tapi saya memang sangat-sangat lupe, 
hasilnya memang nampak sangat lah defect tersebut..


See..nampak sangat kan
erm, tak ape lah dah jadi pon kan..
maybe kena patch/jahitkan lace dekat atas defect tu kan..
tak nak lah jadi bridezilla sebab benda macam nie, 
nanti kepala i jugak yang sakit..

untuk kain pulak..
sebab satin fabrik dia agak berkilat..
so saya bercadang nak buat D.I.Y sikit..
nak beli kain lace kosong yang sama warna..
jahitkan dekat kain untuk cover shining fabrik satin tadi..
nak beli lebih-lebih sebab nak flow kain yang banyak..

total spend untuk baju nikah ini
RM 130-00
Jimat lah selagi boleh

huu,lega sikit..
boleh proceed perkara lain pulak :)



Monday, December 10, 2012

Mari Makan Steamboat

Salam Readers



Mari makan Steamboat
ini kali pertama saya pergi makan steamboat okey
kali pertama pergi makan dengan en.tunang
 dan saya makan banyak



kami pergi makan dekat flaming steamboat buffet Restaurant
dekat Danau Kota, Setapak..
makan untuk dua orang RM 53.80
makan sampai perut bloated,hehe
tapi yang tak best sebab kami pergi walk in
kami dapat table combine dengan orang lain
and yang paling tak best table tue dekat sangat dengan kedai makanan arab
and yang paling paling tak best tak best orang arab
kat kedai sebelah keep staring at me..
hee, macam tak pernah nampak orang..



Tapi The best Thing
MAKAN time
tadaaa..ini khas i masak untuk en.tunang
hehe, tengok banyak tak kami ambil
tapi bufet kan..
so ambil lah apa sahaja yang berkenan di mata dan dihati
 sebelah tu perisa sup yong tau fu sebelah lagi tomyam
tapi tomyam dia tak berapa flaming sangat lah
 tapi sebab nak makan banyak so tak boleh lah pedas-pedas

kami ambil:
udang,ketam,scalop,lala,ayam,mushroom,sayur,mee dan lain-lain

erm..sedapnye
hee, masa type nie pon rasa terliur..haha





ini saya punye..
en.tunang tegur..
saya makan laju sangat
ooo..hee tak perasan pulak saya makan laju
maybe sebab saya tengah lapar kot.
tengok pinggan saya yang penuh tue..






tengok lah sampai habis licin kan..
untuk pencuci mulut, kami makan buah-buahan, abc aiskrim,marsmellow
haha.next time kalau nak makan dekat sini, jangan makan untuk satu hari yee
tengok nugget tue, saya lah yang makan sampai habis..hehe







muka senang hati, selepas makan banyak,hehe

thanks en. tunang

nanti kite pegi makan lagi yee


Makan Disini :





oh my wedding ticker

Salam Readers




Alahai kenapa lah dengan wedding ticker tu..
macam dah tak banyak masa pulak
bukan masih ada 3 bulan lagi ke,heeee
tapi kenapa 2 bulan lebih jee lagi?
ok ok ok 
saya nervous

en. tunang pon nervous 
bila saya nervous automatik
akan berjangkit dengan en. tunang.
ahaha
ok off topik

stop dreaming!!
update your wedding checklist

malam tadi pon ade discuss dengan my mum
kenapa macam cepat sangat dah nak kawen nie,
huhuhu

semoga semua urusan kami dipermudahkan :)





 

Wednesday, December 5, 2012

Yes I Do!!

Salam Readers




When he asked me to marry him,
I said Yes I Do..

When he kneel on his knees
asking me nicely,
I'am so nervous..
But I'am very happy..
truly, deeply,madly
in LOVE with you





A Thousand Years 
here and hereinafter
insyaallah
 



Thank You so much dear

c.c En. tunang

Tuesday, December 4, 2012

Kasut Kahwin

Salam Readers




Dalam hati memang dah ada yang berkenan,
Asyik teringat- ingat dekat kasut tu..
alangkah bahagia kalau dapat


hajat hati nak pakai masa majlis resepsi nanti
warna mestilah contras/berbeza dengan wedding dress
barulah orang akan nampak kasut kahwin saya nanti,hehe



BROWN/NUDE

kasut idaman hati saya hampir sama dengan design kasut ini
tinggi pon lebih kurang macam ini,
 tapi dengan harga yang lebih murah lah,hehe
lepas majlis boleh pakai pergi kerja kan,


 
 



RED/SHOCKING PINK

Warna merah idaman hati..
shocking pink pon cantik jugak..
tapi merah lebih sesuai dengan wedding dress nanti..
tibe-tibe rasa seksi masa try kasut warna merah nie
masih lagi brand yang sama, dan harga yang lebih murah sedikit daripada warna brown/nude tadi





kasut idaman saya tu,depan dia ade pleat atau lipatan macam kasut nie.
sebenarnya, saya cuba banyak warna,
hitam, coklat, merah, pink
semuanya cantik


tapi bila pandang muka en.tunang..
dah tahu jawapan dia..
tinggi sangat nanti i akan nampak sama tinggi dengan dia
walaupun en. tunang memang dah tinggi lebih-lebih dari saya nie,
tapi kena lah bertolak ansur kan..
banyak masa lagi mungkin saya akan jumpa dekat tempat lain..
mungkin lebih cantik..dan mungkin en.tunang akan bermurah hati membayar untuk saya..


Tapi..
kalau lepas kahwin pon,
saya nak beli jugak kasut macam design kat atas tue,
hehe..
they look perfect dekat kaki i,
murah,selesa,nampak hebat
hehe


lupa nama kedai,
lupa nak ambil gambar,
semua pon lupa bila dah excited kan,

sumber gambar: google

White Studio Kami

Salam Readers


Percuma-Percuma
ingat lagi tak dekat entri ini?


Akhirnya, En. Tunang dah dengar suara hati saya,hehe
En.Tunang dan saya dah redeem free voucher yang kami dapat..
Semalam 03-12-12, awal-awal pagi kami dah sampai depan pintu AR STUDIOS,
menunggu kedai bukak, sebab lepas sesi nie, en.tunang nak rushing balik kl semula..
Nasib lah kerja jauh kan.

Kami pilih untuk pakai baju warna putih dan jeans,
nak pakai tudung warna ape pon en.tunang yang bagi idea,
saya ikut sahaja :)
mencuba untuk menjadikan sesi ini yang paling simple,
sebenarnya kami nak ikut macam cerita 'aku terima nikahnya', 
babak nora danish & adie putra main lukis-lukis guna kaler warna..haha
tapi sebab studio tu bukan kami yang punya, amik sikit-sikit jee laa..
nanti kena reject pulak idea kami dengan OP tue,

OP yang amik gambar kami nama dia en. ekhsan,
orang nya friendly dan banyak bagi kami guide nak pose macam mana,
tibe-tibe masa dia ambil gambar sempat lagi berangan,
 macam mana laa kalau artis buat photoshoot..
nasib lah kami bukan artis,haha
Boleh keras nak senyum nie..

wah, panjang pulak saya membebel kan..
jom tengok serba sedikit gambar white studio kami 




I LOVE U en.tunang
Happy 3rd Month Engagement Anni 
Another 3 months to go..

setiap kali tengok rasa gambar nie sweet pulak,haha
perasaan kan saya nie,hehe

Monday, December 3, 2012

Sesi merasa makanan

Salam Readers




Sesi food testing dengan katering sebelah famili En Tunang
Hari Sabtu lepas saya, en tunang, bakal mak mertua dan bakal adik ipar 
telah pergi ke majlis kahwin orang yang kami pon tak kenal..
bertempat di Dewan Alamanda,Jasin Melaka
Tapi sebab masa en. tunang tak banyak masa lepas nie, 
pihak katering jemput kami datang majlis untuk rasa masakan mereka.
Hujan pon turun lebat masa kami datang, 
even tak kenal dengan tuan rumah tapi kami still lagi menjayakan sesi food testing,hehe


Perut pon dah berbunyi-bunyi..
Hujan pon turun dengan lebat..
sesi food testing bertukar kepada sesi makan tengahari kami :)




 Pok De Katering
alamat beliau:
Kampung Sialang Dalam
84900 Tangkak
Johor Darul Takzim

Tel: 06 - 978 8670 / 013 - 780 5037 ( En.Annuar )
       019 - 608 1140 ( En.Halim ) / 017 - 655 6331 ( En.Shamsul )


Cawangan :
No GL 28 , Jalan Cuepacs 2A , 
Taman Koperasi Cuepacs , 43000 Kajang , Selangor 
website

Ini adalah kepunyaan saya

Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Daging lembu masak kurma Acar Buah, Buah Oren, Air kordial hijau

Review: nasi briyani dia sedap dan lembut dimasak rata,
Ayam masak merah sedap, pedas dan tak terlalu berminyak
Kurma Daging pon sedap
Acar Buah: paling sedap, pedas, dan macam-macam jenis buah ada saiz pon besar :)
Air Hijau : erm..x sedap, maybe en.tunang dan famili nak tukar air lain
 bubur pulut hitam: agak cair kurang lemak, weee ade same opinion dengan bakal mak mertua tau
tapi en.tunang cakap da okey rasa dia.huhu
buah Oren: Masam, bakal mak mertua cakap bukan musim oren kot,hehe
 Ini kepunyaan en. tunang

Nasi briyani,ayam masak merah, kurma daging,acar buah, papadom, buah oren, air hijau

kuih muih juga disediakan..

i terpaksa laa cover sikit bila kena bagi komen pasal makanan nie,
yee laa..nanti tak nak laa his famili cakap i banyak komen pulak :)
bakal mak mertua, en. tunang dan adik dia dah take notes,
what they want & what they like
i tak kisah,sebab sesi food testing nie buat i kenyang sepanjang hari..
alhamdulilah..
ok, dah kenyang semua..
kami bersalam kesat dengan pihak tuan rumah,
sebagai tanda terima kasih :)














AR STUDIOS

Salam Readers



Official Photograper
Selepas berbincang dari hati ke hati
kami dah sepakat dan sebulat suara memilih mereka sebagai OP kami,
pemenangnya adalah AR STUDIO :  http://www.arstudios.com.my/
macam lah OP kami ade join contest kan,hehe
pemenang dihati kami lah  kiranya,

sebab utama En. Tunang dan saya pilih OP nie :


1. Susunan gambar dalam album
sebab tak crowded dan sedap mata memandang
En. Tunang cakap susunan gambar penting sebab OP 
kena pandai pilih which pictures yang sesuai jadi main pictures..
saya pun..OOOO & mengiakan saje lah :)

2. Nampak natural
tak nak laa dapat OP yang terlebih edit,huhu
pernah jumpa OP yang edit muka client sampai licin,
cantik memang laa cantik tapi macam pelik pulak..
Nanti dah lepas kawen tak dapat nak cam pulak siapa dalam gambar tu,hehe

3.tiada travelling & accomodation fees
OP kami satu daerah yang sama, so tiada kos tambahan & kos tersembunyi,hehe
kami kan pengantin budget :)
sebab kalau OP dari KL biasanya ada claim ikut tol & km perjalanan, around RM300-RM350
itu belum termasuk penginapan lagi tau

4. Hasil kerja yang berkualiti
kadang kadang kita lupa selalu nak yang murah tapi kualiti lebih kurang,
so far daripada hasil kerja & layanan daripada pihak OP kami sangat memuaskan hati :)
 


Mari kita mencuci mata dengan hasil kerja mereka 










harapan saya, semoga semuanya berjalan dengan lancar,
hasil kerja yang berkualiti
kena start belajar senyum nampak gigi lepas nie,
erk..gigi tak cantik pulak,haha




mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.