Friday, November 30, 2012

Eh,Fesyen tudung kita sama lah..

Salam Readers




Entri nie dah lama type tapi tak publish..
sebab ape pon saya tak sure, er er..hehe
Seriusly memang sama fesyen tudung pengantin nie,
cantik..cantik..sebab saya pon suka fesyen yang ini,hehe


I think it is originated here by this lovely pengantin..

 
bila discuss dengan B2B yang lain pon ramai jee yang suka fesyen tudung nie.
sweet sweet



then i found this


captured by the same photograper..
cantik jugak, tone warna hampir sama dengan pengantin yang tadi..



And also this picture
 

captured by the same photograper jugak :)
rasanya combination warna ini lagi nampak kan..
biru lembut dan warna pink

comel kan..
ada jugak perasaan nak diy tudung/veil macam ini..
mungkin bila pakai fesyen nie, saya pon boleh jadi comel macam pengantin nie,hehe 
ahh perasan jee :P



all pictures credit to: G1 Photoshoot
 
 
 



White Studio PERCUMA

Salam Readers





PERCUMA ini

Masa kami booking OP dulu dapat free whitestudio voucher..
Kami dapat voucher RM100-00 untuk sesi 20 minit..
Tapi kena bayar pendrive sendiri,hehe
expired date 31-12-2012..
Encik Tunang sila ambil perhatian yee :)
 
Tapi sebab masing-masing sibuk tak dapat nak tunaikan lagi hajat yang ini,
Masih lagi mencari masa & waktu yang sesuai,
Masih lagi berfikir nak pakai baju ape yang sesuai,hehe
Encik Tunang sila ambil perhatian :)
saja nak repeat dua kali kan,


c.c : Encik Tunang

Wednesday, November 21, 2012

Dilema Kerja

Salam Readers



Entri ini,
lari sikit daripada skop kawen-kawen yee,
Normal tak situasi ini,
seorang pegamal undang-undang tapi dia tak suka pergi mahkamah..
bukan tak pernah cuba tapi setelah beberapa kali pon perasaan tu masih sama..
sekarang pon masih sama lagi..
esok lusa pon mungkin sama jugak..
bukan apa, menunggu dan menghadap yang di atas kerusi,
menanti dengan debaran setiap keputusan yang akan diberikan..
umpama menjawab  ujian matematik tambahan mengejut.


Biarlah rakan-rakan seperjuangan yang suka pergi mahkamah
yang terus mencari rezeki dengan cara itu..
setiap orang kan ada kesukaan masing-masing..
saya lebih selesa jadi pegamal undang-undang yang seperti ini,
menghadap file-file,berurusan dengan bank & pejabat tanah..
 lebih bahagia,

Dan mungkin satu hari nanti, kalau saya akan suka dengan hiruk pikuk mahkamah..
alhamdulilah..
Sebab saya yakin setiap orang ada rezeki sendiri.
insyaallah..
 amin.

Dulang hantaran

Salam Reader


Update please,hehe
nampak sangat saya malas nak update blog beberapa hari nie kan..



Dulang hantaran idaman saya






Cantik tak? sangat lah berkenan dengan dulang hantaran design ini..
Tapi bagi saya harga dia agak mahal lah..
satu keping RM19.90 setiap barang hantaran nak guna 2 keping..
saya ada lebih kurang enam dulang hantaran nak guna..
nampak gaya macam kena lupakan lah dulang hantaran idaman nie..
sebab saya lebih pentingkan kegunaan selepas majlis nanti..
Boleh buat apa nanti..huhu





In The Making..





Hantaran semasa bertunang..



Idea yang ini saya dah gunakan masa bertunang..
Tak kan lah nak recycle idea yang sama,huhu
Frame gambar yang dijadikan alas dulang hantaran..
murah dah menjimatkan..
yang penting lain daripada yang lain :)
lepas maljis bole guna jadikan frame gambar,hehe






Cantiknye, inilah yang di cari-cari selama nie,
tapi dekat mana nak cari pasu seramik nie,
mungkin bole sewa dekat kedai pengantin..
sangat cantik..nanti saya cari awak yee.
Simple dan mewah :) 



lagi..lagi..lagii....
 design ape lagi eh,

 

Bantal Hantaran

Aritu ade terdengar encik tunang discuss dengan adik die pasal ini,
mungkin kah dia akan guna idea nie? hehe





yang ini saya suka detailing bunga rose tu.
nampak ekslusif dan mewah..
tapi sila lihat bujet anda dulu yee,


saya pun belum decide lagi nak guna design macam mana untuk dulang hantaran nanti,
yang penting dalam bujet dan ada kegunaan selepas majlis nanti,
at least takde lah tersimpan dalam kotak dan buat penuh ruang bilik jee
 






 


Friday, November 9, 2012

Bagaimana kami pilih OP??

Salam Readers



 Sebelum membuat pilihan untuk official photograper, saya dan Encik Tunang dah list out kan kriteria yang kiteorang nak dekat OP & gambar kami nanti :














1. Bujet 
Bujet adalah sangat penting yee kawan-kawan, make sure korang dah tetapkan berapa bujet, so tak de lah isu over bujet nanti..















2. Hasil kerja jurugambar tu..
Hari-hari saya dan Encik Tunang sampai penat lah kami survey gambar-gambar pengantin dekat fb tu,hehe..
Banyak jugaklah OP yang kami mintak quotation harga & buat perbandingan harga dekat situ. Kami suka hasil gambar yang nampak natural dan ada gaya tersendiri..Lihat dan Study contoh album dan gambar-gambar mereka dulu.. Encik Tunang sangatlah particular tentang perkara nie, ada satu OP kami tak jadi nak ambil sebab susunan gambar hasil sentuhan dieorang yang agak serabut..













3. Senarai Pakej yang dieorang sediakan & harga
Sangat Penting since our wedding dekat Muar, kalau kami ambil photograper luar johor mesti ada tol charge, tempat tinggal untuk OP, travell charge dieorang lagi..ada jugak OP yang kira slot ikut jam, so ada kekurangan lah masa situ sebab kalau majlis start lambat sikit tengah-tengah bersanding atas pelamin, OP pulak dah cukup time..kena lah ambil gambar guna handpone sendiri nanti..susah kan.. Ada juga OP yang tak cover semua event, contohnya dia cuma cover majlis resepsi dan bertandang..kalau macam dekat johor selalu ada majlis berinai malam selepas bernikah,so kalau OP tak cover agak rugi lah kan..So better ask them whatever question yang uolls tak faham yee..




4. Please check OP tersebut
sekarang nie ada banyak sangat OP yang penipu kan..confirmkan dekat mana business address & office OP tersebut (kalau freelance kena double triple check tau) macam saya dan Encik Tunang, kami selesa pilih OP yang berdaftar dengan MWPPM (Malay Wedding & Potrait Photography Malaysia). 

5. Payment method/cara pembayaran
It depends pada korang, ada macam-macam cara pembayaran OP nie, pilih yang tak membebankan korang yee..ada OP yang offer bayar 30% deposit dan next payment sebelum majlis atau semasa dapat album..










 
 6. Pergi survey bila ada event Pengantin
Selalunya setiap kali ade event pengantin, OP akan buat banyak free gift, sila buat perbandingan antara OP yang ada..Lebih banyak pilihan, ada banyak free gift dan diskaun yang dieorang offer..yee lah sebab nak compete dengan harga OP yang lain.


Erm..ada lagi tak, mungkin ada beberapa lagi tips yang tertinggal..buat masa nie itu saje lah yang saya boleh share :)







Daun-Daun

Salam Readers





Hasil dapatan malam tadi...
 















60 keping kelopak bunga :)
lepas nie kena start buat kelopak bunga pulak..
Berusaha Ellyana :)


Thursday, November 8, 2012

Bunga Telur

Salam Readers



Beberapa hari ini..
Inilah kerja kami malam-malam..
Membuat bunga telur stokin untuk bunga pahar..
Untuk majlis bersanding nanti, ada dua bunga pahar, setiap satu pahar ada 50 bunga telur..
Jadi kena lah buat untuk 100 bunga stokin, kami ambil warna peach dan warna biru..
Bersungguh-sungguh saya dan ibu membuat bunga pahar nie, tapi ibu lah yang eksaited,
bila-bila masa dia free, itu lah aktiviti dia..hehe





















Daun-daun untuk bunga tersebut :)

untuk daun-daun nie, saya guna dawai bunga warna silver,
bentuk kan seperti daun..haa bentuk lekuk dekat daun yang tak cantik tu saya lah yang buat..
tapi bentuk yang cantik, ibu yang buat,hehe
ikat dengan dawai halus dan letak pelilit bagi kemas..























Kelopak Bunga 

Kena buat proses yang sama berulang kali,
bentuk-bentuk kan sampai jadi bunga,
jangan lupa letakkan inti bunga tau...
lepas tu ikat menggunakan dawai bunga paling halus,
rasanya saya guna dawai nombor 30,
ikat kemas-kemas dan lilit guna pelilit bunga..























Bunga Stokin

Taraaaa... Dah siap pon..
Tapi kenapa warna biru?? hehe
warna peach tadi tak sempat nak snap gambar..
proses yang sama untuk buat bunga stokin nie,
warna stokin saja yang berubah-ubah yee kawan-kawan..
untuk bunga warna biru nie, inti bunga saya guna manik-manik..
nanti adalah variasi antara bunga warna peach dengan bunga warna biru :)



10 kuntum bunga dah siap..ada lagi 90 kuntum untuk dibuat..
berusaha bersungguh-sungguh lah yee untuk membuat proses yang sama berulang kali,
hari tue masa pergi nilai, adalah survey harga bunga stokin untuk letak dekat dulang hantaran..
alahai mahal betul rasanya, untuk letak dekat tepi dulang sahaja dah RM129-00...
Kalau beli barang-barang untuk buat bunga stokin nie sendiri dan buat sendiri lagi lah jimat..
Pilihan masing- masing kan, kalau ada banyak masa boleh jee buat..tapi kalau dah tak de banyak masa..
beli sahaja lah :)


Alhamdulilah, ada juga progress bunga pahar saya nie..
Happy

Wednesday, November 7, 2012

warna tema

Salam Readers




Ubah fikiran lagi..kali nie tentang warna tema masa majlis perkahwinan nanti..
Berjanji dengan diri sendiri dan Encik Tunang..Ini yang terakhir tau..
Bila bagi tau Encik Tunang pasal nak tukar warna tema, jawapan yang diterima "Tak Abes Lagi??"
Saya tak kecil hati pun dengan jawapan itu tau :)


Masa mula-mula memang dah buat keputusan nak pilih tiffany blue dan putih..
Tapi terberkenan dan terjatuh cinta pulak dengan warna  soft peach..
Peach lembut digandingkan dengan biru lembut..menakjubkan..hehe
Diri sendiri yang pilih diri sendiri yang puji kan..hehe





Soft Peach & Soft Blue



Should be no problem, since untuk baju nikah, Encik Tunang yang pilih warna soft peach..
indeed saya dah beli bunga untuk dulang hantaran dengan kombinasi yang dimonopoli oleh warna soft peach jugak,Bunga roset warna peach.. Bunga pahar yang sedang dalam proses DIY tu pon guna warna peach :) cuma ada kombinasi biru dekat bunga pahar



Soft Peach & Soft Blue :)




tema masa nikah nanti :)


Bijak kan..tema masa nikah di bawa terus ke majlis resepsi nanti..
cuma ada kombinasi biru masa majlis resepsi..
Ini lah contoh bakal pengantin yang tak pernah nak puas hati dengan 1 warna kan..
kawan-kawan B2B yang lain pon..masing-masing hebat tau, pilihan warna dieorang semua cantik-cantik..
uolls lah sumber insipirasi i tau :)


 


 
 






mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.