Tuesday, August 28, 2012

Bunga lagi

Salam Readers






Opps..
nampak sangat i tak sabar nak upload dekat blog kesayangan nie,
haha, penat laa jugak nak menyiapkan bunga kertas versi dalam pasu nie tau..
nasib baik ade dayang-dayang yang comel boleh meringankan sikit beban nie,hehe
this one is totally 100% handmade yee.
saya tak pernah menyesal sebab buat sendiri even, time consuming,
saya berharap ianya akan nampak sempurna semasa majlis nanti.



baru nak buat majlis bertunang simple-simple tapi 
rasanya dah tak simple sangat lah kalau macam ini gayanya.
yang penting masih lagi dalam kawalan perbelanjaan,huhu




 

Bungaku

Salam Readers









Untuk apa nie?huhu
akhirnya jadi juga bunga-bunga ini
saya sangat happy 
berwarna-warni sangat,haha
tema yang dah bercampur aduk

Friday, August 24, 2012

sedih

Salam Readers




tinggal beberapa hari jee lagi sebelum tarikh itu..
semakin sensitif rasa hati nie,
BERSABARLAH wahai hati



                                                       ~Keep Calm & Make Goal~







Thursday, August 23, 2012

Nilai Hantaran

Salam Readers









mengapa perlu mengenakan wang hantaran yang tak masuk akal.
mungkin kah dia anak orang kaya?
mungkin lelaki itu banyak duit?
mungkin lelaki itu berkemampuan..
tetapi bila dengar cerita salah seorang staff tadi,
terfikir apa lah guna nya si lelaki sanggup dengan nilai hantaran tu,
sedangkan dia tak ikhlas, sanggup bercerita dengan orang lain bila dah sah jadi hakmilik dia tengok lah nasib macam mana..
apa lah erti perkahwinan kalau belum apa-apa lagi dah tersemat dendam dalam hati.
bukankah kau sanggup dengan nilai hantaran tadi.
bukankah boleh berbincang..
bukankah boleh berunding..
janganlah menggunakan istilah jual anak..
ingat orang perempuan tak ada hati dan perasaan ke?
mesti perempuan tadi sangat sedih bila satu hari nanti dia dapat tahu bakal suami pernah cakap macam itu tentang nilai wang hantaran sebelum kahwin.


pak cik dan mak cik...
sila ambil perhatian, janganlah mudah dan suka membawa mulut menjaja cerita.
bukan ke sepatutnya menjadi pengajaran..
bukannya menjadi bahan cerita dan bahan lawak..
ini bukan lawak ini kisah kehidupan.


mencari duit untuk berkahwin bukanlah mudah..
kenapa mesti meminta nilai yang keterlaluan..
haruslah. melihat cermin, melihat poket sendiri..
anak kita yang hendak dipinang orang sudah lengkap serba serbi?
lainlah kalau sama sama anak tan sri atau dato..
mungkin boleh?
yup, mungkin...


Thursday, August 16, 2012

bulu kening ku

Salam Readers








Bulu kening...
yee,betul.. tajuk entry kali nie memang bulu kening,
semalam untuk pertama kali tengok orang mencukur dan membuat bulu kening..
saya memang tradisional pasal ini,sebab memang dah tau mencukur bulu kening is no no..


untuk penjelasan lebih lanjut memang encik google lah tempatnya,
sebagai panduan untuk semua.

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
Oleh: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

JAWAPAN:
Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu”. Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.












I'm not a good person neither a perfect woman but,
biarlah ini menjadi sebagai panduan & pedoman kepada diri sendiri.
 

Wednesday, August 15, 2012

Bunga hantaran

Salam Readers






Alhamdulilah..
sudah membuat tempahan untuk bunga segar..
bunga untuk hantaran nanti..
saya hanya menggunakan bunga yang simple & affordable,
tidak memilih bunga ros, tapi pom pom flowers, eh pom pom name bunga tu..
yup,dalam resit tempahan memang dia tulis macam tu,


semoga hasil gubahan nanti,
dapat puas kan hati sendiri dan nampak cantik..




















bunga pom pom warna kuning



















bunga pom pom warna oren,tapi jarang la nampak warna nie























bunga pom pom lagi..
warna kuning lagi..




















bunga pom pom yang berwarna warni,
sweet :)



sayang, tema hantaran i dekat u..
bunga pom pom..
bukan pom pom girl tau
bunga pom pom
hihi

Monday, August 13, 2012

soalan daripada ayah dan ibu

Salam Readers









semalam while driving my mum ask me a few questions yang mampu membuat diriku rasa sesak nafas sekejap:

1. dah ready ke nak kawen?
2. cukup ke nak prepare everything in 6 months?
3. dah ready ke ayah & ibu nak hadapi big days tu?
4. duit dah cukup ke?
5. betul ke?


my dad : beliau hanya terdiam seribu bahasa, mungkin memikirkan tentang anak perempuannya ini.


Me:   1. erm..
         2. huu,macam x cukup jee masa nak prepare tu
         3. tak jumpa jawapan soalan nombor 3
         4. duit? memang tak pernah cukup
         5. sepi tak de jawapan




* setiap persoalan pasti ada jawapan,
  setiap masalah pasti ada penyelesaian,
  setiap yang kita lakukan pasti ada kesan





Thursday, August 9, 2012

tik tok tik tok

salam readers




I rasa semua orang sekarang nie tengah sibuk dengan persiapan raya kan?
tapi kenapa I tak rasa macam nak raya, perkara yang paling difikirkan..
selepas raya nanti. Perasaan yang sukar di tafsirkan..


last weekend while having small discussion with my love..
tiba-tiba I cakap dengan dia,
"erm, tak nak fikir pasal our big day..it is the happiest thing but datang bersama-sama dengan seribu satu kesusahan" maybe kata-kata I buat si dia terdiam"

At this stage, we should act like we calm kot..huhu
I faham kalau I rasa susah, mesti dia pun rasa susah..
Maybe atau memang sepatutnya I mudahkan dia, jangan bagi dia stress..
Nanti dua-dua stress, pergaduhan lah jawapan yang pasti..

persiapan hari raya tahun ini, biasa-biasa saja,
tapi bersungguh-sungguh last weekend I cat rumah..
persiapan yang dibuat lebih kepada majlis nanti..
it is ok for me, tiada kasut raya, baju raya atau handbag raya..
yang penting I dapat buat family I rasa bahagia :)


tik tok tik tok..
sabar lah wahai hati..
semoga kita tabah hadapi semua ini :)




Monday, August 6, 2012

checklist again

Engagement TO DO List

Salam Readers


senarai semak untuk bertunang saya

A)barangan hantaran :
1. Perfume-done
2. Baju Nikah + Sampin-done
3. Sirih Junjung-(done untuk barang-barang)
4. Kek-done
5. Coklat/manisan-done
6. Wallet/tie/belt/card holder-done
7. Cosmetic set-done


B)Doorgift- done
C) Mini Pelamin- not yet
D) Kanopi- done
E) Jamuan Makan- half done (menu finalize) :)
F) baju bertunang- done
G) Veil/tudung-done
H) Make up- done



I'am counting the days..
take a breath and dont be panic :)


update : 13/08/2012 rasa macam nak menangis bila mencari dan membeli doorgift sebab duit keluar macam hembusan angin & air yang mengalir :P

teringat kata-kata seorang yang dekat dengan diri nie, "sabarlah, kalau kita ada rezeki lebih,sebahagian daripada rezeki kita adalah untuk diberikan dekat orang-orang lain" 


update: 16-08-2012
update yang ntah ke berapa kali nie,hehe tapi saya happy sebab dah banyak yang merah-merah 



mompreneur

Assalamualaikum kesayangan. its me. right now.